Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
6 hours ago
[Fakta Selepas IMKK]
Alhamdulillah program 4-hari IMKK Dis 2013 pada 12-15 Disember 2013 seramai 6,000 peserta baru-baru ini sebenarnya menyaksikan satu penambahbaikan kandungan program ini dan susun atur program menjadi lebih high impact lagi. Selain tahun ini 2013 menyaksikan semua program kami diasingkan tempat duduk lelaki dan perempuan, kami juga berjaya mencuba sistem pendaftaran BOARDING PASS yang agak efektif dan boleh ditambahbaikan lagi Insya Allah untuk mempercepatkan proses pendaftaran. Kami juga mempunyai sokongan lebih 300 VOLUNTEER CREW Alumni Dr Azizan dari kalangan para usahawan peserta program kami yang lepas yang cukup luar biasa, sistem AV & skrin yang setanding konsert untuk menampung suara dan music sampai kepada 6,000 peserta. Kutipan rokok yang dibuang oleh peserta yang membuat keputusan untuk berhenti merokok ke dalam tong sampah ketika hari terakhir program juga meningkat lebih 2 kali ganda dari IMKK sebelumnya. Dan kali ini juga menyaksikan sesi selawat & wirid Ratib Al-Attas bersama beribu-ribu peserta dibuat selepas solat maghrib. 13 peserta program kami yang lepas yang diundang semula di kerusi Hot Seat untuk berkongsi telah menyaksikan banyak bukti kejayaan mereka selepas mengaplikasikan ilmu dari program-program seminar anjuran kami dan bukan sekadar retorik. Program IMKK dihadiri majoritinya adalah bumiputera beragama Islam tetapi kami juga menghormati kehadiran ramai kaum lain seperti Cina, India, Kadazan, Iban dan peserta negara-negara yang hadir kali ini selain dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura, Indonesia dan Filipina. IMKK merupakan program pembangunan diri serta menguasai potensi diri untuk belajar bagaimana seseorang menetapkan matlamat mencapai kebahagiaan, kesihatan, kewangan yang lebih bagus, kekayaan, kejayaan dan keberkatan Allah swt. Jika ada orang menuduh saya menipu ternyata merekalah yang buta kerana jika saya menipu, saya mungkin boleh menipu satu dua orang tetapi mampukah saya menipu 6,000 orang yang datangnya dari latarbelakang yang dari CEO, Usahawan berjaya, professionals, doctors, lawyers, engineers berjumlah 6,000 orang dihimpunkan bersama menuntut ilmu selama 4 hari berturut-turut? Dan ada yang kata saya menggunakan pukau, mampukah saya memukau 6,000 orang dan menyihir mereka selama 4-hari? Ternyata ada sesetengah manusia lebih mudah percaya kata-kata manusia entah siapa-siapa daripada melihat sendiri kenapa begitu ramai orang sanggup hadir dari jauh dan dekat untuk hadir ke seminar kami. Saya bersyukur kepada Allah swt kerana memudahkan urusan semua yang hadir serta perjalanan IMKK kali ini, saya doakan kejayaan dan impian akan menjadi milik anda semua! #DrAzizanOsman
P/S Kita tidak perlu menipu untuk memberi manfaat kepada manusia lain. Setiap manusia rezekinya berbeza dan Allah swt beri kelebihan yang berbeza, tidak perlulah kita sakit hati, fitnah, buruk sangka dan dengki melihat kejayaan orang lain. Kita sedang mempersoalkan urusan rezeki Allah swt sebenarnya