Sunday, October 18, 2015

6 perkara yang perlu di ambil kira sebelum mengambil pinjaman perumahan

Dengan berbagai jenis pinjaman perumahan yang ditawarkan institusi kewangan, memilih yang mana satukah sesuai dengan kehendak kita adalah sesukar memilih rumah mana yang ingin dibeli. Buat yang masih berkira-kira dan membuat survey pinjaman perumahan, berikut adalah 6 perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan pinjaman perumahan.

 

1) Jenis Pinjaman Perumahan

 

Pertama dan paling utama, pertimbangkan jenis yang terbaik untuk anda; tradisional term loan atau flexi loan. Tradisional term loan adalah pinjaman yang dibayar dengan jumlah tetap setiap bulan untuk keseluruhan tempoh pinjaman (sebagai contoh 30 tahun) manakala Flexi Loan pula memberi pilihan untuk mengurangkan kadar faedah pada bila-bila masa (sebagi contohnya menyimpan lebihan wang ke dalam akaun semasa yang berhubung dengan pinjaman perumahan. Lebih banyak yang disimpan didalamnya, lebih kurang kadar faedah yang dibayar).

 

Jika aliran wang tunai setiap bulan adalah ketat dan sudah diketahui pattern keluar masuk, tradisional term loan mungkin adalah terbaik. Tetapi jika anda mengutamakan fleksibiliti dalam pembayaran pinjaman, flexi loan adalah disarankan.

 

 

2) Kadar faedah

 

Sudah tentu memilih bank yang mampu memberi kadar faedah terendah menjadi pilihan semua orang. Sebagai contoh, pinjaman perumahan sebanyak RM 500,000 untuk tempoh 30 tahun, perbezaan kadar faedah 4.2% dan 4.15%, walaupun bezanya hanya 0.05%, tetapi nilainya adalah melebihi RM5,000. Oleh itu, rajin-rajin lah membuat survey.

 

 

3) Margin pembiayaan

 

Margin pembiayaan antara bank adalah berbeza, ianya bergantung kepada beberapa faktor seperti nilai rumah dan juga hubungan kita bersama bank tersebut seperti mempunyai pinjaman lain. Adalah sangat penting margin pembiayaan terutama untuk nilai yang tidak termasuk dalam pembiayaan yang memerlukan kita mengeluarkan wang saku sendiri.

 

Sebagai contoh: Untuk rumah berharga RM 500,000, kita perlu membayar sebanyak RM100,000 wang saku sendiri jika margin pembiayaan adalah 80 %, tetapi kita perlu membayar hanya RM 50,000 wang saku jika margin pembiayaan adalah 90 %.

 

 

4) Lock-in Period

 

Lock-in Period bermaksud penalti (denda) yang kebiasaannya antara 2-3 % dari nilai prinsipal pinjaman jika anda memilih untuk membayar sepenuhnya pinjaman perumahan sebelum tempoh Lock-in Period tamat. Sebagai contoh, jika Lock-in Period pinjaman perumahan yang diambil adalah 3 tahun, dan jika anda memilih untuk menjual rumah tersebut sebelum tempoh 3 tahun, bank akan mengenakan denda kepada anda.

 

Sebaiknya, pilih pinjaman yang berikan Lock-in Period sependek waktu yang mungkin. Terdapat juga sesetengah bank yang tidak mengenakan Lock-in Period.

 

 

5) Yuran dan Caj

 

Permohonan pinjaman perumahan melibatkan yuran serta caj professional dan proses yang telah ditetapkan kerajaan seperti proses penyediaan pinjaman dan pembayaran, yuran duti setem, yuran guaman, yuran prosessan oleh pihak bank serta lain-lain lagi jika ada.

 

Semua yuran dan caj untuk proses ini selalunya ditanggung pembeli. Dalam pakej pinjaman, pihak bank menanggung sebahagian atau sepenuhnya yuran ini. Sebaiknya, duduk berbincang dengan pegawai bahagian pinjaman mortgage bank dan minta mereka senaraikan semua yuran dan caj yang terlibat. Walaupun ia mengambil sedikit masa anda, adalah berbaloi untuk kita.

 

 

6) Bank

 

Akhir sekali, kita perlu mengetahui bahawa kita akan berhubung dengan bank secara lebih kerap sepanjang tempoh pinjaman perumahan yang diambil (mungkin selama 20 ke 30 tahun). Oleh itu, pilih bank yang kita selesa. Berikut beberapa perkara yang boleh diambil kira:

 

- Adakah kita sudah mempunyai akaun simpanan atau akaun semasa dengan bank tersebut (untuk kesenangan membuat pembayaran terus ke akaun pinjaman)?

- Adakah kita berpuas hati dengan perkhidmatan mereka?

- Adakah cawangan terdekat dengan rumah atau pejabat kita untuk memudahkan sebarang urusan?

- Adakah kita percaya akan kredibiliti bank tersebut?

- Adakah mereka mempunyai sistem pembayaran melalui perbankan online untuk memudahkan proses bayaran?

- Adakah pegawai pinjaman mortgage bank tersebut mudah untuk dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan?

 

 

Semua 6 faktor di atas penting bagi memastikan kelancaran dan kebaikan kepada kita semua.

Tuesday, September 15, 2015

Rahsia Mudah Lulus Pinjaman Tanpa Slip Gaji

Rahsia Mudah Lulus Pinjaman Tanpa Slip Gaji

by MOHD ZULKIFLI SHAFIE on NOVEMBER 4, 2014

Alhamdulillah, saya baru dapat kelulusan bank untuk tambah lagi pemilikan hartanah yang boleh bagi “positive cashflow”. Ini hartanah pertama yang saya beli lepas tiada lagi slip gaji. Sekarang saya baru dapat ‘baikpulih’ salah satu kesilapan yang saya buat semasa berhenti kerjaiaitu tak ‘jaga’ Current Account (Akaun Semasa). Sedangkan Current Account tu alat untuk buktikan kepada bank yang kita memang berduit.

Saya baru tersedar kesilapan tu lepas sebulan berhenti kerja. Masa tu baru saya terfikir, macam mana nak apply housing loan lagi? Slip gaji dah tak ada. Duit hasil bisnes pulak saya letak sana sini dalam banyak akaun. Susah untuk bank kenalpasti sejauh mana rancaknya bisnes saya. Jadi lepas baca buku sana sini, dan tanya pengalaman kawan-kawan yang dah lama berniaga full-time, saya buat keputusan, semua urusniaga berkaitan dengan bisnes dan pendapatan utama saya, saya masukkan dalam satu Current Account khas hanya untuk bisnes. Semua duit keluar masuk berkaitan bisnes, bank boleh ‘match’ dengan Current Account tu.

Cara Urus Current Account

Perkara ni walaupun nampak simple, tapi sepatutnya saya buat masa berniaga part-time lagi. Orang yang tiada slip gaji (berniaga sendiri sepenuh masa) tak mudah dapat loan macam orang makan gaji, apatah lagi jika dibandingkan dengan orang yang kerja kerajaan. Sebesar manapun pendapatan kita dalam bisnes, bank tak dapat ‘cari bukti’ untuk luluskan pinjaman, melainkan kita buktikan dengan Current Account. Semua urusniaga duit masuk dan duit keluar, pastikan melalui akaun bank. Tak kisahlah berniaga pisang goreng sekalipun, pastikan duit keluar masuk melalui akaun bank. Itu cara nak yakinkan bank yang kita memang berduit.

