Gelaklah lagi!
Ada orang gelakkan impian anda?
Saya pun ada.
Satu masa dahulu masa sekolah, saya pernah cakap dengan kawan-kawan dan cikgu yang saya bila dah besar nak berniaga sendiri. Saya digelakkan.
Satu masa dahulu tahun 1997/98, ketika saya berhenti kerja nak mula berniaga, saya pernah cakap saya nak berniaga sehingga jadi jutawan. Ada seorang rakan kerja saya dulu ni gelakkan saya.
Satu masa dahulu, bila berniaga saya gagal dan gagal, saya cakap dengan kawan saya yang saya akan jadi jutawan. Dia gelakkan saya.
Satu masa dahulu, bila saya mula bangkit dengan perniagaan Advertising & Marketing saya dan saya percaya saya boleh uruskan portfolio pelanggan bernilai RM100juta. Ada orang gelakkan saya.
Satu masa dahulu, bila saya buat usaha untuk berkongsi ilmu bisnes dan pemasaran saya untuk melihat lebih ramai anak bangsa saya berniaga. Ada bangsa saya gelakkan saya tapi bangsa lain sokong saya.
Satu masa dahulu, ketika saya hisap rokok dan kemudian saya berhenti. Kawan-kawan perokok gelakkan saya.
Bila saya kata saya adalah bakal fit dan sihat dengan berat 75kg Insya Allah pasti ada yang gelakkan saya. Dan Insya Allah saya tahu ia akan tercapai dan sedang berlaku langkah demi langkah.
Semua yang orang gelakkan saya di atas Alhamdulillah telah membantu saya menjadi pembakar semangat mencapai impian saya dan di manakah orang yang gelakkan anda tersebut? Entah mana kan. Terima kasih buat mereka.
Ada orang gelakkan impian anda? Biar dia gelak sekarang dan Insya Allah kita ambil gelak dia sebagai sumber kekuatan kita sehingga kita boleh gelak pula satu hari nanti dengan izinNya. Setiap "gelakkan" orang lain pada kita itu jadikan ia sebagai bahan pembakar semangat diri kita untuk capai setiap impian kita.
Setiap permulaan kejayaan itu ianya kelihatan hodoh, buruk, susah, payah dan sebab itu namanya KEJAYAAN. Ia bernama kejayaan apabila kita lalui dan atasi semua kepayahan serta cabaran untuk akhirnya mencapai apa yang kita impikan.
Ini 5 tips dari saya untuk fokus mencapai matlamat:-
1/ Tetaplah dengan apa yang kita percaya yang kita mahukan walaupun mula-mula kita pun tidak berapa percaya dengan kemampuan diri kita.
2/ Fokus dan sentiasa bakar semangat diri untuk mencapainya setiap hari.
3/ Ambil kata-kata orang lain sebagai kekuatan kita
4/ Gunakan "talian hayat" short-cut untuk mencapai impian kita iaitu mendapatkan coach atau mentor yang telah berjaya untuk tunjukkan jalan
5/ Berada di sekeliling yang membantu kita atau menyokong kita mencapai matlamat kita.
Dan pergantungan kuat dengan Allah swt. Kejayaan dan keberkatan adalah asas semua yang kita mahukan Insya Allah.
Apa itu kejayaan?
Erti kejayaan bagi setiap orang tidak sama tetapi asasnya sama. Kejayaan bererti bila kita berjaya mencapai atau melakukan sesuatu yang kita tidak pernah lakukan.
Solat itu kunci kejayaan kepada semua kejayaan.
Wallahu A'lam
#AzizanOsman
Sunday, August 30, 2015
Ada orang gelakkan impian anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment