Kelentong ‘Datuk’ Lombong Emas
#www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini
Kuala Lumpur: Berbekalkan gelaran
‘Datuk’ dan mengaku memiliki sebuah
lombong emas di Kelantan, seorang
lelaki berusia 50-an memperdaya lebih
500 orang membabitkan jumlah
pelaburan lebih RM10 juta.
Difahamkan, syarikat berkenaan mula
beroperasi Ogos lalu dengan
menawarkan pulangan keuntungan yang tinggi antara 1.5 dan tiga peratus
sehari daripada nilai pelaburan dan
keuntungan itu mula dibayar seminggu
selepas pelaburan dibuat.
Janji manis bayaran keuntungan itu
membuatkan pelabur terpedaya hingga
sanggup melabur antara RM3,500
hingga RM50,000. Seorang mangsa,
Farid Salahuddin, 51, berkata, dia
tertarik menyertai pelaburan emas itu
selepas ditawarkan keuntungan yang
tinggi setiap hari sebelum membentuk
rangkaiannya dengan menarik ahli
dalam kalangan saudara-mara dan
rakan.
Katanya, pada awal penubuhan syarikat itu, dia mendapat keuntungan pelaburan beberapa ribu, namun selepas dua bulan bermula November lalu, syarikat itu tidak lagi membayar keuntungan.
“Pemilik syarikat itu licik dengan
mendakwa memiliki lombong emas di
Kelantan dan menunjukkan gambar
proses perlombongan yang dilakukan
pekerja mereka.“Selepas berfikir panjang, saya membentuk rangkaian dan menarik kira-kira 500 pelabur dengan jumlah pelaburan RM7 juta, namun tidak mendapat keuntungan dan wang modal itu lesap,” katanya selepas membuatblaporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.
Farid berkata, ramai ahli di bawah
rangkaiannya langsung tidak mendapat
untung dan mereka kini menuntut
bayarannya. Beliau berkata, dia membuat laporan kerana mahu menuntut kembali wangmodal miliknya dan pelabur lain.Seorang lagi pelabur dikenali sebagaiShila, 30, yang mempunyai kira-kira100 ahli di bawah rangkaiannya berkata, dia dan rakannya mengalami kerugian kira-kira RM3 juta selepas memasukkan wang pelaburan itu ke dalam akaun syarikat dan ‘Datuk’ terbabit.
Katanya, dia kini tertekan selepas orang bawahannya menuduh dia
menggunakan wang pelaburan itu,
padahal dia sudah memasukkan semua wang yang dikumpul itu dalam akaun syarikat. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
: Berita Terkini Online
No comments:
Post a Comment