Jadi untuk pastikan bank yakin dengan Current Account kita , pastikan:

Setiap jualan yang kita buat, duit dibayar ke dalam akaun bisnes.Setiap pembayaran, duit mesti keluar daripada akaun bisnes.Setiap komisyen jualan (kalau jadi ejen mana-mana syarikat), pastikan syarikat bayar ke dalam akaun bisnes.Minimumkan urusniaga yang melibatkan duit tunai. Kalau dapat bayaran dalam bentuk tunai, masukkan duit tu ke dalam akaun bisnes. Sama juga dengan pembayaran. Kalau buat bayaran, transfer duit dari akaun bank terus kepada pembekal.Simpanan penyata Current Account yang at least untuk 6 bulan, paling balik 12 bulan. Kalau guna online banking, save jer statement tu dalam bentuk pdf.

Itulah tips ringkas urus Current Account dengan betul. Pokoknya, duit keluar masuk biar jelas, dan bank suka tengok duit keluar masuk yang aktif. Ia menandakan bisnes kita bergerak aktif.

Dokumen Meyakinkan Bank

Selain Current Account, dokumen yang sangat-sangat bank nak tengok ialah Penyata Cukai Pendapatan! Bahkan ada bank yang cuma perlukan Penyata Cukai Pendapatan untuk luluskan pinjaman. Jadi pastikan hantar borang dan bayar cukai kepada Lembaga Hasil bila cukup ‘nisab’. Bagi orang berniaga, deadline hantar borang dan buat pembayaran ialah setiap 30 Jun.

Jadi secara ringkas, ini senarai dokumen yang bank perlukan sebagai bukti kita memang berduit, walaupun tanpa slip gaji:

Current Account (at least 6 bulan)Penyata Cukai Pendapatan (2 tahun)Resit Zakat PendapatanSurat Perlantikan Sebagai Ejen (kalau jadi ejen syarikat)Penyata Komisyen Ejen (12 bulan)Rental Agreement (kalau ada rumah sewa)Buku Akaun Simpanan (Tabung Haji, ASB dsb)Borang Daftar Perniagaan SSMPenyata KWSP (bagi yang pernah makan gaji)

Pastikan semua hasil peniagaan dan pendapatan, bank boleh match dengan Current Account. Kalau kita dibayar komisyen (sebagai ejen), pastikan penyata komisyen yang syarikat bagi tu dapat match dengan duit masuk dalam Current Account.

Kalau Akaun Tabung Haji atau ASB, pastikan dalam buku tu menunjukkan kita menyimpan secara konsisten (at least 6 bulan tanpa pengeluaran) untuk amaun ansuran pinjaman yang bakal kita bayar kepada bank. Ia menunjukkan kepada bank, kalau kita mampu menyimpan secara konsisten, maksudnya kita mampu bayar ansuran bank tanpa sebarang masalah.

Profil Kewangan Peribadi Berkesan

Masa saya jumpa pegawai bank bulan lepas, saya tak pasti apa yang mereka perlukan. Jadi saya sediakan satu fail yang saya namakan “Profil Kewangan Peribadi”, dan saya bawa sekali masa jumpa dengan mana-mana bank. Dalam tu semua dokumen berkaitan kedudukan kewangan (yang saya senaraikan tu), dah siap compile sekali. Saya susun elok-elok, dan siap buat summary dan separatorlagi.

Fail yang saya bawa jumpa banker

Jadi bila berbincang dengan pegawai bank, mereka boleh terus buat penilaian samada kita layak atau tak untuk dapatkan pinjaman. Dan lagi senang, pegawai bank boleh terus fotostat mana-mana dokumen yang mereka perlukan. Syukur alhamdulillah, 2 bank yang saya mohon, semuanya lulus! Saya pilih yang mana saya rasa terbaik. Memang dokumen-dokumen yang saya senaraikan tu dapat membantu untuk kembangkan lagi kekayaan dengan hutang (tanpa perlu menanggung hutang), insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
1 November 2014
8 Muharram 1436

CATATAN : Dua faktor penting yang mempengaruhi keputusan bank untuk luluskan pinjaman ialah (1) kemampuan kita membayar hutang, selalunya akan dikira bersasarkan kedudukan Debt Service Ratio semasa kita (iaitu hadnya40% bagi berpendapatan RM3,500 ke bawah dan 70% bagi berpendapatanRM3,500 ke atas), dan (2) rekod pembayaran hutang semasa yang baik, selalunya bank akan rujuk rekod CCRISkita.

Sunday, August 30, 2015

Ada orang gelakkan impian anda?

Gelaklah lagi!
Ada orang gelakkan impian anda?
Saya pun ada.
Satu masa dahulu masa sekolah, saya pernah cakap dengan kawan-kawan dan cikgu yang saya bila dah besar nak berniaga sendiri. Saya digelakkan.
Satu masa dahulu tahun 1997/98, ketika saya berhenti kerja nak mula berniaga, saya pernah cakap saya nak berniaga sehingga jadi jutawan. Ada seorang rakan kerja saya dulu ni gelakkan saya.
Satu masa dahulu, bila berniaga saya gagal dan gagal, saya cakap dengan kawan saya yang saya akan jadi jutawan. Dia gelakkan saya.
Satu masa dahulu, bila saya mula bangkit dengan perniagaan Advertising & Marketing saya dan saya percaya saya boleh uruskan portfolio pelanggan bernilai RM100juta. Ada orang gelakkan saya.
Satu masa dahulu, bila saya buat usaha untuk berkongsi ilmu bisnes dan pemasaran saya untuk melihat lebih ramai anak bangsa saya berniaga. Ada bangsa saya gelakkan saya tapi bangsa lain sokong saya.
Satu masa dahulu, ketika saya hisap rokok dan kemudian saya berhenti. Kawan-kawan perokok gelakkan saya.
Bila saya kata saya adalah bakal fit dan sihat dengan berat 75kg Insya Allah pasti ada yang gelakkan saya. Dan Insya Allah saya tahu ia akan tercapai dan sedang berlaku langkah demi langkah.
Semua yang orang gelakkan saya di atas Alhamdulillah telah membantu saya menjadi pembakar semangat mencapai impian saya dan di manakah orang yang gelakkan anda tersebut? Entah mana kan. Terima kasih buat mereka.
Ada orang gelakkan impian anda? Biar dia gelak sekarang dan Insya Allah kita ambil gelak dia sebagai sumber kekuatan kita sehingga kita boleh gelak pula satu hari nanti dengan izinNya. Setiap "gelakkan" orang lain pada kita itu jadikan ia sebagai bahan pembakar semangat diri kita untuk capai setiap impian kita.
Setiap permulaan kejayaan itu ianya kelihatan hodoh, buruk, susah, payah dan sebab itu namanya KEJAYAAN. Ia bernama kejayaan apabila kita lalui dan atasi semua kepayahan serta cabaran untuk akhirnya mencapai apa yang kita impikan.
Ini 5 tips dari saya untuk fokus mencapai matlamat:-
1/ Tetaplah dengan apa yang kita percaya yang kita mahukan walaupun mula-mula kita pun tidak berapa percaya dengan kemampuan diri kita.
2/ Fokus dan sentiasa bakar semangat diri untuk mencapainya setiap hari.
3/ Ambil kata-kata orang lain sebagai kekuatan kita
4/ Gunakan "talian hayat" short-cut untuk mencapai impian kita iaitu mendapatkan coach atau mentor yang telah berjaya untuk tunjukkan jalan
5/ Berada di sekeliling yang membantu kita atau menyokong kita mencapai matlamat kita.
Dan pergantungan kuat dengan Allah swt. Kejayaan dan keberkatan adalah asas semua yang kita mahukan Insya Allah.
Apa itu kejayaan?
Erti kejayaan bagi setiap orang tidak sama tetapi asasnya sama. Kejayaan bererti bila kita berjaya mencapai atau melakukan sesuatu yang kita tidak pernah lakukan.
Solat itu kunci kejayaan kepada semua kejayaan.
Wallahu A'lam
‪#‎AzizanOsman

