Tuesday, October 28, 2014

[Tip rezeki] 5 Rahsia buat rezeki suka melekat.

Jika hari ini kita mempunyai peluang
untuk mengubah hidup menjadi lebih baik,
apakah aspek kehidupan yang mahu kita
ubah?

Dr. Azizan Osman beritahu ada 5 perkara
yang mesti kita ubah dan perbaiki
setiap masa.

5 perkara itu adalah:

===
1) KEBAHAGIAAN.
===

Hidup ini adalah untuk memperoleh
ketenangan.

Kita mahu jadi air yang tenang.

Bukan air yang berkocak-kocak.

Setiap hari, hidup kita ada drama.

Kita boleh pilih drama hidup sendiri.


Mahu yang bahagia atau yang derita.

===
2) KESIHATAN.
===

Sihat sebelum sakit.

Kesihatan adalah aset utama dalam diri.

Malah menurut Dr. Azizan, bahagian dalam
badan kita yang paling penting untuk kita
jaga adalah hati.

Berhati-hati menguruskan hati.

Apabila hati hitam, kita sudah mati
walaupun hidup.

Apabila hati jernih, semua yang berlaku
kita berlapang dada dan sentiasa berfikir
positif.

===
3) KEWANGAN.
===

Antara bahagian yang paling penting
dalam kehidupan manusia.

Pernah dengar istilah duit melekat?

Dr. Azizan menjelaskan bahawa sindrom
duit melekat ini hanya berlaku kepada
golongan manusia yang tidak mempunyai
masalah kebocoran kewangan.

Beliau juga berkata,

"Apa yang kita tahu, menentukan tahap
kewangan kita."

Untuk berjaya dalam aspek kewangan,
sentiasa pergi menuntut ilmu berkaitan
duit.

Tanpa ilmu, kita akan terus kekal
pada tahap satu.

===
4) KEJAYAAN.
===

Semua manusia yang mencipta kejayaan
luar biasa mempunyai impian.

Impian itu, mereka jayakan
bersungguh-sungguh.

Jika kita juga mempunyai impian,
teruskan berjuang. Buat sampai dapat.

Walaupun lelah dan penat.

Apabila peroleh hasilnya, semua penat
lelah dan tenat itu kita lupa.

"Setiap kejayaan, bermula dengan
pengorbanan." - Dr. Azizan Osman.

===
5) KEBERKATAN.
===

Bagi individu beragama Islam, apa
sahaja yang kita buat hari ini, kita
mengharapkan keberkatan daripada
Allah S.W.T.

Tanpa keberkatan, semua usaha kita
adalah sia-sia.

Cara paling senang memperoleh keberkatan
dalam setiap perkara yang kita buat
adalah:

"BERSYUKUR."


# Aqif Azizan 

-------------------------------------------------------
PERHATIAN: Kepada anda yang tercari-cari ????? "Teknik Para JUTAWAN Kaut Keuntungan Berlipat Kali Ganda PELABURAN dalam masa Singkat!" klik http://bit.ly/ZsJIDD skarang jika nak tahu!!


No comments:

Post a Comment