KEGAGALAN ADALAH KEJAYAAN
Jangan takut kepada KEGAGALAN!
BANGKIT! BANGKIT! BANGKIT!
Jika ditanya kepada saya maksud 'GAGAL' di dalam aspek perniagaan, jawapan sebenar saya adalah perkataan gagal tidak pernah wujud di dalam kamus perniagaan. Ia hanyalah satu PROSES KEJAYAAN yang perlu dilalui sebelum mencapai kejayaan.
Jangka masa proses kejayaan ini bergantung kepada POTENSI DIRI dan ilmu yang dimiliki oleh seseorang usahawan itu. Jika kekurangan ilmu di dada, maka ia akan memakan masa di dalam mencapai proses kejayaan. Tetapi bagi individu yang mempunyai ilmu ditambah pula dengan bimbingan Mentor yang terbukti berjaya, insya-Allah kejayaan yang ingin dikecapi akan lebih singkat dan mudah.
Seminar BANGKIT 2014 akan membantu anda merungkai cara-cara atasi kegagalan diri. Ini kerana kebanyakkan kegagalan bukan berpunca dari persekitaran luaran tetapi ia datang dari kegagalan dalaman individu itu sendiri. Mereka tidak kenal siapa diri mereka yang sebenar, apa kemampuan serta kemahiran yang dimiliki dan bagaimana hendak menggunakan kesemua yang ada di dalam diri untuk membantu menambah kehidupan orang lain kepada yang lebih baik lagi.
Jangan biarkan kegagalan menghantui diri anda selamanya!
"BANGKIT! Kenali diri, memperkasakan Potensi Diri dan gunakannya untuk menambah nilai diri dan orang lain."
Kalau anda ingin belajar, belajar dari mereka yang telah BANGKIT dan BERJAYA seperti Pn Hajjah Rusnah Haji Kairan, Pengurus Nahwant Enterprise.
Syarikatnya bermula dengan perniagaan memproses makanan sejuk beku pada tahun 1995 dan kemudian bertukar kepada pemprosesan biskut raya. Tetapi dalam masa kurang dua tahun, syarikat mula mengalami kegagalan berikutan kegawatan ekonomi dan ketiadaan ilmu.
Pada masa yang sama, Pn Rusnah mengalami banyak 'Tsunami' hidup. Dia pernah ditipu dan diheret ke balai polis, arwah ibunya diserang strok, adik beradik tidak sefahaman, rumah tangganya kucar kacir disamping anak-anak yang masih kecil ketika itu. Semua ini merupakan dugaan Allah dalam membina perniagaan Pn Rusnah.
Pada Januari 2009, dia mendapat panggilan daripada Allah S.W.T untuk menunaikan umrah. Pada ketika itu, dia memohon kepada Allah supaya dipertemukan dengan seorang yang boleh membimbing dan memberi ilmu perniagaan kepadanya.
Keinginan dirinya yang tinggi yang mahu bangkit dan berjaya dalam hidup dan perniagaan, beliau telah ditemukan dengan program Dr Azizan Osman. Berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh Dr. Azizan, beliau mula berani mengorak langkah untuk menambah nilai hidupnya dan juga hidup orang lain.
Bermula dari detik itu, perniagaan Pn Rusnah berubah 200%. Jika dahulu, hasil jualan lebih kurang RM30, 000 sebulan, kini jualan boleh mencecah sehingga RM300, 000 sebulan.
Kini Pn Rusnah sangat gembira dengan kehidupannya dan mampu untuk memberi pada yang lebih memerlukan. Rezeki yang diperoleh dikongsi dengan keluarga dan orang disekeliling.
Ikuti wawancara temubual rancangan Nasi Lemak Kopi TV9, bersama Hajjah Rusnah Haji Kairan di sini --> http://azizanosman.com/blog/ temubual-nlko-bangkit-2014-9- feb-2014
Pengajaran penting dari kisah hidup Pn Rusnah yang kita boleh praktikkan dalam hidup kita adalah untuk bangkit setiap kali kita jatuh. Jatuh bangun dalam perniagaan dan kehidupan merupakan perkara biasa. Namun sampai bila kita mahu jatuh dan lihat orang lain berjaya?
Bangkitlah dan kuatkan semangat anda untuk berjaya. Untuk ketahui lebih lanjut, beri peluang kepada diri anda untuk menerokai kuasa potensi diri yang terpendam lama. Gunakan peluang ini untuk mengubah seluruh kehidupan anda agar menjadi lebih bermakna dan berjaya.
BANGKIT dan kuasai potensi diri anda. Daftar segera di http://www.bangkit2014.com untuk lokasi pertama kami di Johor Bahru, Berjaya Waterfront Hotel (The Zone) pada hari Sabtu 15 Februari 2014 jam 8 pagi.
Lokasi kedua bertempat di Kuala Lumpur, Hotel Berjaya Times Square pada hari Ahad 16 Februari 2014 pada jam 8 pagi.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 019 / 013 - 244 2244; 019 244 2400atau 03 - 5519 1260.
Salam Kejayaan dari saya,
Dr Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Mentor Pemasaran #1 Asia
No comments:
Post a Comment