Saturday, August 29, 2015

Penawar hati tidak tenang, gelisah, hidup huru hara, perhubungan suami isteri seperti hilang rasa kasih sayang


# IngatanBuatDiri

Selepas solat waktu. Ambil sedikit masa duduk berwirid sekejap: Baca Istighfar 10x -70x, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar. 33x each dan Selawat 10x - 100x. Buat dengan tekun tanpa gangguan fokus. Buat dengan penuh khusyuk dan penghayatan apa yang dibaca. Insya Allah bila buat secara konsisten akan membantu membersihkan jiwa dan mendekatkan diri kepadaNya.
Ramai orang tanya saya dan beritahu hati tidak tenang, gelisah, hidup huru hara, perhubungan suami isteri seperti hilang rasa kasih sayang. Saya tidak ada jawapan kecuali ingatkan agar kita sama-sama connected dengan Allah swt dan berkasih sayang sesama kita.
Kita boleh khusyuk baca segala berita di media sosial begitu lama. Cuba berikan sedikit masa disiplin untuk solat, wirid dan baca Al-Quran walau satu muka surat selepas solat atau kurang-kurang setiap hari. Anda akan terperanjat hidup anda akan menjadi lebih tenang dan berkat Insya Allah. Ini pesanan arwah guru saya kepada saya satu masa dahulu di kala hidup saya adalah kucar kacir. Fokus perbaiki hati dan Insya Allah segala yang lain akan menjadi lebih baik.
Bila kita jauh dariNya, Dia akan "sergah" kita dengan pelbagai ujian, cabaran dan dugaan untuk ingatkan kita kembali mendekatiNya. Saya tidak sempurna dan banyak silap.
Demi Masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran. (Maksud dari Surah Al-Asr)

# KunciKataPentingAdalahKeberkatan
# SalamSubuh
#IngatanBuatDiri
# AzizanOsmam

Monday, August 24, 2015

WANG DALAM KWSP TAK CUKUP!

Jumlah wang yang kita perlukan untuk persaraan haruslah bertahan selama mana kita hidup. Ini bermakna wang tersebut mesti bertahan sekurang-kurangnya 30 tahun selepas persaraan (mengandaikan kita meninggal dunia pada umur 85 tahun). Masa yang agak panjang.

Cara untuk mempunyai wang yang cukup adalah dengan menyimpan dan melabur sebanyak mana wang yang boleh.
Sesetengah orang berkata, “Saya telah mempunyai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Wang itu akan meliputi semuanya”.

Ya, simpanan kita di dalam KWSP adalah bagus. Tetapi malangnya, wang itu tidak cukup. Hakikatnya, ia tidak dapat menampung walaupun separuh daripada kos sara hidup selepas bersara!

Seorang kawan saya hampir-hampir diserang sakit jantung apabila saya duduk bersama dia untuk mengira jumlah yang diperlukan untuk persaraannya. Cuma untuk menampung gaya hidupnya sekarang (tanpa menyentuh amaun prinsipal dan mengambil kira faktor inflasi), dia memerlukan RM6 juta apabila dia mencecah umur 55 tahun. Itu cuma untuk menampung gaya hidupnya sahaja dan belum mengambil kira kebebasan hidup yang diimpikan.

Sesetengah orang berkata jumlah itu hanya untuk kawan saya. Mungkin dia perlu mempunyai wang yang banyak kerana gaya hidup yang keterlaluan. Tetapi, oleh sebab gaya hidup mereka biasa sahaja, mereka tidak perlukan jumlah wang sebanyak itu.

Hujah di atas adalah salah atas dua sebab. Pertama, kawan saya ini sebenarnya hidup dengan cara yang simple. Kedua, mengapakah perlu mengurangkan gaya hidup anda selepas persaraan? Secara logiknya, bukankah kita perlu menikmati segalanya selepas bekerja keras selama 30 atau 40 tahun? Kita sepatutnya mempunyai lebih, bukan kurang wang pada akhirnya!

Tetapi, realiti sebenarnya ialah orang mempunyai wang yang kurang selepas persaraan. Ini merupakan cerita yang sedih, tragik dan menggerunkan!

#Azizi Ali Mentor Wang

Saturday, August 1, 2015

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

SHARE utk semua dgn harapan kita semua menjadi orang KAYA.

Friday, July 24, 2015

Mana Satu Sikap Anda?

Ada 3 jenis sikap manusia di dalam diri kita dan di sekeliling kita yang perlu kita kenal pasti:-

1. Sikap “Hero” - Mereka proaktif, mereka menimbangkan sesetiap perkara dengan ilmu dan iman kemudian fokus untuk bertindak untuk capai matlamat mereka. Mereka percaya bahawa diri mereka bertanggungjawab dengan setiap tindakan mereka selain dari yakin dengan doa dan kuasaNya. Mereka kurangkan fokus kepada masalah tetapi fokus cari jalan penyelesaian. Mereka bersedia melakukan apa sahaja yang perlu untuk capai matlamat mereka. 

2. Sikap "Biawak" - Ada kisah kenapa kita namakan sikap "biawak", di mana biawak suka makan bangkai. Sikap biawak adalah sikap mereka yang masanya sangat banyak fokus kepada masalah, alasan, negatif, prasangka buruk, salahkan orang lain dan tidak bertanggungjawab. Manusia yang suka mengumpat dan bercakap buruk di belakang orang lain dikatakan manusia yang suka makan bangkai atau makan daging saudara mereka sendiri, jadi ada persamaan dengan kebiasaan biawak. 

3. Sikap "Siput Babi" - Ada sebab kenapa dipanggil sikap "Siput Babi". Saya selalu kongsikan satu lawak jenaka di dalam seminar saya tentang Siput Babi. Saya selalu bertanya kenapa Siput Babi bergerak perlahan? Saya jawab, sebab Siput Babi keliru (confuse) samada dia Siput atau Babi. Dek sebab asyik fikir dan keliru sepanjang hayat dia samada dia siput atau babi, maka bergeraklah dia dengan perlahan-lahan. Ini gurau sahaja! Gurau pun tak boleh? Mende entah! Jangan jadi umpama Siput Babi. Sikap mereka yang umpama siput babi ni, mereka ni bijak, pandai, CGPA mungkin bagus, tahu segala perkara dalam dunia tetapi tidak berani bertindak! Tidak berani ke hadapan untuk lead sesuatu perubahan atau perkara. Mereka pilih jadi pengikut dan ikut bodoh-bodoh walaupun yang diikutnya itu mungkin bukan pandai sangat atau betul sangat... Pernah jumpa orang macam tu? 

