Friday, September 20, 2013

SEJARAH AWAL BAGAIMANA AIRASIA BERMULA

SEJARAH AWAL BAGAIMANA AIRASIA BERMULA-->temuramah dengan Tan Sri Tony Fernandes (Gambar adalah pejabat Tony Fernandes di LCCT, ada satu pintu yang membolehkan anda naik ke atas, di antara barisan kedai-kedai, ada lif, tingkat 1) .

SIAPA YANG MULA-MULA TERLIBAT?
Saya dan Kamaruddin berdua pada mulanya, Kamaruddin saya kenal melalui Roslan Aziz, dulu saya bekerja dalam industri hiburan, bila saya balik (dari England) tidak ada musik tempatan, hanya ‘Mat Saleh musik’.

Kami mulakan musik tempatan, dengan Jamal Abdillah, Salem, dan Zainal Abidin, saya kenal dengan Roslan Aziz dan Roslan perkenalkan saya dengan Kamarudin.

Sampai satu hari saya jemu berkerja dengan orang asing, saya terfikir hendak buka syarikat penerbangan, dan Kamarudin adalah orang yang tidak ketawa dengan idea saya.

Dia orang yang terlibat dengan dunia kewangan. Jadi saya beritahu, boleh pergi cari RM20 juta, kita perlukan.

KENAPA PILIH SYARIKAT PENERBANGAN?
Bila saya bersekolah di England, ayah saya hantar saya ke sana ketika berusia 12 tahun, tidak ada siapa yang menunggu di lapangan terbang, saya perlu menaiki bas ke sekolah itu, saya lakukan sendiri. Dan bayangkan ketika itu, bila saya sampai ke lapangan terbang, semua orang berkulit putih… kah kah kah (ketawa).

Ketika itu tidak ada telefon bimbit, perlu guna telefon awam, saya telefon emak tanya, boleh saya balik masa cuti penggal, emak saya kata, tidak boleh kerana (tiket penerbangan) terlalu mahal.

Dari saat itulah, saya terfikir, satu hari perlu buat penerbangan murah, perkara itu sentiasa ada dalam fikiran saya.

Ibu saya ketika muda memulakan perniagaan Tupperware di Malaysia, banyak staf saya kini adalah bekas pekerja ibu saya.

Saya selalu ikut dia terbang ke sana-sini untuk perniagaannya, jadi konsep penerbangan tambang murah ini sentiasa bermain di fikiran.

Bila saya berhenti dari Warner Music, saya duduk di bar dan lihat iklan Easyjet (syarikat penerbangan murah England) dan saya terfikir wow, idea ini bagus.

Kemudian saya pergi ke lapangan terbang Luton, sunguh mempersonakan, boleh terbang ke Barcelona tambah lapan pound, ke Paris 10 pound.

Saya jumpa Kamarudin dan beritahu hendak buka syarikat penerbangan, dia tak kata ‘idea bodoh’ atau seumpamanya, dia kata okay.

Kami jumpa, saya terangkan kepadanya, dia kata, okay, saya join, dan kemudian tanya, apakah saya nak gunakan duit saya sendiri, saya kata ya, dia kata okay, saya setuju kita bahagi 50-50, saya kata ini idea saya bagilah saya 51, dia kata okay. Selesai.

Kemudian saya ajak Aziz Bakar sertai kami, kami bertiga dengan modal RM 1 juta, (Aziz tak letak duit). Kami mula duduk bersama, dan mula buat bisnes plan.

Ia agak mengejutkan sebab kami semua tidak ada pengalaman dalam dunia penerbangan. Kami dapat dari internet.

Kemudian, kami jumpa dengan Datuk Pahamin (Ab Rajab) (bekas Ketua Pengarah Jabatah Pengangkutan Jalan) kami pernah berkerjasama hapuskan cetak rompak ketika saya masih dalam industri hiburan.

Kami jumpa (bertiga) dan makan roti canai, kemudian Aziz buka cerita, “eh macam mana kita hendak dapat lesen penerbangan? “ Kami semua saling berpandangan, “Yalah macam mana hendak dapat lesan penerbangan..” sudah tentu tak boleh dibeli di kedai… kah kah kah (ketawa)

Kemudian Kamaruddin kata “Kita perlukan sokongan politik,” sekali lagi kami saling berpandangan… kami tak kenal siapapun… kah kah kah

Kami kemudian pergi jumpa Datuk Pahamin, terangkan kepadanya, dia suka idea itu dan setuju, dia ada pengalaman dalam Kementerian Pengangkutan, bila timbul soal lesen, dia kata, kita perlu berjumpa Perdana Menteri Dr Mahathir.

Jun 2001, kami bertiga saya, Aziz dan Pahamin, Kamarudin tidak dapat sertai.

Saya sampai awal, ketika sampai, pagar pun belum buka, tidak lama kemudian, bila boleh masuk, kami duduk menunggu sampai ada orang datang, mereka kenal Aziz, dan tanya “Jumpa PM sebab cetak rompak ke?” kah kah kah

Semua orang kenal kami sebagai orang dalam industri hiburan, tapi Aziz kata “Tidak kami mahu buka syarikat penerbangan,” “semua ketawa” kah kah kah.

Semasa kami menunggu, ada pegawai PM beritahu, hari ini bukanlah hari yang baik untuk bertemu PM, saya tanya mengapa, katanya, temujanji pertama PM hari itu adalah dengan pembangkang.

Ia berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim yang dipenjara ketika itu, yang hadir jumpa PM termasuk ketua pembangkang Datuk Fadzil Noor.

Saya diam, kemudian diberitahu, temujanji kedua PM hari itu adalah dengan MAS, wah lengkap, mula-mula pembangkang kemudian dengan MAS, kamu bayangkan…kah kah kah (ketawa)

Saya terfikir hendak tulis semula CV dan pergi ke BMG Music… hahaha

Ketika beliau masuk ke pejabat PM, luas sungguh, Dr Mahathir kamu tahulah, dia serius orangnya dan terus berkata, “I’m sick, make it fast,”.

Saya terfikir, mula-mula pembangkang, kemudian MAS dan kini PM kata dia tidak sihat. Hahaha, lengkap.

Saya fikir habislah, saya tidak bercakap soal cadangan kami lagi, sebaliknya, sebagai orang dari industri hiburan, saya beri PM satu CD album terbaru SM Salim dan Siti Nurhaliza, rakaman terakhir saya, saya tahu PM peminat SM Salim.

Bila hilang kekok, baru saya bentangkan cadangan saya, Dr Mahathir tidak kata apa-apa, dia hanya senyum sikit bila saya bergurau tentang Singapura, tetapi akhirnya, kami semua terkejut, kerana PM tahu semuanya tentang penerbangan tambang murah.

PM kata dia suka lihat kesungguhan kami, walaupun latar belakang kami bukan dari industri penerbangan, tapi kami menunjukkan kesunguhan, dan dia yakin akan berjaya.

PM akhirnya kata, “Saya tidak ada masalah dengan idea kamu…” kami semua teruja dengan komen dia untuk setengah minit, dan kemudianya dia kata “Tapi… kamu kena ambil alih syarikat penerbangan yang ada, ada dua syarikat penerbangan yang gagal, kamu kena ambil alih yang sudah ada…”

Pertemuan berakhir, kami keluar dan berfikir, duit ada sejuta sahaja, macam mana hendak beli syarikat penerbangan, tapi saya positif.

Kami pergi ke Pelangi Air, anak syarikat milik kerajaan Terengganu, tapi kami dapati sukar untuk baik pulih syarikat itu.

Entah bagaimana, satu hari saya sedang bermain golf saya terlihat kawan lama DRB Hicom, saya teringat tentang Air Asia kepunyaan mereka, saya tanya kepadanya, dia soal semua, “kamu mahu membelinya? Esok pun boleh…kami tidak mahukannya”

Kemudian kami atur pertemuan dengan pihak pengurusan tertinggi DRB Hicom, konsisten, mereka mahu jualnya, mereka tanya saya berapa saya hendak beli, saya bergurau RM1, ya kata mereka esok kamu boleh ambil alih.

(Nota: Ketika itu Air Asia ada hutang sebayang RM40 juta, dengan dua pesawat dan 254 kakitangan)

Kami setuju dan tandatangan perjanjian pada 8 september 2001, 10 tahun dulu.

Kami tiada modal, saya dan Kamaruddin cagarkan rumah kami pada bank untuk cari modal.

DRB Hicom banyak membantu kami diperingkat permulaan, saya perlu nyatakannya.

