Irwan Dahnil wrote:
3 punca utama bankrap dari statistik Bank Negara :
+ Hutang kereta - 29,338 orang
+ Hutang peribadi - 15,299 orang
+ Hutang rumah - 14,327 orang
Nota #1 : Dari 2005 hingga April 2012, mereka yang berumur 35 hingga 44 tahun paling ramai bangkrap. Cermin-cermin diri.
Nota #2 : Malangnya pelajar zaman sekarang. Tamat belajar berumur 24 tahun, kerja belum pasti tetapi telah menyeret hutang pendidikan PTPTN. Di US, hutang pendidikan merupakan hutang yang tertinggi. Kesannya buruk apabila negara dilanda kegawatan.
Nota #3 : Erti kebebasan kewangan tidak hanya bererti mempunyai wang berjuta. Ia adalah kebebasan untuk menguruskan kewangan tanpa risiko sakit mental. Malam tetap boleh tidur lena walau hutang berjuta. Kita mahu menjadi jutawan yang sihat tubuh badan dan akalnya.
No comments:
Post a Comment