Nota Seorang Usahawan Pagi Rabu:
" Kita buat apa yang kita suka,jangan pedulikan cabarannya,hadap sahaja,pasti berjaya."
1.Saya pernah menjaja di ekspo-ekspo,kesana kesini mengikuti ekspo menaiki kancil turbo, kadang-kadang menumpang van sahabat saya namanya Bujang Selamber.Tidur di dalam booth berbantal lengan,jimat tidak mahu menginap di hotel, bimbang juga kalau barang niaga dicuri orang.Itu sahaja stok jualan yang ada.Berjualan barang-barang memancing,baju bundle, spek mata hitam dan topi.
2.Saya pernah berjualan di pasar malam dan pasar pagi,seronok betul dapat menjaja di pasar. Berpeluang berkenalan dengan ramai orang, kawan-kawan sebelah baik belaka.Kami saling tolong pasang khemah,terpahat indah kenangan bersama kawan-kawan di Uptown.Di sini saya lebih kenal apa erti menjual dan selok belok menjalankan trading. Waktu ini kancil saya cuma ada 1 tempat duduk sahaja,yang lain habis dibuang bagi memberi laluan kepada khemah dan barang jualan.Kehkeh..
3. Kita pernah hidup susah berkali-kali,kita pernah selekeh dan biasa-biasa.Malah, kita juga teringin memakai yang mahal-mahal dan berjenama seperti orang lain,itukan fitrah manusia. Keinginan itu ada pada semua. "Meleleh air liur" tengok orang pakai Levis 501 Original, beli di butik levis pula tu.Apatah lagi melihat orang lain pakai Handphone terbaru dan terkini. Kita nak keluar phone pun segan-segan juga bila berbunyi, akibatnya "Silent mode" sepanjang masa.
4. Kita pernah gagal,kita pernah rugi dalam berniaga,kita pernah dihina,kita juga sering difitnah. Paling menarik,kawan-kawan semua akan jauh dan lari meninggalkan kita.Pada saat sepi dan sunyi menggalas beban dan masalah di atas kepala,tiada siapa pun mahu mendengar rintihan kita."Itu masalah engkau!",kita hanya mampu memujuk diri agar terus bangkit dan terus melangkah ke depan.Itulah turning point besar dalam hidup kita.Terima kasih buat mereka.
Tiada jaya tanpa derita dan air mata.
Tiada kaya tanpa rugi dan bersederhana.
Tiada daya tanpa doa restu ibu ayah dan keluarga.
Tiada apa-apa tanpa izin dariNya.
Amin..amin..ya rabal alamin..
No comments:
Post a Comment