Kami syarikat penerbangan berlandaskan syariah sebenarnya. Kami satu-satunya penerbangan yang tidak menjual alkohol di rantau ini.

(Ahmad Faizul) ini antara paling awal sertai kami. Dia buat macam-macam tugas, pengurus kabin crew dan lain-lain. Dia dari MAS, sekarang dia jaga komunikasi saya.

Dia bacth yang ke lapan, satu sampai tujuh staf asal ketika bersama DRB Hicom lagi, dia yang ke lapan, dan kini kami ada 127 bacth dalam masa sepuluh tahun.

Saya ingin tekankan bahawa, kami syarikat 1Malaysia dari awal lagi, dan kami juga syarikat bumiputera, ini bukan Ali-baba, Kamaruddin, Aziz Bakar dan Datuk Pahamin adalah pemegang saham yang aktif dan kami kawan.

Kalau kamu lihat Pegurus Kanan Air Asia kamu dapati ramai bumiputera, tapi tidak pernah terfikirkannya, dan kami tidak bercakap soal kaum di sini, semua dinilai kerana merit masing-masing.

Majoriti staf adalah bumiputera. Pembahagian tugasnya mudah, Kamarudin jaga kewangan dan korporat, Aziz Bakar jaga PR, dan saya jaga marketing dan operasi.


LALUAN PENERBANGAN PERTAMA AIRASIA?
Memula-mula saya dapat laluan ke Langkawi, kemudian dapat Pulau Pinang dan selepas dua tahun kami beroperasi semuanya jadi lebih mudah. Pada kami orang ramai, rakyat yang banyak membantu kami.

Kerana sebelum itu sukar untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan (mahal). Orang ramai yang berjuang untuk kami. Sebenarnya orang pertama yang membantu kami dari segi media adalah Rocky Bru (Ahtirudin Atan) dan NST.

Dia adalah editor Malay Mail, saya duduk dengan beliau, dan beliau banyak membantu, juga Utusan dan Berita Harian, Datuk Manja Ismail. Aziz Bakar kenal mereka ini semua.


BAGAIMANA ANDA MEMBINA AIRASIA?
Kami membina jenama, tidak ada syarikat Malaysia yang melabur seperti kami, kami taja MU, pengadil, Formula 1, LA Rangers, kamu tidak boleh pergi dari 200,000 penumpang kepada 30 juta penumpang tanpa melabur.

MAS perlu membina jenamanya.Taja golf atau apa saja, Emirates ada di mana-mana. Kamu potong kos di sana sini, dan akhirnya kamu tiada keuntungan, tiada gunanya.

Syarikat Malaysia kurang pentingkan pembangunan jenama, kami sebaliknya, saya ke Liga Perdana Inggeris, bentangkan kepada mereka mengapa perlu menyokong syarikat Malaysia.

Ini kerana rakyat Malaysia sudah menonton Liga Perdana Inggeris sejak 60 tahun dulu.

Membina jenama adalah amat penting pada syarikat yang ingin berkembang, ketika kami menaja MU, saya dan Kamarudin ke Old Trafford, kami tidak menonton perlawanan, kami menonton papan iklan… hahaha wow Air Asia.. haha.

Kami bawa pasukan MU dalam penerbangan kami. Itulah kali pertama semua pemain hendak ikut serta dalam program bersama penaja, kerana apa? Kerana ada 25 gadis cantik (kabin krew Air Asia) yang melayan mereka sepanjang penerbangan… hahaha


Gambar Iklan~ Pelbagai pilihan kereta sewa di KL untuk anda pilih. Semuanya dengan jaminan service yang terbaik dari kami. Hubungi sekarang untuk dapatkan kereta sewa murah pilihan anda!! 





Tuesday, September 17, 2013

USAHA KERAJAAN UNTUK PEMBANGUNAN EKONOMI BUMIPUTERA PERLU DISAHUT

Shah Alam, 17 Sept, 2013: Penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) oleh kerajaan sebagai langkah dan strategi baru bagi memperkasa ekonomi Bumiputera akan menjadi sia-sia jika golongan itu sendiri tidak mengambil sikap proaktif dan bertindak.

Bumiputera, menurut Mentor dan Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman, perlu melihat usaha itu sebagai cabaran dengan berpatisipasi sama dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan untuk melaksanakannya.

