Saturday, April 27, 2013

TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN

Ok.kali ini TIPS BUAT SUAMI KETIKA ISTERI BERSALIN..

Pertama kali bersalin, anda mungkin takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam memahami peranan anda ketika proses bersalin.

1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan
**************************
--> Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini.

2. Bersedia Untuk Menunggu
********************
--> Tidak seperti dalam filem, proses bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya.

3. Jangan Ambil Hati
***************
--> Suami harus ingat ketika sedang menahan sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap. Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.

4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus
**************************
--> Ketika sakit bersalin, isteri akan hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk. Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya tentang bayi yang bakal lahir.

5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri
**************************
--> Di saat ini, isteri sangat memerlukan sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir bersalin.

Kredit to  Nik Nurehan
http://niknurehan.blogspot.com

Tips: Adab Menyambut Kelahiran Bayi

Salam to you all. Bersempena baby yang bakal lahir MM mahu sharing tentang Adab Menyambut Kelahiran Bayi yang MM google diinternet.
Artikel ini MM copy,edit&paste dari satu blog. Kredit untuk blog http://ilovenadeya.blogspot.com/?m=1

Antara yang akan di-share pada entry ini adalah :

1) Ucapan Tahniah
2) Azan dan Qamat
3) Tahnik atau Belah Mulut
4) MENCUKUR RAMBUT

**

DISUNATKAN MENGUCAPKAN TAHNIAH

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabatnya yang baru memperolehi cahaya mata.. Amalan ni boleh mengeratkan silaturrahim sesama insan..

**

DISUNATKAN AZAN DAN QAMAT

Sebelum baca buku ni, saya ada dengar orang cakap "kalau bayi lelaki, Azankan.. Kalau bayi perempuan, Qamatkan" .. Tapi, apa yang saya baca dalam buku tersebut adalah seperti berikut :

....... Azankan di telinga kanan dan qamatkan di telinga kiri sebaik menyambut kelahiran bayi...

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Sesiapa yang memperolehi cahaya mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan."
(Riwayat Al-Baihaqi)

Disunatkan juga dibaca doa pada telinga kanan bayi, yang bermaksud :

"Bahawasannya aku pohonkan perlindungan dari Engkau Ya Allah untuk anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipu daya syaitan"

HIKMAH MELAUNGKAN AZAN DAN QAMAT
* Memohon perlindungan daripada gangguan syaitan - laungan azan dapat menghindarkan syaitan daripada bayi tersebut.
* Azan merupakan laungan dan seruan kepada Allah, agama-Nya dan beribadah kepada-Nya. Dengan itu, jika didahului dengan laungan ini maka akan mendahului laungan syaitan.

**

MELAKUKAN TAHNIK ATAU BELAH MULUT

- Meletakkan sedikit isi kurma di atas jari telunjuk dan dimasukkan kedalam mulut bayi serta dengan perlahan-lahan digerakkan jari itu ke kanan dan ke kiri mulut bayi.

- Selain isi buah kurma, boleh juga menggunakan sebarang manisan seperti madu dan gula.

- Lebih afdal jika diserahkan kepada mereka yang takwa / warak dan soleh sempena dengan ketakwaan dan sifat soleh mereka.

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a katanya :

"Telah dikurniakan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku."

Dari apa yang difahamkan, amalan tahnik ini mampu menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

**

MENCUKUR RAMBUT

- Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh kelahiran.
- Disunatkan : menimbang rambut bayi yang telah dicukur, dan bersedekah dengan emas / perak seberat timbangan rambut tersebut, JIKA BERKEMAMPUAN

HIKMAH MENCUKUR RAMBUT BAYI

- Mampu menguatkan tenaga pertumbuhannya.
- Menghilangkan selaput kulit kepala (Sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala)
- Memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran.

Walaupun disunatkan mencukur rambut bayi, tapi amat ditegah untuk melakukan 'QAZA', iaitu mencukur sebahagian rambut bayi dan meninggalkan sebahagian yang lain..