Jadi, ini adalah 3 sikap asas karektor yang ada pada ramai manusia samada pada diri kita atau pada orang sekeliling kita. Anda rasa anda banyak sikap yang mana?


Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia

----------------------------------------
Sms/whatsapp NAMA & LOKASI ke 0126656874 untuk SOLUTION bagi masalah financial anda!!

Wednesday, July 22, 2015

9 Petua Nak Berjaya Dalam Forex

Kenapa mereka jadi jutawan
Kenapa mereka jadi kaya
Kenapa mereka berjaya
semua kerana 9 petua ini

Jika anda amalkan 9 petua ini dalam diri keberangkalian besar kejayaan milik anda

1: Rancang apa yang anda plan
2: Berkawan dengan orang yang berjaya
3: Jauhkan diri dengan orang-orang berfikiran negetif
4: Belajar teknik forex yang sudah terbukti klik sini untuk panduan tersebut
5: Amalkan teknik yang telah diajar
6: Dengar nasihat jika ditegur
7: Tetapkan matlamat anda bila nak berjaya
8: Beri peluang diri anda untuk berjaya dalam forex trading
9: Yakinkan diri yang anda boleh lakukan

Yang terakhir sekali dapatkan bimbingan dari trader yang telah membantu ribuan trader menjadi smart trader,

Saturday, July 11, 2015

Graduan Zaman Sekarang Cukup Beruntung

1. Zaman sekarang seharusnya tiada lagi isu graduan yang tiada pendapatan selepas tamat pengajian.
2. Jika satu ketika dahulu ya. Dikala itu teknologi tidak sehebat hari ini. Kemampuan untuk membuat duit tidak seluas hari ini.
3. Hari ini, yang belum graduate sudah ada pendapatan melebihi 4-5 angka sebulan.
4. Memang ada yang akan mengeluh, habis tu sia-sia lah belajar nak jadi itu dan ini, jika tamat pengajian kelak hanya berniaga.
5. Tiada yang sia-sia. Bukan semua orang dapat menikmati zaman di universiti. Campus life. Menara gading. Ini pusat dimana pembentukkan mentaliti kita. Malangnya ramai yang gagal memanfaatkan zaman itu.
6. Zaman sekarang, tidak lagi boleh fokus kepada nak makan gaji. Kita kena kreatif dalam mencari sumber pendapatan. Kalau tak ada kerja, kita create kerja. Nak create kerja, haruslah bermula dengan berniaga. Kecil-kecilan pun tak apa.
7. Mana saya ada modal? Ini persoalan yang sudah lapuk. Cari tapak dahulu. Banyak cara boleh dibuat. Bisnes online. Affiliate. Dropship. Boleh tanya pakar perniagaan internet seperti Dr, Irfan Khairi, Ammar Zahar, Zamri Nanyan, Gero Azrul dan ramai lagi.
8. Dahulu tak ada facebook, instagram, twitter atau youtube. Zaman sekarang, macam-macam channel untuk kita buat duit. Pokok pangkalnya kita sendiri. Nak belajar atau tidak. Nak buat atau tidak. Tepuk dada tanya selera.
9. Dalam seminar saya, sering saya sebut, nak A tapi dapatkan B dahulu. Maksudnya, jika kita nak buka restoran. Jangan terus buka restoran. Kenapa? Restoran modalnya besar. Kita tak tahu lagi menu kita ni diterima ramai atau tidak. Mulakan dengan kecil-kecilan dahulu. Kumpul duit dari situ kemudian baru buka restoran. Follower kita pun dah ramai ketika itu. Tak susah nak pastikan sales harian kita.
10. Mula-mula memang janggal bila orang lain keluar bekerja, kita duduk kat rumah mengadap komputer. Orang lain pakai smart, kita pakai tshirt. Orang lain keluar bersama family hujung minggu. Kita keluar bersama family hari bekerja.
11. Pun begitu tidak semua manusia mempunyai keupayaan yang sama. Itu satu hakikat yang perlu kita akui. Setiap manusia itu ada bezanya.

Tuesday, April 21, 2015

# 49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary. Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan
itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan
warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi
orang Melayu kena berdamping dengan orang politik
sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu
melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan
mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa,
budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan
jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan
saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun
boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha
dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada
jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa
yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain
tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi
itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa
Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir
daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita
berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka.
Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga
kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah.
Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok.
Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada
pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak
sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang
perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena
tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok
dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka
pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat
mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur
dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun
sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status;
ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena
turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh
dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong
orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil
balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu
turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih
kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang
Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada
pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu
bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri.
Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain
berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.
Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar
zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana
sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.
Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya
dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya
boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi
saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau
mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain
ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan
kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama,
bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri
saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada
saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu
kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda
daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau
hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.
Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada
bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang
saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada
orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya
usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang
Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar.
Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah
kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu
adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa
dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya
untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini
untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya
percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan
akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti
tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan
lain supaya kita terus dapat bantu orang lain
mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat
semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang
tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah
kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain
memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa
pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di
kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di
bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya
ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga.
Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini
gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak
tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10
juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh
selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada
menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri.
Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu
selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang.
Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti
tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya
semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum
berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana
hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.
Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu
bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini
kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi
saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus
dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau
hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan
tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal
jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain,
perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun
sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu
orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat
anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah
mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain
suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa
kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin
ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan
jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan.
Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal
saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita
sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya
terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya
menolong orang lain pula. Saya percaya kepada
keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa
orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti
saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok
perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi
kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk
bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat
untuk kita bergantung apabila kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk
kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak
boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke
depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik
dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa
pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton
Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun
cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju.
Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang
Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan
saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu
ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak
boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan
disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait
dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan
tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita.
Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu
berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang
bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha.
Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab
orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara
yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada
orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena
kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah
besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi
bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri
sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri
seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial)
semuanya bermula daripada didikan orang tua saya
sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat
sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang
habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau
hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat
saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari
dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang
diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada
setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus
peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya
sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak.
Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat
langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal
terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang
ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu
yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang
lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa.
Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada
diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang
lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak
mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada
ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up
saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu
banyak ketinggalan.
Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang
melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong
atau bertanggung jawab menyumbang pada
pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam. —

Friday, April 10, 2015

9 CARA UNTUK JADI PEMIMPIN YANG BAIK.

1. Dengar pandangan. Raikan perbezaan pendapat. Benarkan mereka menyuarakan pandangan. Tekuni ilham yang mereka cetuskan. Usah tutup mulut ahli dalam kumpulan. Hubaya hubayalah kepada mereka yang bermulut manis menuji sentiasa dan angguk sepanjang masa. Mereka lah orang pertama yang akan lari meninggalkan kita semasa kita dilanda angin puting beliung huru hara. 

 2. Usah micro - manage. Semua perkara mahu diambil kira. Itu bahaya. Perkasakan ahli dalam kumpulan. Turun bantu waktu perlu dan tinggalkan mereka untuk membesar dengan cara mereka.

 3. Apabila ada ahli buat salah,usah kutuk dan hancurkan mereka. Bantu mereka bangkit semula. Biar mereka belajar dari kesilapan. dalam agama, tiada orang gagal. Hanya mereka yang berputus asa dari rahmat Allah sahaja yang gagal. 