Oleh itu, katanya golongan ini perlu mengubah mentaliti selesa bekerja kerajaan dan makan gaji dengan menceburi bidang keusahawanan sebagai platform bagi melonjakkan penguasaan ekonomi, sekaligus mengekal dan memartabatkan kedudukan bangsa.

Sebagai seorang usahawan yang pernah melalui zaman kejatuhan sebelum bangkit dan kini, membantu ramai usahawan lain, beliau menyambut baik usaha itu yang disifatkannya mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap masa depan Bumiputera.

"Penubuhan MEB jelas dirangka bagi memperteguhkan ekonomi Bumiputera, namun masalahnya ialah betapa bagus pun usaha ini, kita perlulah menyahutnya dengan bersikap proaktif dan bertindak atau matlamatnya tidak akan terlaksana.

"Sebagai pakar jurulatih pembangunan usahawan, saya sudah membantu lebih 350,000 usahawan dan bakal usahawan sejak 2008 sehingga melahirkan ramai jutawan baru menerusi pelbagai program yang memberi penekanan terhadap keupayaan memaksimakan potensi sebenar diri.

"Kunci kejayaan dalam pelaksanaan pelan terbaru kerajaan ini ialah jangan sempitkan fikiran. Ini kerana, selagi kita masih dengan mentaliti memilih hanya bekerja kerajaan dan makan gaji, Bumiputera akan terus berada di takuk lama dan akhirnya ketinggalan," katanya.

Penubuhan MEB diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan dalam satu ucapannya pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Shah Alam, baru-baru ini.

MEB ditubuh menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) bagi melaksanakan lima strategi baru dalam memastikan kelangsungan pelaksanaan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera dengan fokus, antaranya berhubung pemantapan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat serta memperkukuh pemilikan aset.

Najib, antara lain memperkenalkan Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB) untuk membantu syarikat permulaan dengan peruntukan dana RM100 juta dalam tempoh tiga tahun, termasuk bagi menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada usahawan baru yang kreatif dan inovatif dalam bidang strategik berpotensi. Juga diumumkan, tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta bagi tempoh lima tahun.

Dr Azizan, berkata beliau berbesar hati kerana banyak program kendaliannya, terkini ialah Klinik Usahawan dan Pelaburan Dr Azizan Osman "Seminar Jutawan Industri 2013" anjuran Richworks Group of Companies yang secara tidak langsung menjadi tiang sokongan kepada usaha kerajaan itu.

Beliau yang juga pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies serta Azizan Osman International, berkata: "Keupayaan memaksimakan potensi sebenar diri akan menggalak peningkatan hidup dan kewangan seseorang dengan menjadi usahawan berjaya, selain lebih bersedia menghadapi krisis kewangan dan ekonomi dunia yang sedang dan bakal melanda.

"Bagi menyahut seruan kerajaan itu, Bumiputera harus mempersiapkan diri dengan ilmu. Bina serta kuasai dunia perniagaan dan pelaburan dengan formula yang terbukti berkesan. Begitu pun, seperti yang sering saya tekankan, hidup seseorang tidak akan berubah tanpa mentor, ilmu, strategi yang betul, kuasa tindakan dan keinginan untuk merubahnya."

Bergelar jutawan seawal usia 30an, Dr Azizan yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri di Malaysia dan Singapura, selain merupakan pemegang saham kedua terbesar syarikat INSBio Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia, berkata sememangnya apa yang hendak dilaksanakan kerajaan menuntut komitmen padu daripada Bumiputera sendiri.

"Sudah tiba masanya untuk kita berubah secara besar-besaran dan menjadi satu perubahan yang digeruni musuh Islam kerana apabila kita ada kekuatan ekonomi, kita dapat menderma, berzakat lebih banyak dan akan jadi sangat kuat," katanya lagi.