Maksudnya, kalau mahu cukur, cukur semua rambut bayi sampai botak licin.. hehe

4 Jenis QAZA :

a) Mencukur sebahagian kepalanya dan meninggalkan sebahagian yang lain.

b) Mencukur bahagian tengah kepalanya dan meninggalkan bahagian yang tepi.

c) Mencukur bahagian tepi dan meninggalkan di bahagian tengahnya.

d) Mencukur bahagian hadapan dan meninggalkan di bahagian belakangnya. Begitu juga sebaliknya.

Hikmah Larangan QAZA :

- Menunjukkan sifat keadilan. Berlaku adil-lah walaupun keatas diri sendiri.
- Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan yang separuhnya adalah perbuatan yang zalim kepada kepala kerana menyebabkan sebahagian kepala ditutup dengan rambut, manakala sebahagian lagi terdedah..

Samalah macam sebelah kaki memakai selipar manakala sebelah lagi tidak.. Zalim la tu kan terhadap kaki yang sebelah lagi.. Kesian....

Okey, setakat ini saja perkongsian ilmu kita pada entry kali ini..

Thursday, April 25, 2013

Gold&Investment : Cerita Cincin Tunang



Hari ini mencatatkan penurunan harga emas bagi pasaran dunia. Harga emas jatuh dengan merudum sekali dan ini telah mencetuskan panik di seluruh kedai emas. Kedai-kedai emas diserbu seperti jualan mewah. Saya yang kehairanan terus bertanya kepada makcik yang singgah di kedai emas. Makcik ini menceritakan bahawa pada masa sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas kerana harga emas akan meningkat pada musim perayaan nanti.
Melihat kepada keadaan ini, saya teringat bahawa saya menrancang untuk bertunang pada hujung tahun ini. Pada masa emas murah inilah peluang saya untuk membeli emas untuk diberikan pada tunang saya. Saya telah membuat keputusan untuk membeli dan mengambil wang di Maybank yang terletak bersebelahan kedai emas ini.
Setelah mengambil wang saya terus ke kedai2 emas dan bertanyakan harga untuk cincin tunang. Kedai yang pertama saya masuki cuma mempunyai pilihan yang sedikit sahaja. Harga emas adalah RM 140 segram dan saya mengambil satu cincin seberat 1 gram yang agak cantik. Setelah diambil kira kos upah maka harganya adalah rm 230. Saya tidak membelinya lagi kerana ingin membandingkan dengan kedai-kedai emas yang lain.
Kemudian saya memasuki satu lagi kedai emas, kedai ini mempunyai pelangkan yang agak ramai. Saya berasa bosan untuk menunggu kerana orang perempuan memang agak lama bila bertanya dan masih tidak membuat keputusan setelah sekian lama. Saya kemudian pergi mencari kedai yang lain pula.
Nampaknya misi saya dalam mencari emas adalah agak mencabar dan pelik. Ini merupakan pengalaman kali pertama saya dalam mencari emas di kedai-kedai emas dan ianya agak menarik. Bermacam jenis emas telah saya temui.
Akhirnya saya telah menemui sebuah kedai emas yang simple sahaja. Kedai ini agak biasa namun makcik penjualnya agak peramah. Beliau bertanya kepada saya saiz cincin bakal tunang saya dan saya telah memberi sebentuk cincin jed untuk diukur. Rupanya saiz dia adalah 10. Makcik ini telah mengeluarkan beberapa cincin rotan yang bersaiz 10. Saya agak teruja kerana pilihan yang pelbagai. Akhirnya saya telah memilih satu yang simple sahaja. Harganya adalah rm 160. Agak murah dan berpatutan sekali.
Saya ingin membeli satu lagi cincin untuk majlis bertunang namun saya merasakan untuk cincin ini saya perlu membeli bersama dengan beliau. Saya akhirnya membuat keputusan menggunakan teknik pelaburan. Saya telah membeli 10 Dinar emas pada masa harga emas tengah murah ini. Dinar ini akan saya jual apabila harga emas meningkat dan keuntungan ini akan membantu saya untuk membeli cincin yang seterusnya nanti. Akhirnya saya memahami bahawa untuk senang kita perlu berfikir secara bijak dan pandai menggunakan peluang pelaburan yang datang. Harga emas yang jatuh merupakan peluang kepda kita untuk melabur dalam emas.

kredite : toyip-wang.blogspot.com