 4. Kembangkan modal sosial. Bina hubungan yang akan menjambatani antara ahli dalam pasukan. Ini memberi makna besar kepada kerja yang dilakukan bersama. 

 5. Apa yang saya tidak tahu yang perlu saya tahu. Bagaimana saya ingin mencuba dalam situasi yang belum tentu selamat. itulah maksud pengurusan risiko dalam pasukan. 

 6. Kenali diri. Sedar bahawa kemajuan hanya boleh dicapai dengan pembelajaran berterusan dan tahu destinasi yang mahu ditujui. 

 7. Tentukan matlamat pembangunan diri. Pemimpin hanya boleh maju dalam satu bidang tumpuan pada satu masa. Laser Focus. Bukan lima perkara yang mahu dicuba dan hasilnya tiada impak yang optima. 

 8. Tiada prima dona dalam kumpulan. Tiada kelompok dalam puak. Tiada tikam belakang. Apabila mereka tidak boleh bermain bersama pasukan, tendang keluar . 

 9. Tangkap konsep. Apabila sudah hadam konseptual , maka perkara teknikal jadi mudah untuk difahami. Latih setiap hari. 

 #Dato Roslan Ab Hamid 

----------------------------------------
Sms/whatsapp NAMA & LOKASI ke 0126656874 untuk SOLUTION bagi masalah financial anda!!

Monday, March 30, 2015

KENAIKAN KOS SARA HIDUP DAN PENURUNAN KUASA GAJI, SEPULUH ISU TERBESAR EKONOMI MALAYSIA 2015

Keluhan dan rintihan berani tahun mencabar 2015.Kepada semua rakyat Malaysia, bersedia hadapi SEPULUH cabaran ekonomi Malaysia terbesar tahun depan :

1. KENAIKAN KOS SARA HIDUP RAKYAT
Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum (naik 20 sen), tarif elektrik (naik 15%), harga gula (naik 30 sen),
harga tepung (naik 20 sen) dan kadar tol (minima 50 sen) sedikit sebanyak akan melonjakkan kos sara hidup semua rakyat. Paras inflasi rasmi terkini telah pun meningkat kepada 3.4%, tertinggi dalam setahun. Inflasi tidak rasmi/sebenar mungkin tiga kali ganda lebih 10% setahun.
Harga purata secawan kopi kini ialah RM1.60, harga nasi lemak ialah RM1.80 sementara sekeping roti canai sudah mencecah RM1.20 tidak termasuk GST

2. PARAS HUTANG KERAJAAN YANG TINGGI
Paras hutang kerajaan meningkat sejak tahun 1970. Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 1970 hanyalah RM2 billion, pada tahun 1999 berjumlah RM95 billion tetapi sekarang telah mencecah RM568.2 bilion atau 53% daripada KDNK menghampiri had siling 55%. Pihak asing pula memiliki kira-kira 15% daripada jumlah hutang dalam negara. Keadaan ini boleh mempengaruhi
kadar pertukaran wang asing negara.
Untuk rekod, kerajaan membelanjakan lebih RM10 bilion setahun hanya untuk membayar faedah hutang-hutang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan.

3. PARAS HUTANG ISI RUMAH RAKYAT YANG MEMBAHAYAKAN
Hutang isirumah rakyat Malaysia telah berganda kepada RM750 billion atau 76.2% KDNK dalam Julai tahun ini.
Pecahan besar adalah pinjaman perumahan 29%, pinjaman kenderaan 51%, pinjaman peribadi 15% dan
pinjaman pelajaran 33%. Ini bermakna rakyat Malaysia secara amnya membuat perbelanjaan dengan membazir dan tidak berhemah. Jika tidak dikawal, lima tahun lagi hutang isi rumah di Malaysia boleh melebihi 100% kepada KDNK negara
bermakna pendapatan yang diperolehi tidak cukup untk membayar hutang terkumpul.

4. PERTUMBUHAN EKONOMI DEKAD YANG LEBIH PERLAHAN
Jumlah keseluruhan ekonomi Malaysia (KDNK) tahun 2014 adalah RM1.07 trillion. Walaupun ekonomi global
dijangka meningkat, pertumbuhan KDNK Malaysia purata sepuluh tahun lepas lebih perlahan hanya sebanyak 5% dan banyak didorong oleh permintaan
domestik. Berbanding pertumbuhan KDNK purata sebanyak 7% pada tahun 1990an yang didorong oleh sektor eksport dan luaran. Untuk rekod, semenjak 1945 ke tahun 1998, Malaysia
adalah salah satu daripada 13 negara yang telah mencapai pertumbuhan mantap melebihi 7 peratus
selama lebih daripada 53 tahun. Walaubagaimanapun selepas 1998, pertumbuhan ekonomi Malaysia telah
jatuh dengan perlahan.

5. KOS PENGURUSAN KERAJAAN YANG TINGGI
Daripada tahun 1970 hingga 2013, jumlah perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat daripada RM2.2 bilionkepada RM216.2 bilion. Komponen yang terbesar ialah gaji kakitangan kerajaan. Untuk nota, Malaysia memiliki
nisbah kakitangan kerajaan yang tertinggi di duniaseramai 1.4 juta atau 10% dari seluruh tenaga kerja di
Malaysia.

6. BEBAN SUBSIDI KERAJAAN YANG TINGGI
Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan telah meningkat dengan ketara daripada RM1.1 bilion pada 1999 kepada
RM44.1 bilion pada 2013. Ini bermakna 20% dari cukai yang dikutip akan digunakan untuk subsidi rakyat.
Subsidi ibarat ganja kerana ia sukar dihentikan apabila telah diberikan. Penamatan subsidi juga boleh
mengakibatkan kos politik kepada kerajaan yang memerintah.
Dasar pemberian subsidi adalah dasar yang tidak efektif bagi rakyat miskin. Orang kaya menggunakan bahan api
lebih banyak daripada orang miskin yang bermotosikal. Ini bermakna subsidi petroleum lebih banyak dinikmati
oleh golongan kaya.

7. PRODUKTIVITI PEKERJA YANG KURANG CEMERLANG
Hanya 80 peratus dari tenaga kerja seluruh Malaysia mempunyai kelayakan pendidikan setakat Sijil Pelajaran
Menengah (SPM). Menurut Perbadanan ProduktivitiMalaysia (MPC), tahap produktiviti pekerja negara ini
adalah jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea
Selatan dan Singapura. Purata pekerja Malaysia mencatatkan nilai produktiviti
hanya sebanyak RM43,952 setahun. Berbanding pekerja Amerika Syarikat mengungguli senarai dengan tahap
produktiviti sebanyak RM285,558 setahun, diikuti olehpekerja di Jepun RM229,568 dan Hong Kong
RM201,485. Ini bermakna pekerja Malaysia bekerjadalam tempoh yang lebih panjang berbanding negara
lain, namun menghasilkan pulangan yang lebih rendah.

8. BELANJAWAN MALAYSIA DEFISIT SETIAP TAHUN SEJAK 1998
Walaupun memiliki komoditi yang kaya seperti minyakdan kelapa sawit, Belanjawan Negara masih defisit
selama 16 tahun berturut-turut semenjak krisis kewangan Asia. Untuk rekod, perbelanjaan subsidi untuk
rakyat dikurangkan sebanyak RM 7.3 billion bagi tahun 2014. Walaupun paras defisit keseluruhan negara telah turun tetapi masih tinggi sekitar RM 36 billion.
Pada masa yang sama, lebihan akaun semasa (eksport tolak import) juga telah menurun dari RM102 bilion pada 2012 kepada RM37 billion pada 2013. Ini
bermakna lebihan akaun sebanyak 3% daripada KDNK pada masa ini adalah kecil kerana Malaysia pernah mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak 10%.