PROFIL RINGKAS DR AZIZAN OSMAN, PENGASAS dan PENGERUSI EKSEKUTIF RICHWORKS GROUP OF COMPANIES dan AZIZAN OSMAN INTERNATIONAL (S) Ptd Ltd

  • Mentor Pemasaran No.1 Asia
  • Seorang jutawan yang mempunyai 24 syarikat di dalam beberapa industri di Malaysia dan Singapura
  • Pemegang saham kedua terbesar syarikat INSBio Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia
  • Seorang pakar dalam Strategi Pemasaran dan Pengiklanan - mempunyai agensi yang bertauliah di dalam Pengiklanan dan Pemasaran bagi TV, radio, akhbar dan majalah
  • Sering kali ditemuramah di TV, radio, majalah dan akhbar bagi perkongsian tips motivasi
  • Sering dijemput untuk memberi ceramah di sektor korporat dan program universiti
  • Sejak 2008, lebih daripada 350,000 peserta telah lulus dalam seminar-seminarnya yang mana merangkumi golongan profesional, eksekutif, ahli perniagaan, suri rumah dan pelajar
  • Terlibat secara aktif di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan sejak 2001. Dilatih dan pernah bekerja di dalam sebuah organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di London, United Kingdom serta berpengalaman menguruskan kempen dan program pemasaran untuk TM, Digi, Celcom, Standard Charted, HSBC, WWF dan MAKNA
Gambar Iklan~ Pelbagai pilihan kereta sewa di KL untuk anda pilih. Semuanya dengan jaminan service yang terbaik dari kami. Hubungi sekarang untuk dapatkan kereta sewa murah pilihan anda!! 



Thursday, September 12, 2013

Jangan Salahkan Orang Lain Jika Gagal

Dr. Wan Shah Razali wrote~
Salam pagi,
Kita sering menyalahkan orang lain jika ada sesuatu yang tidak
memihak kepada kita. Sebaliknya kita sendiri yang harus
memperbaiki kelemahan yang kita miliki dengan menjadikan ia
sebagai kekuatan.
Saya sering ingatkan staf-staf saya, jangan salahkan pasaran
atau rakan anda. Salahkan diri sendiri. Jika kita gagal, ini
bermakna kita belum mencuba dengan 300% usaha untuk
berjaya. Masih ada banyak ruang untuk diperbaiki.
Menyalahkan orang lain memang sesuatu yang mudah didalam
dunia ini. Tetapi untuk menerima hakikat kelemahan diri sendiri
amat pahit. Tapi percayalah, dengan mengambil tanggungjawab
dan sentiasa memperbaiki diri sendiri, kita akan sentiasa positif
dan yakin dengan usaha kita.
Bagaimana untuk positif dan yakin? Itu perlu check sendiri
dalam solat kita. Itu hubungan kita dengan Allah. Adakah kita
solat mendapat nikmat atau hanya mendapat penat?
Wallahualam. Peringatan untuk diri saya sendiri. -DSR-

Gambar~ Proton Inspira Full spec yang di letak oleh investor kami untuk pajakan bisnes kereta sewa bagi kontrak 2 tahun. Terima kasih kerana YAKIN&PERCAYA dengan syarikat kami. Innsyallah kami tak akan mengecewakan anda kerana kami KOMITED dalam service yang kami jalankan!

Wednesday, September 4, 2013

Tak Payah Tension, Cari Punca Masalah

Tak payah tension, hidup nak kaya berjaya memang kena jadi Penyelesai Masalah bukan menjadi Punca Masalah

Jika anda perhatikan, anda 5 kategori manusia kat luar sana. Anda pilihlah anda suka jadi yang mana.

1- Mereka yang ada problem atau masalah tapi tidak TAHU bagaimana nak selesaikan. Mereka hidup dengan problem tu dengan rungutan/ komplen. Tidak ada ilmu atau tidak cari ilmu. Yang teruk sikit ialah yang rasa dah tahu semua benda tapi sebenarnya tak tahu pun dan terus ada masalah, komplen tapi tak selesaikan. Anda akan nampak hidup mereka biasanya "biasa-biasa" atau dibawah tahap "biasa-biasa".

2- Mereka yang ada problem, tapi sibuk selesaikan problem orang tapi tak selesai pun, ini namanya Kay-Poh. Semua hal orang yang dia sendiri pun tak tahu macamana nak selesai tapi suka ambil tahu dan tambah masalah.

3- Mereka yang ada problem dan suka create more problem dan biar orang lain "cuci" dan dia cuci kaki tangan lepas tu konon bukan masalah dia. Ini namanya tidak bertanggungjawab. Lagi teruk kalau dia tuding jari salahkan orang lain.... Padahal dia yang kentut. Bila orang lain kentut, heboh dia sedunia siap keluar youtube buat pengumuman kentut orang lain.

