Jangan buang masa, Cari saja duit lain
Apa tanda-tanda awal seseorang potential-client itu bukan client yang menguntungkan? Oleh itu batalkan niat mahu ambil dia sebagai client, dan cari client lain?
Ini tanda-tandanya:
+ Belum apa-apa dia sudah banyak tanya itu ini. Yang dia tanya pula adalah urusan orang-orang lain.
+ Belum apa-apa dia sudah memikirkan perkara-perkara buruk sahaja.
+ Perkara-perkara yang disebutnya datang dari andaian-andaian dan prasangka buruknya terhadap pihak kita.
Dia mahu berniaga dengan kita, tetapi dia tidak percaya kita peniaga yang baik. Jangan ambil duit orang macam ini. Cari duit lain!
.~ABS