Tuesday, December 31, 2013

DOAKU DI HARI TERAKHIR TAHUN 2013

DOAKU DI HARI TERAKHIR TAHUN 2013
"Ya Allah, Muliakanlah orang yang membaca doa ini, Lapangkanlah hatinya, Bahagiakan keluarganya dan Luaskan rezekinya seluas lautan yang engkau ciptakan. Mudahkanlah segala urusannya, kabulkanlah cita-citanya, jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkanlah dia dari segala musibah, serta terimalah semua amal ibadahnya dan kelak jadikanlah dia sebagai penghuni SyurgaMu"
              آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ ... آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِ

Wednesday, December 25, 2013

'Jangan MELABUR di dalam perniagaan yang anda tidak faham'

Ambil langkah-langkah awal.....
'Jangan MELABUR di dalam perniagaan yang anda tidak faham'
Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
4 Hari Lagi!
Workshop Dunia Pelaburan Saham, Emas & Hartanah. Edisi Khas - Arah Tuju Pasaran 2014.
'Jangan MELABUR di dalam perniagaan yang anda tidak faham'
Kuala Lumpur
Wisma MCA @ 28 Disember 2013
Pukul 8.30 pagi - 4.00 petang
Daftar Sekarang! dengan melayari www.DuniaPelaburan.com
atau sebarang pertanyaan sila hubungi 019 244 2400 atau 03-55191260

Friday, December 20, 2013

Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman - Seminar Dunia Usahawan 2014

Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman - Seminar Dunia Usahawan 2014.
'Setakat fokus kepada papan sasaran sahaja tidak akan buat kita hit di tengah-tengah papan. Tetapi kita perlu sangat Focus dan sentiasa Praktis untuk kena tepat di tengah papan sasaran kita'
Daftar Sekarang di www.duniausahawan.com atau hubungi 019/013-2442244 untuk sebarang pertanyaan. 100% percuma sekiranya daftar 3 orang.

9 Cara Mudah bagaimana untuk timbulkan rasa bersyukur

SALAM JUMAAT YANG PENUH BARAKAH!!
Saya begitu bersyukur masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ini dan miliki keluarga yang BAHAGIA & SEMPURNA!!
Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman wrote in 1 hour ago~
9 Cara Mudah bagaimana untuk timbulkan rasa bersyukur?
- Menilik di dalam dan fizikal diri setiap satu nikmatNya
- Melihat setiap nikmat yang diberiNya di sekeliling kita
- Melihat & memerhatikan apa yang kita ada dibandingkan dengan apa yang orang lain tidak ada dan rada bersyukur
- Membayangkan bagaimana kita jika nikmat kita ditarikbalik
- Mengingati mati dan bagaimana kematian yang kita inginkan
- Menziarahi orang yang sakit atau meninggal dunia dan membantu menguruskannya
- Bersedekah dan menziarahi orang-orang susah serta faqir miskin/ anak-anak yatim sekurang-kurangnya sebulan sekali jika tidak mampu buat seminggu sekali atau tiap-tiap hari
- Solat sunat taubat sentiasa agar sedar kelemahan kita dan bersyukur
- Buat kerja-kerja khidmat kepada orang lain terutamanya orang susah.
*Tidak lupa juga sentiasa berdoa agar kita sentiasa menjadi manusia yang sentiasa bersyukur. 
‪#‎DrAzizanOsman‬

Dunia Usahawan 2014

Rasa terpanggil untuk sharing bagi MENAMBAH NILAI dalam komuniti... JOM BERUBAH!!

Dunia Usahawan 2014

Tingkatkan pemasaran, rahsia membina perniagaan. Revolusi Dunia Usahawan 2014 kini telah bermula.

http://youtu.be/fosCb2bA60U

Daftar Sekarang di www.duniausahawan.com atau hubungi 019/013-2442244 untuk sebarang pertanyaan. 100% percuma sekiranya daftar 3 orang.

#DuniaUsahawan #Richworks #DrAzizanOsman








Yakin dan Bergaya Seperti Orang Berjaya


Roslan Ab Hamid wrote: 

Untuk terbang sepantas fikiran, bagi berada di mana mana sahaja, pastikan kita tahu bahawa kita telah tiba di sana. Tiba dalam bentuk gambaran jelas dalam minda kita.

Yakin dan bergaya seperti orang berjaya. Ia bukan mustahil. Ia telah dilakukan lama dahulu oleh kalangan yang "kaya dan berjaya"
 — 




Thursday, December 19, 2013

"Switch fokus kita segera dan 'bounce back' untuk terus maju ke hadapan!

Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman - Seminar Dunia Usahawan 2014
Azizan Osman
"Switch fokus kita segera dan 'bounce back' untuk terus maju ke hadapan! hidup ini terlalu singkat untuk melayan emosi belaian jiwa sedangkan banyak perkara bermanfaat yang kita boleh kongsi untuk ramai orang lain yang memerlukan kita"
Daftar Sekarang di www.duniausahawan.com atau hubungi 019/013-2442244 untuk sebarang pertanyaan. 100% percuma sekiranya daftar 3 orang

Tuesday, December 17, 2013

[Fakta Selepas IMKK]

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
6 hours ago
[Fakta Selepas IMKK]
Alhamdulillah program 4-hari IMKK Dis 2013 pada 12-15 Disember 2013 seramai 6,000 peserta baru-baru ini sebenarnya menyaksikan satu penambahbaikan kandungan program ini dan susun atur program menjadi lebih high impact lagi. Selain tahun ini 2013 menyaksikan semua program kami diasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan, kami juga berjaya mencuba sistem pendaftaran BOARDING PASS yang agak efektif dan boleh ditambahbaikan lagi Insya Allah untuk mempercepatkan proses pendaftaran. Kami juga mempunyai sokongan lebih 300 VOLUNTEER CREW Alumni Dr Azizan dari kalangan para usahawan peserta program kami yang lepas yang cukup luar biasa, sistem AV & skrin yang setanding konsert untuk menampung suara dan music sampai kepada 6,000 peserta. Kutipan rokok yang dibuang oleh peserta yang membuat keputusan untuk berhenti merokok ke dalam tong sampah ketika hari terakhir program juga meningkat lebih 2 kali ganda dari IMKK sebelumnya. Dan kali ini juga menyaksikan sesi selawat & wirid Ratib Al-Attas bersama beribu-ribu peserta dibuat selepas solat maghrib. 13 peserta program kami yang lepas yang diundang semula di kerusi Hot Seat untuk berkongsi telah menyaksikan banyak bukti kejayaan mereka selepas mengaplikasikan ilmu dari program-program seminar anjuran kami dan bukan sekadar retorik. Program IMKK dihadiri majoritinya adalah bumiputera beragama Islam tetapi kami juga menghormati kehadiran ramai kaum lain seperti Cina, India, Kadazan, Iban dan peserta negara-negara yang hadir kali ini selain dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura, Indonesia dan Filipina. IMKK merupakan program pembangunan diri serta menguasai potensi diri untuk belajar bagaimana seseorang menetapkan matlamat mencapai kebahagiaan, kesihatan, kewangan yang lebih bagus, kekayaan, kejayaan dan keberkatan Allah swt. Jika ada orang menuduh saya menipu ternyata merekalah yang buta kerana jika saya menipu, saya mungkin boleh menipu satu dua orang tetapi mampukah saya menipu 6,000 orang yang datangnya dari latarbelakang yang dari CEO, Usahawan berjaya, professionals, doctors, lawyers, engineers berjumlah 6,000 orang dihimpunkan bersama menuntut ilmu selama 4 hari berturut-turut? Dan ada yang kata saya menggunakan pukau, mampukah saya memukau 6,000 orang dan menyihir mereka selama 4-hari? Ternyata ada sesetengah manusia lebih mudah percaya kata-kata manusia entah siapa-siapa daripada melihat sendiri kenapa begitu ramai orang sanggup hadir dari jauh dan dekat untuk hadir ke seminar kami. Saya bersyukur kepada Allah swt kerana memudahkan urusan semua yang hadir serta perjalanan IMKK kali ini, saya doakan kejayaan dan impian akan menjadi milik anda semua! ‪#‎DrAzizanOsman‬
P/S Kita tidak perlu menipu untuk memberi manfaat kepada manusia lain. Setiap manusia rezekinya berbeza dan Allah swt beri kelebihan yang berbeza, tidak perlulah kita sakit hati, fitnah, buruk sangka dan dengki melihat kejayaan orang lain. Kita sedang mempersoalkan urusan rezeki Allah swt sebenarnya

Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman - Seminar Dunia Usahawan 2014

Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman - Seminar Dunia Usahawan 2014
"Tundukkan hati di dalam menempuh hari-hari kita di dalam mencapai impian kita. Semakin kita tunduk, semakin banyak ilmu, rezeki akan mengalir kepada kita"
Daftar Sekarang di www.duniausahawan.com atau hubungi 019/013-2442244 untuk sebarang pertanyaan. 100% percuma sekiranya daftar 3 orang

[Anda boleh jadi API?]

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
1 hour ago

[Anda boleh jadi API?]

Siapa nak jadi AGENT? Jom join saya jadi Agent Perubahan Individu (API). Semua orang hanya perlu sentiasa perbaiki cara kita berfikir, rasa, cakap dan buat serta berkongsi dengan orang lain apa kebaikannya kita lebih Syukur dengan Allah swt, Senyum lebih, Sedekah lebih sikit, Sujud lebih sikit, Solat lebih sikit, Sumbangan lebih sikit, Selawat lebih sikit, Sucikan diri zahir dan batin lebih sikit, Sabar lebih sikit, Sayang lebih sikit, Salam lebih sikit, Silaturahim lebih sikit dan Submit doa lebih sikit.... Kadang-kadang kita hanya perlu lebih sikit kebaikan dan insya Allah ia memberi impak yang besar kepada diri kita dan ramai orang lain. Pekak kan telinga dan butakan mata dari perkara yang negatif yang tidak membantu kejayaan kita. Katakan "Saya API!" - Agent Perubahan Individu! ‪#‎DrAzizanOsman


Friday, December 13, 2013

Salam Jumaat & Doa Hari Jumaat!!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ُِ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, ya Tuhan kami,

Di hari Jumaat yang mulia ini , kami bermohon ke hadrat-Mu, berilah kekuatan , taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami , tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.

يَا اَلله ُ يَا رَزَّاقُ

Kami memohon kepada-Mu ya Allah, berilah kami iman yang sempurna , ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak yang soleh, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

{رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ}

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.