9. KETIRISAN DAN KETELUSAN NEGARA
Dalam Indeks Persepsi Rasuah atau Corruption Perception Index yang dijalankan Transparency International, Malaysia menduduki tangga ke-53
daripada 177 buah negara. Kedudukan ini tidak segagah tahun 2003, Malaysia berada di kedudukan ke-37. Untuk rekod, dalam Laporan Global Financial Integrity,
Malaysia menduduki tempat ke-4 dari segi jumlah kumulatif pengaliran keluar dana secara haram yang berjumlah RM880 billion di antara tahun 2002-2011. Ini bermakna aliran keluar wang haram dari Malaysia mungkin lebih hebat daripada negara-negara seperti
Filipina, Nigeria dan Venezuela.

10. KELEMAHAN RINGGIT DAN PENINGKATAN GAJI YANG PERLAHAN
Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah dibandingkan dengan Dollar Amerika (terendah dalam enam bulan) dan Dollar Singapura (terendah dalam 15
tahun) juga menyumbang kepada lonjakan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia. Kesan kelemahan
ringgit menyebabkan penurunan kuasa beli individu. Maknanya, setiap ringgit pendapatan akan mampu membeli sedikit barangan dan perkhidmatan import berbanding sebelum ini.
Peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan.Mengikut Payscale.com , kadar purata kenaikan gaji Malaysia hanya sekitar 3.5% berbanding Indonesia 9.8%,nSingapore 12% dan Thailand 5.8% dalam tempoh sama.

Kesimpulan, ekonomi adalah tunjang turun naiksesebuah masyarakat, bangsa dan negara. Saya yakin sepuluh isu ini dapat ditangani, kerajaan mapan,
ekonomi cemerlang dan rakyat gemilang.
Amin.

Pandangan Peribadi :
Dr. Nazri Khan
Presiden, Malaysian Association of Technical Analyst (MATA)
Exco, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM)

----------------------------------------

Sms/whatsapp NAMA & LOKASI ke 0126656874 untuk SOLUTION bagi masalah financial anda!!

Wednesday, March 4, 2015

Nota Seorang Usahawan Pagi Rabu

Nota Seorang Usahawan Pagi Rabu:

" Kita buat apa yang kita suka,jangan pedulikan cabarannya,hadap sahaja,pasti berjaya."

1.Saya pernah menjaja di ekspo-ekspo,kesana kesini mengikuti ekspo menaiki kancil turbo, kadang-kadang menumpang van sahabat saya namanya Bujang Selamber.Tidur di dalam booth berbantal lengan,jimat tidak mahu menginap di hotel, bimbang juga kalau barang niaga dicuri orang.Itu sahaja stok jualan yang ada.Berjualan barang-barang memancing,baju bundle, spek mata hitam dan topi.

2.Saya pernah berjualan di pasar malam dan pasar pagi,seronok betul dapat menjaja di pasar. Berpeluang berkenalan dengan ramai orang, kawan-kawan sebelah baik belaka.Kami saling tolong pasang khemah,terpahat indah kenangan bersama kawan-kawan di Uptown.Di sini saya lebih kenal apa erti menjual dan selok belok menjalankan trading. Waktu ini kancil saya cuma ada 1 tempat duduk sahaja,yang lain habis dibuang bagi memberi laluan kepada khemah dan barang jualan.Kehkeh..

3. Kita pernah hidup susah berkali-kali,kita pernah selekeh dan biasa-biasa.Malah, kita juga teringin memakai yang mahal-mahal dan berjenama seperti orang lain,itukan fitrah manusia. Keinginan itu ada pada semua. "Meleleh air liur" tengok orang pakai Levis 501 Original, beli di butik levis pula tu.Apatah lagi melihat orang lain pakai Handphone terbaru dan terkini. Kita nak keluar phone pun segan-segan juga bila berbunyi, akibatnya "Silent mode" sepanjang masa.

4. Kita pernah gagal,kita pernah rugi dalam berniaga,kita pernah dihina,kita juga sering difitnah. Paling menarik,kawan-kawan semua akan jauh dan lari meninggalkan kita.Pada saat sepi dan sunyi menggalas beban dan masalah di atas kepala,tiada siapa pun mahu mendengar rintihan kita."Itu masalah engkau!",kita hanya mampu memujuk diri agar terus bangkit dan terus melangkah ke depan.Itulah turning point besar dalam hidup kita.Terima kasih buat mereka.

Tiada jaya tanpa derita dan air mata.
Tiada kaya tanpa rugi dan bersederhana.
Tiada daya tanpa doa restu ibu ayah dan keluarga.
Tiada apa-apa tanpa izin dariNya.

Amin..amin..ya rabal alamin..

Tuesday, March 3, 2015

APPOINTED DISTRIBUTOR UNTUK KL & SELANGOR.

Alhamdulillah... 

SM BERSATU appointed sebagai distributor untuk product terus dari kilang di KOREA. 

Our products:-

 √ KITCHEN COUNTER 
√ TOP I-SHAPE & L-SHAPE 
√ TABLE TOP 
√ KITCHEN SINK BOWL 
√ ISLAND TOP 
√ CEILING BOARD 
√ DOOR SEAL 

>>HARGA ADALAH YANG TERMURAH DI PASARAN 
>>  KUALITI SETANDING DENGAN IKEA 

KAMI ADALAH DISTRIBUTOR UNTUK  KL & SELANGOR. 

DEALER YANG BERMINAT JUGA BOLEH HUBUNGI KAMI >> 0126656874 @ 016239204.











Monday, March 2, 2015

APAKAH PERKARA YANG PATUT ANDA BERHENTI SEGERA!


1) Berhenti menghabiskan masa dengan orang-orang yang salah.
2) Berhenti lari dari masalah anda.
3) Berhenti menipu diri sendiri.
4) Berhenti meletakkan keperluan diri anda di belakang.
5) Berhenti cuba untuk menjadi seseorang yang anda tidak boleh jadi.
6) Berhenti bergantung pada masa lalu.
7) Berhenti menjadi takut untuk membuat kesilapan.
8) Berhenti menilai diri dengan kesilapan lalu.
9) Berhenti cuba untuk membeli kebahagiaan.
10) Berhenti melihat orang lain untuk kebahagiaan.
11) Berhenti jadikan diri anda terbiar.
12) Berhenti pemikiran anda yang selalu tidak bersedia.
13) Berhenti terlibat dalam hubungan untuk sebab-sebab yang salah.
14) Berhenti menolak hubungan baru hanya kerana yang lama berjalan dengan baik.
15) Berhenti cuba untuk bersaing dengan orang lain.
16) Berhenti cemburu dengan orang lain.
17) Berhenti mengadu tentang diri sendiri.
18) Berhenti berdendam.
19) Berhenti membiarkan orang lain membawa anda ke tahap mereka.
20) Berhenti membuang masa menerangkan diri anda kepada orang lain.
21) Berhenti melakukan sesuatu yang sama berulang-ulang kali tanpa rehat.
22) Berhenti melupakan kenangan detik-detik kecil.
23) Berhenti cuba untuk membuat perkara yang sempurna.
24) Berhenti mengikuti jalan yang kurang rintangan.
25) Berhenti bertindak seperti segala-galanya adalah baik tapi ianya tidak.
26) Berhenti menyalahkan orang lain dalam masalah anda.
27) Berhenti cuba untuk menjadi segala-galanya kepada semua orang.
28) Berhenti bimbang banyak sangat.
29) Berhenti memberi tumpuan kepada apa yang anda tidak mahu berlaku.
30) Berhenti yang tidak bersyukur.
Tiada sesiapapun boleh berundur kembali ke masa lepas dan memulakan kehidupan baru, tetapi kita boleh memulakannya hari ini dan membuat kesudahan yang baru dengan BERHENTI melakukan perkara diatas!

