Tuesday, January 29, 2013

Gold&investment: Pendapatan Tunai, Bukan Untung Emas?

Dulu start modal RM6,000 dapat beli 10 keping 1 dinar. Sekarang kalau jual semua 10 keping dapat la RM7,300. Ingat nak jual semua untuk ambik untung, tapi kalau nak beli balik nanti, harga dah mahal. Mana untungnya simpan emas?

Ni antara kekeliruan biasa pelabur emas. Kalau melabur dalam ASB atau Tabung Haji, dapat la dividen setiap hujung tahun. Tapi melabur dalam emas ni tak tahu bila boleh kaut untung. Nak jual tapi takut harga mahal bila nak beli balik nanti...

Pendapatan Tunai, Bukan Untung Emas?

Yang keduanya, saya nampak sebahagian besar pelabur emas sebenarnya berminat dapat untung dalam bentuk pendapatan TUNAI macam dividen. Untung tu nanti mereka boleh gunakan. Mereka bukan sangat nak simpan emas. Sebab tu ada syarikat pelaburan emas yang tawarkan pendapatan 'hibah' atau 'saham emas' mendapat sambutan hangat oleh pelabur emas walaupun telah disenaraikan oleh Bank Negara sebagai pelaburan tak sah. Orang tetap berdegil nak join dengan 1001 alasan walaupun bagi saya, ia bakal senasib dengan Swiss Cash. Bagi saya, mereka semua bakal berkubur, cuma masa jer menentukannya...

Untuk makluman sahabat semua, sebenarnya dengan pelaburan emas fizikal pun kita boleh dapat untung TUNAI macam tu. Cuma kita perlu tahu teknik asas dan kena fine tune mindset kita. Yang paling penting, teknik ni sah dan pelaburan kita sangat selamat. Sahabat semua perlu buat 'trading' at least setahun sekali.


p/s: Dibawakan khas untuk anda -->> www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini  

No comments:

Post a Comment