4- Yang ini teruk juga, dia ada banyak problem tapi dia rasa dia tak ada problem dan tak nak mengaku ada problem. Dan problem orang lain pun dia tak nak tahu langsung. Asyik kata No Problem. Mentor saya ajar, Orang yang banyak kata No Problem, sebenarnya ada banyak problem, cuma dia cuba menutupnya.

5- Yang bijak, ialah orang yang setiap hari sentiasa check apa problem yang ada dan being Resourceful menjadi Problem Solver. Ini sikap seorang Leader. Dia tidak lari dari masalah tapi selesaikan. Dia cari punca masalah dan selesaikan dipuncanya. Jika dia boleh delegate, dia akan delegate beri orang lain yang boleh selesaikan untuk selesaikannya. Dia akan cari jalan penyelesaian dan jika dia berniaga, dia gunakan diri dia, produk atau perkhidmatan dia sebagai penyelesai kepada masalah orang. Lagi banyak masalah dia boleh bantu selesaikan di dalam bidang industri dia, maka lebih mudah dia bina jenama dia, perniagaan dia dan kekayaan serta kejayaan senang hadir dalam hidup dia. Itu sikap mereka yang berjaya dan terus berjaya.

Credit #DrAzizanOsman

-------------------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum & Salam Sejahtera !!

Berminat untuk mencari duit lebih yang lumayan setiap bulan?

Kami membuka permohonan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi rakan Joint Venture (JV) dengan kami untuk kereta sewa.Anda boleh tanya di thread nie atau hubungi saya di talian 012-6656874 (sms/call/whatsapp/we chat/viber/kakaotalk)

PACKAGE A

- Provide document untuk keluarkan kereta baru.
- Loan 9 tahun.
- Kontrak dengan company 5 tahun.
- Selepas 5 tahun, 1/3 hasil jualan kereta diberi kepada JV.

Profit Sharing (Monthly)
Viva (A)
RM150
Saga FLX (A)
RM200
Myvi (A)
RM220
Persona (A)
RM250
Alza (A)
RM270

Tanggungan Company
- Saman
- Accident
- Maintenance
- Road Tax & Insurance
- Down Payment kereta
- Bank Loan monthly payment

Contoh :- Persona
RM250 X 6 buah= RM1,500/sebulan
RM1,500 X 12 Bulan= RM18,000
RM18,000 X5 Tahun = RM90,000

PACKAGE B

- Provide kereta / document untuk keluarkan kereta baru
- Kontrak minimum 1 tahun

Profit Sharing (Monthly)
Viva (A)
RM850
Saga FLX (A)
RM900
Myvi (A)
RM1,OO0
Persona (A)
RM1,200
Alza (A)
RM1,300

Tanggungan Company
- Saman
- Accident

Tanggungan Owner
- Maintenance
- Down Payment kereta
- Road Tax & Insurance
- Bank Loan Monthly payment

Sebarang pertanyaan dan keterangan lebih lanjut, boleh tanya di thread nie hubungi saya di talian 012-6656874 (sms/call/whatsapp/we chat/viber/kakaotalk)

TQ....

Keyword carian kami di jumpai : - 
usahawan kereta sewa l usahawan-kereta-sewa-blogspot l http://usahawan-kereta-sewa-blogspot l Kelab usahawan kereta sewa l bisnes kereta sewa untuk l bisnes kereta sewa l 
 bisnes kereta sewa untung l bisnes kereta sewa carigold 



Tuesday, September 3, 2013

Tukarkan Rejection kepada kekuatan.

CoachRozi Saari wrote

Ada orang dapat peluang cara senang.
Ada orang dapat peluang cara susah.
Ada yang kita mahukan, kita dapat cara senang.
Ada yang kita mahukan, kita dapat cara susah.

Tapi pastinya, orang yang dapat peluang selepas bersusah payah itu, lebih rasakan puas.

Rejection - tidak best perasaan ini. Tapi untuk jadi Champion, kita perlu menongkah arus.

Rasakan Rejection tersebut.
Tukarkan Rejection kepada kekuatan.

Kadang kala kita dipilih bukan kerana produk kita sangat, tetapi kerana "kesungguhan". Sungguh-sungguh mahukan. Tunjukkan itu. Rasakan kepuasannya. Bawa seluruh perasaan. Bring life to it. - Crs

Gambar~
Urgent untuk dijual!!