# Datuk Dr Maznah Hamid 
-------------------------------------------------------


27/2/2015 | JUMAAT

Sesi sharing program bimbingan secara PERSONAL & GROUP yang membimbing new traders untuk menjana daily INCOME & SAVING dalam lubuk FOREX!


Puan Atasha Azmil , seorang ibu muda yang cekal dan tabah dalam membesarkan puterinya. Kenangan lepas tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus KAYA & BERJAYA.


Lepas saya sharing tentang kelebihan bersama team,terus on the spot register dan subscribe pakej CGAT yang menyediakan profit 12~20% sebulan. Even dia sekarang fulltime housewife masih ada income sendiri. 


Tahniah kerana memilih team Richfx!!


"KOMITED INGIN MEMBIMBING ANDA"


>> www.excellent-investor.com 


Wednesday, February 25, 2015

Nota Bisnes Hari Rabu

Nota Bisnes Hari Rabu:

Pastikan kita betul-betul mengenalpasti 20% golongan pelanggan yang menyumbang kepada 80% pendapatan atau perolehan bisnes kita.

Golongan 20% ini mempunyai kelayakan tinggi untuk diberi lebih perhatian dan lebih sokongan.

Mereka layak mendapat layanan kelas pertama.

Sedar atau tidak,dalam banyak situasi kita sering terlepas pandang siapakah golongan 20% ini.

Malah,kita asyik memerah otak bagaimana mahu mengambil hati golongan 80% pelanggan yang hanya memberi 20% perolehan kepada kita.

Pareto Principle 20:80 ini diasaskan oleh seorang pemikir hebat Joseph J Muran.

----------------------------------------

Tuesday, February 24, 2015

TIPS FX: PERBEZAAN FOREX DAN SAHAM

Pelaburan FOREX adalah jauh lebih baik berbanding dengan SAHAM. Ini adalah berdasarkan faktor-faktor berikut:

√ Kos transaksi yang rendah.
√ Tiada komisyen dikenakan terhadap traders atau pedagang FOREX.
√ Transaksi jual beli yang sangat PANTAS!
√ Kecairan (Market Liquidity) yang sangat tinggi. Amat mudah untuk menunaikan keuntungan yang anda perolehi dengan klik satu butang mouse sahaja.
Leverage yang sangat tinggi dengan modal yang kecil. Secara umum, berniaga didalam pasaranFOREX membolehkan anda dengan modal yang kecil untuk berniaga 200 kali ganda amaun modal anda. Contoh, jika anda mempunyaiUSD1000, anda boleh berurusniaga dan membuat pembelian matawang USD50,000.00.
√ Tiada "INSIDER""ORANG DALAM" dan sindiket penipuan, berita palsu seperti yang kerap berlaku di dalam pasaran saham biasa. Pasaran saham secara biasa mudah terdedah kepada permainan sindiket tertentu yang cuba melonjakkan harga saham syarikat tertentu dan menjerat pelabur yang terpedaya dan membeli saham tersebut. √ Pasaran FOREX sukar dimanipulasi kerana jumlah daganganya terlalu besar untuk dimanipulasikan oleh sesiapa. Jika seseorang ingin memanipulasi pasaran FOREX ini, dia tentunya mestilah mempunyai sekurang-kurangnya USD10 trilion untuk membolehkanya menguasi pasaran FOREX. Setakat ini belum ada orang yang ada dimuka bumi sekaya itu? manusia terkaya di dunia iaitu Bill Gates pun hanya mempunyai USD56bilion, jauh lagi ke USD1 trilion!
√ Dagangan 24jam, 5 hari seminggu. Anda mempunyai kawalan pelaburan anda pada bila-bila masa. Tidak akan berlaku kes pasaran ditutup kerana tindakan terroris, bencana alam, perayaan atau cuti umum.
√ Pasaran 2 hala. Pasaran saham kebanyakkannya hanya satu hala, iaitu pelabur hanya untung jika harga naik dan terpaksa menanggung kerugian jika saham jatuh kerana tidak dibenarkan SHORT atau SELL.
Tidak dikawal oleh mana-mana Negara atau kawalan Pasaran Sentral
---------------------------------------

Sunday, February 8, 2015

Formula Pengurusan Wang

Formula Pengurusan Wang

1. 10% Simpan dan laburkan (Financial Freedom Account)

2. 10% Long Term Saving for Spending

3. 55% ⛽ Necessary

4. 10% Fun & Play

5. 10% Education Fund

6. 5% Charity Fund, Zakat & Sedekah

Boleh guna untuk individu/syarikat.
☝Fokus! Financial Freedom!
☝Discipline!
Set Matlamat Kewangan! & Matlamat Zakat!
6 bulan × simpanan sebelum memulakan apa2 pelaburan.
.... Utamakan  Aset, Aset, Aset baru Liabiliti.
Ilmu! Ilmu! Ilmu pelaburan yang betul.

"Kuasai Wang, Nikmati Kebebasan Kewangan"

Rezeki datang pada orang yang suka memberi. Jadi berikan info ini kepada kenalan anda.... seramai mungkin!

InsyaAllah! Dengan izinNya.


====================================

8/2/2018 | Sabtu 

Malam tadi luangkan masa personal coaching new trader cik Norlee Razali di Taman Melati


Teknik-teknik yang berkesan untuk permulaan sebagai trader.


Malam ni nak kena turun ke skudai lagi teman wife settlekan thesis master..


Jika sempat akan bertemu beberapa orang yang berminat untuk bersama buat daily INCOME&SAVING bersama FXU di sana..


‪#‎RICHFX‬ ‪#‎JUTAONE‬ ‪#‎FENOMENAFXUNITED‬


>> www.excellent-investor.com <<


>> www.muzri-network.com <<

Monday, January 26, 2015

DOA PAGI HARIAN

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ُ
بسم الله الرحمن الرحيم
شكرا الحمد اللهّ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

  DOA PAGI HARIAN
    ����������

Disedekahkan Al Fatihah kpd ibu bapa, keluarga dan muslimin muslimat yg masih hidup maupun yang telah kembali ke rahmatullah.

بسم الله الرحمن الرحيم

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْـمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِين

       اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
        وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
      أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْن
     وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah! Ampunilah segala dosa kesalahan kami dan kedua ibu bapa kami serta keluarga kami. Kasihanilah & sayangilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani & menyayangi kami sewaktu  kecil lagi.
امين...

