Kerja Keras Adalah Tabiat Seorang Self Made Millionare
Orang yang menyangka apabila mencapai financial freedom mereka tidak perlu lagi bekerja adalah mereka yang sememangnya pemalas.
Untuk mencapai financial freedom kita harus bekerja keras. Ini adalah tabiat seorang self made millionaire. Oleh itu apabila mencapai tahap financial freedom, golongan ini masih bekerja keras. Bezanya mereka dapat uruskan masa bekerja mereka sendiri dan dimana mereka nak bekerja.
Irving Khan merupakan investor tertua didunia. Memililki firma dagangan saham sendiri dan merupakan seorang billionaire. Dilahirkan pada 19 December 1905. Beliau sendiri masih bekerja 5 jam sehari.
Sebenarnya kita harus faham bahawa apakah matlamat kita mencapai financial freedom. Harus diingat, bukan kesemuanya hak kita. Itu sebenarnya tanggungjawab dan amanah oleh Allah. Makanya tanggungjawab kita untuk membantu memperkukuhkan ummah dan mereka yang tidak bernasib baik. Cuba bayangkan kalau kita sudah tidak bekerja? Apa akan jadi kepada muamalat didalam masyarakat?
InSha Allah jika kita faham hakikat itu, Allah akan mudahkan lorongan kita menuju financial freedom. -DSR-
No comments:
Post a Comment