1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan
itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan
warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi
orang Melayu kena berdamping dengan orang politik
sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu
melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan
mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa,
budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan
jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan
saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun
boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha
dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada
jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa
yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain
tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi
itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa
Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir
daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita
berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka.
Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga
kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah.
Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok.
Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada
pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak
sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang
perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena
tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok
dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka
pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat
mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur
dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun
sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status;
ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena
turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh
dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong
orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil
balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu
turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih
kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang
Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada
pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu
bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri.
Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain
berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.
Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar
zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana
sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.
Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya
dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya
boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi
saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau
mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain
ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan
kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama,
bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri
saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada
saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu
kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda
daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau
hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.
Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada
bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang
saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada
orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya
usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang
Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar.
Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah
kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu
adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa
dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya
untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini
untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya
percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan
akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti
tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan
lain supaya kita terus dapat bantu orang lain
mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat
semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang
tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah
kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain
memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa
pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di
kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di
bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya
ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga.
Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini
gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak
tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10
juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh
selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada
menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri.
Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu
selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang.
Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti
tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya
semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum
berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana
hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.
Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu
bertanggungjawab.
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini
kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi
saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus
dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau
hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan
tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal
jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain,
perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun
sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu
orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat
anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah
mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain
suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa
kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin
ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan
jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan.
Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal
saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita
sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya
terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya
menolong orang lain pula. Saya percaya kepada
keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa
orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti
saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok
perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi
kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk
bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat
untuk kita bergantung apabila kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk
kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak
boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke
depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik
dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa
pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton
Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun
cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju.
Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang
Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan
saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu
ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak
boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan
disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait
dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan
tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita.
Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu
berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang
bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha.
Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab
orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara
yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada
orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena
kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah
besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi
bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri
sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri
seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial)
semuanya bermula daripada didikan orang tua saya
sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat
sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang
habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau
hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat
saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari
dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang
diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada
setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus
peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya
sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak.
Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat
langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal
terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang
ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu
yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang
lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa.
Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada
diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang
lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak
mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada
ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up
saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu
banyak ketinggalan.
Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang
melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong
atau bertanggung jawab menyumbang pada
pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam. —
Tuesday, April 21, 2015
# 49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary. Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan.
Friday, April 10, 2015
9 CARA UNTUK JADI PEMIMPIN YANG BAIK.
1. Dengar pandangan. Raikan perbezaan pendapat. Benarkan mereka menyuarakan pandangan. Tekuni ilham yang mereka cetuskan. Usah tutup mulut ahli dalam kumpulan.
Hubaya hubayalah kepada mereka yang bermulut manis menuji sentiasa dan angguk sepanjang masa. Mereka lah orang pertama yang akan lari meninggalkan kita semasa kita dilanda angin puting beliung huru hara.
2. Usah micro - manage. Semua perkara mahu diambil kira. Itu bahaya. Perkasakan ahli dalam kumpulan. Turun bantu waktu perlu dan tinggalkan mereka untuk membesar dengan cara mereka.
3. Apabila ada ahli buat salah,usah kutuk dan hancurkan mereka. Bantu mereka bangkit semula. Biar mereka belajar dari kesilapan. dalam agama, tiada orang gagal. Hanya mereka yang berputus asa dari rahmat Allah sahaja yang gagal.
4. Kembangkan modal sosial. Bina hubungan yang akan menjambatani antara ahli dalam pasukan. Ini memberi makna besar kepada kerja yang dilakukan bersama.
5. Apa yang saya tidak tahu yang perlu saya tahu. Bagaimana saya ingin mencuba dalam situasi yang belum tentu selamat. itulah maksud pengurusan risiko dalam pasukan.
6. Kenali diri. Sedar bahawa kemajuan hanya boleh dicapai dengan pembelajaran berterusan dan tahu destinasi yang mahu ditujui.
7. Tentukan matlamat pembangunan diri. Pemimpin hanya boleh maju dalam satu bidang tumpuan pada satu masa. Laser Focus. Bukan lima perkara yang mahu dicuba dan hasilnya tiada impak yang optima.
8. Tiada prima dona dalam kumpulan. Tiada kelompok dalam puak. Tiada tikam belakang. Apabila mereka tidak boleh bermain bersama pasukan, tendang keluar .
9. Tangkap konsep. Apabila sudah hadam konseptual , maka perkara teknikal jadi mudah untuk difahami. Latih setiap hari.
#Dato Roslan Ab Hamid
2. Usah micro - manage. Semua perkara mahu diambil kira. Itu bahaya. Perkasakan ahli dalam kumpulan. Turun bantu waktu perlu dan tinggalkan mereka untuk membesar dengan cara mereka.
3. Apabila ada ahli buat salah,usah kutuk dan hancurkan mereka. Bantu mereka bangkit semula. Biar mereka belajar dari kesilapan. dalam agama, tiada orang gagal. Hanya mereka yang berputus asa dari rahmat Allah sahaja yang gagal.
4. Kembangkan modal sosial. Bina hubungan yang akan menjambatani antara ahli dalam pasukan. Ini memberi makna besar kepada kerja yang dilakukan bersama.
5. Apa yang saya tidak tahu yang perlu saya tahu. Bagaimana saya ingin mencuba dalam situasi yang belum tentu selamat. itulah maksud pengurusan risiko dalam pasukan.
6. Kenali diri. Sedar bahawa kemajuan hanya boleh dicapai dengan pembelajaran berterusan dan tahu destinasi yang mahu ditujui.
7. Tentukan matlamat pembangunan diri. Pemimpin hanya boleh maju dalam satu bidang tumpuan pada satu masa. Laser Focus. Bukan lima perkara yang mahu dicuba dan hasilnya tiada impak yang optima.
8. Tiada prima dona dalam kumpulan. Tiada kelompok dalam puak. Tiada tikam belakang. Apabila mereka tidak boleh bermain bersama pasukan, tendang keluar .
9. Tangkap konsep. Apabila sudah hadam konseptual , maka perkara teknikal jadi mudah untuk difahami. Latih setiap hari.
#Dato Roslan Ab Hamid
----------------------------------------
Sms/whatsapp NAMA & LOKASI ke 0126656874 untuk SOLUTION bagi masalah financial anda!!
Subscribe to:
Posts (Atom)