Ya Allah! Tetapkanlah hari ini sebagai hari pembuka pintu rezeki & keberkatan Mu dari seluruh penjuru langit & bumi bagi kami. Sesungguhnya kami memohon kepada Mu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya & petunjuknya. Dan kami memohon perlindungan Mu dari kejahatan yg ada didalamnya & kejahatan yg ada sesudahnya.
Bukakanlah pintu rezeki seluas-luasnya utk kami.
امين...

Ya Allah! Berikan kami kekuatan supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad SAW di zaman tidak ada Nabi & Rasul ini, supaya dpt kami bersyukur & menunaikan amanah Islam ini.
امين...

Ya Allah! Perlihatkanlah yg benar itu benar supaya dapat kami mengikutinya dan perlihatkanlah yg salah itu salah supaya dpt kami menjauhinya.
امين...

Ya Allah! Bersihkanlah hati kami, pemikiran kami dan kehidupan kami daripada segala jenis syirik, kufur, nifak & sifat2 yg keji. Tumbuhkan dihati kami sifat2 yg terpuji.
امين...

Ya Allah! Jadikan hati kami ini hati yang menyukai apa yg disukai oleh Engkau dan membenci apa yg dibenci oleh Engkau.
امين...

Ya Razaq! Ya Razaq!
Ya Allah! Rahmatilah kami, luaskanlah rezeki kami sekeluarga, permudahkan dan lancarkanlah semua urusan kami. Dan sihatkanlah tubuh badan kami agar dapat menjalankan tugas harian kami dgn baik.
امين...

Ya Allah! Jika rezeki kami berada di atas langit maka turunkanlah ia, jika berada d dlm laut maka keluarkanlah ia, jika jauh maka dekatkanlah ia, jika sukar maka mudahkanlah ia, jika haram maka sucikanlah, jika sedikit maka banyakkanlah ia dan limpahkanlah kpd kmi rezeki sepertimana rezeki yg telah engkau limpahkan kpd hamba2 mu yg soleh dgn kemuliaan, kemurahan & rahmat mu wahai Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang.
امين...

Ya Allah! Bukakanlah utk kmi pintu2 kebaikan, pintu2 keselamatan, pintu2 kesihatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kekuatan, pintu2 cinta sejati, pintu2 kasihsayang, pintu2 rezeki, pintu2 ilmu, pintu2 keampunan & pintu2 syurga.
امين...

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

أَمِيْن أَمِيْن أَمِيْن  يَا رَبَّ العَالَمِين

Saturday, January 24, 2015

Cabaran Ekonomi dari perspektif Dr.Azizan Osman

Bertubi-tubi emel saya terima bertanya tentang pandangan saya mengenai keadaan ekonomi.
Jujurnya bukan tidak mahu jawab tetapi ia bukan perkara baru. Masalah ekonomi ini saya telah belajar sendiri dari kesilapan pelaburan saya ketika kejatuhan ekonomi 1998. Dan ia satu trauma yang menjadikan saya komited membina kekuatan ekonomi sendiri agar ia tidak mendapat impak yang terlalu kuat dari kesan kegawatan sekiranya berlaku.
Pattern kegawatan ekonomi kita adalah pada kitaran 7-10 tahun. Sebab itu disuruh baca sejarah. 1988, 1998, 2008 adalah antara detik-detik cabaran ekonomi berlaku cuma samada kesannya kuat atau tidak, samada ia menyeluruh atau tertumpu kepada sesuatu kawasan atau negara.
2015 ini belum menjadi kemuncak kegawatan. Sebab itu PM Dato Seri Najib bila dia menyebut bahawa keadan ekonomi Malaysia belum gawat, sebenarnya ia benar. Cuma, apa yang tidak disampaikan oleh Dato Seri mungkin adalah KESAN kejatuhan nilai matawang kita yang akan menyebabkan kos import barangan akan meningkat dan nilai export menurun, ditambah dengan kejatuhan lebih separuh harga minyak dunia dan dijangka lebih jatuh lagi kerana Rusian serta China tidak membeli minyak pada kuantiti sebelum ini akan memanjangkan proses pemulihan harga minyak.
Di dalam negara, kos pengurusan bajet negara agak tertekan ditambah pula dengan cabaran kos pembangunan semula kawasan penempatan banjir yang besar akan memberikan bebanan kepada kewangan negara. Mungkin itu manageable di peringkat kerajaan, tetapi concern saya yang paling utama adalah bagaimana anda, anda yang berada di bracket pendapatan rendah dan sederhana dapat melalui keadaan ekonomi yang sebenarnya akan lebih mencabar.
Perhatikan perkembangan ekonomi kita dan salah satu tanda ia akan lebih panas apabila
1/ Harga barangan semakin meningkat
2/ Pengambilan pekerja akan berkurangan atau pekerja yang lama/ bergaji tinggi akan dikurangkan
3/ Syarikat besar downsizing atau pindah operasinya ke negara lain.
Sebab itu, antara langkah kerajaan untuk mengimbangi masalah ekonomi adalah dengan menyalurkan dana-dana bantuan pinjaman untuk lebih ramai orang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Itu jugalah misi saya sejak 7 tahun lepas mengajak lebih ramai berniaga kerana biar bagaimana pun kegawatan yang mungkin berlaku, sekiranya anda berniaga dengan betul, anda akan mampu melaluinya, malah ramai jutawan wujud ketika cabaran ekonomi berlaku. Cuma, bagi saya, memberikan dana pinjaman tanpa memberikan ilmu perniagaan yang betul dan proven success kepada mereka akan hanya menambahkan masalah kepada usahawan-usahawan ini kelak menanggung hutang dan tidak mencapai tahap
keuntungan.
Cadangan saya buat anda di luar sana, masih tidak terlambat untuk kuasai ekonomi diri dan keluarga anda.
Ini 5 langkah yang anda boleh lakukan terutamanya buat mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana:-
1/ Kuasai kewangan anda dengan mengawal serta mengurusnya dengan disiplin
2/ Kawal perbelanjaan, kurangkan belanja kepada perkara yang tidak perlu
3/ Jauhi skim cepat kaya atau segala skim yang disenarai hitamkan oleh Bank Negara Malaysia, ini untuk kebaikan anda
4/ Belajar bina pendapatan sampingan
5/ Tambah ilmu dalam bidang perniagaan dan pelaburan samada baca buku atau hadir seminar yang telah terbukti berjaya.
Ini bukan masanya untuk trial & error. Apa yang anda perlu tahu adalah, peluang adalah lebih banyak bila semua orang takut. Peluang mendapatkan pelaburan hartanah dengan harga yang lebih rendah juga akan bertambah.
Akhir kata, apa yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kelayakan saya dalam bidang analisa pelaburan, pengalaman menguruskan portfolio perniagaan dan pelaburan bernilai beberapa ratus juta ringgit serta hari ini menguruskan syarikat dibawah Richworks Group of Companies.
Pengalaman membantu lebih 600,000 orang dalam tempoh hampir 7 tahun ini membangunkan perniagaan ramai daripada mereka juga membantu saya memahami masalah dan penyelesaian yang ada.
Ini sekadar pandangan peribadi saya. Jika bagus, fikirkan. Jika tidak, abaikan.
Azizan Osman

=======================================================================
Malam sabtu ni sempat Coaching new trader .
Tuan Arif seorang tentera sentiasa ulang alik KL-SEREMBAN demi tugas untuk negara.
Matlamat bersama FXU untuk buat side INCOME & SAVING harian dan preparation untuk bersara AWAL & bersara KAYA!