Kereta viva (auto) elite premium
Tahun 2011
Low mileage

Sms/whatsapp/call/viber/kakaotalk SEKARANG to 0126656874

Monday, September 2, 2013

[Sedarlah Yang Krisis Ekonomi & Kewangan Yang Melanda]


  • [Sedarlah Yang Krisis Ekonomi & Kewangan Yang Melanda]

    Salam sayang buat semua! Wow! Penuh newsfeed saya tentang harga minyak petrol RON95 naik termasuk minyak lintah katanya.....:)p

    Saya sebenarnya tidak bersetuju di atas cara & gaya ianya dinaikkan kerana ia agak "mengelirukan" dan tiba-tiba apatah lagi selepas menyambut hari kemerdekaan sabtu lalu.

    Dari segi kenaikan minyak, ia sebenarnya memberikan kesan domino bukan hanya secara langsung kepada pengguna minyak Ron95, tetapi ia bakal "diterjemahkan" kos kenaikan tersebut kepada kos pengangkutan barang yang akan memberikan kesan kos kenaikan harga barang pengguna dan hampir semua jenis barang walaupun ianya diangkut menggunakan sampan.

    Mungkin ramai tidak perasan tentang kejatuhan pasaran saham New York serta lemahnya matawang kita dibandingkan dengan US dollar serta matawang utama dunia sejak beberapa minggu ini. Apa maksudnya? Maksudnya ialah kos kerajaan menanggung subsidi minyak serta kos yang melibatkan tukaran matawang telah meningkat sejak beberapa bulan ini.

    Apa yang saya ingin ingatkan adalah, jangan buang masa mengeluh atau mencarut kerana itu semua tidak akan menyelesaikan masalah kos kenaikan harga barang yang sedang menjelang. Fahami sistem ekonomi kapitalis & inflasi, tidak pernah dalam sejarah harga barang akan semakin turun, tidak pernah dalam sejarah harga rumah akan semakin turun, tidak pernah kos sara hidup akan menurun, itu sistem ekonomi yang telah wujud. Dan jangan buang masa buat masa ini untuk merubah sistem ekonomi dunia. Apa yang kita perlu buat? Seperti apa yang saya selalu katakan "berbuih-buih" mulut di dalam kelas saya, jangan buang masa untuk ubah sistem ekonomi dunia tetapi perbaiki sistem ekonomi dan tingkatan kewangan dalam keluarga kita. Bagaimana? Mulalah melihat semua perbelanjaan yang ada dan serta merta "cut-off" atau kurangkan kos perkara yang tidak perlu atau membazir. Misi kita ada 3 - 1. Kurangkan kos 2. Banyakkan tunai/lebihan simpanan 3. Cari jalan tambah pendapatan.

    Dengarlah apa yang saya kongsikan ini kerana saya usahawan dan terlibat di dalam perniagaan & pelaburan, saya tahu sesuatu perkara dan mendapat "signal" lebih awal beberapa tahun. Saya juga telah lalui zaman krisis kewangan 1986, 1997 & 2008. Gaji anda tidak akan boleh menampung "gegaran kewangan" ini jika tidak bertindak segera. Tapi jika anda tidak percaya, terpulang. Saya pun tak rugi apa.

    Kenapa saya sibuk mengajar bangsa saya supaya terbuka hotak dan hati untuk ada ilmu berniaga? Kerana kita tidak ada kekuatan ekonomi dan tunai yang tinggi untuk "survive" apatah lagi untuk ambil peluang perniagaan & pelaburan yang wujud bila krisis melanda.

    Saya akan berkongsi nanti di dalam Klinik Usahawan & Pelaburan - Seminar Jutawan Industri 2013 bermula sabtu (7/9/2013) ini di Wisma MCA, Jalan Ampang, KL., anda boleh daftar juga untuk lokasi lain seperti Kuantan (8/9), KB(13/9), Melaka(14/9), JB(15/9), AS(17/9), PG (18/9), Ipoh (19/9) & Shah Alam (22/9).

    Anda boleh daftar 100% tanpa bayaran bila mendaftar 3 orang satu grup di JutawanIndustri.com. Datang naik basikal untuk jimat minyak. :)p #DrAzizanOsman