Sunday, October 18, 2015

6 perkara yang perlu di ambil kira sebelum mengambil pinjaman perumahan

Dengan berbagai jenis pinjaman perumahan yang ditawarkan institusi kewangan, memilih yang mana satukah sesuai dengan kehendak kita adalah sesukar memilih rumah mana yang ingin dibeli. Buat yang masih berkira-kira dan membuat survey pinjaman perumahan, berikut adalah 6 perkara yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan pinjaman perumahan.

1) Jenis Pinjaman Perumahan

Pertama dan paling utama, pertimbangkan jenis yang terbaik untuk anda; tradisional term loan atau flexi loan. Tradisional term loan adalah pinjaman yang dibayar dengan jumlah tetap setiap bulan untuk keseluruhan tempoh pinjaman (sebagai contoh 30 tahun) manakala Flexi Loan pula memberi pilihan untuk mengurangkan kadar faedah pada bila-bila masa (sebagi contohnya menyimpan lebihan wang ke dalam akaun semasa yang berhubung dengan pinjaman perumahan. Lebih banyak yang disimpan didalamnya, lebih kurang kadar faedah yang dibayar).

Jika aliran wang tunai setiap bulan adalah ketat dan sudah diketahui pattern keluar masuk, tradisional term loan mungkin adalah terbaik. Tetapi jika anda mengutamakan fleksibiliti dalam pembayaran pinjaman, flexi loan adalah disarankan.


2) Kadar faedah

Sudah tentu memilih bank yang mampu memberi kadar faedah terendah menjadi pilihan semua orang. Sebagai contoh, pinjaman perumahan sebanyak RM 500,000 untuk tempoh 30 tahun, perbezaan kadar faedah 4.2% dan 4.15%, walaupun bezanya hanya 0.05%, tetapi nilainya adalah melebihi RM5,000. Oleh itu, rajin-rajin lah membuat survey.


3) Margin pembiayaan

Margin pembiayaan antara bank adalah berbeza, ianya bergantung kepada beberapa faktor seperti nilai rumah dan juga hubungan kita bersama bank tersebut seperti mempunyai pinjaman lain. Adalah sangat penting margin pembiayaan terutama untuk nilai yang tidak termasuk dalam pembiayaan yang memerlukan kita mengeluarkan wang saku sendiri.

Sebagai contoh: Untuk rumah berharga RM 500,000, kita perlu membayar sebanyak RM100,000 wang saku sendiri jika margin pembiayaan adalah 80 %, tetapi kita perlu membayar hanya RM 50,000 wang saku jika margin pembiayaan adalah 90 %.


4) Lock-in Period

Lock-in Period bermaksud penalti (denda) yang kebiasaannya antara 2-3 % dari nilai prinsipal pinjaman jika anda memilih untuk membayar sepenuhnya pinjaman perumahan sebelum tempoh Lock-in Period tamat. Sebagai contoh, jika Lock-in Period pinjaman perumahan yang diambil adalah 3 tahun, dan jika anda memilih untuk menjual rumah tersebut sebelum tempoh 3 tahun, bank akan mengenakan denda kepada anda.

Sebaiknya, pilih pinjaman yang berikan Lock-in Period sependek waktu yang mungkin. Terdapat juga sesetengah bank yang tidak mengenakan Lock-in Period.


5) Yuran dan Caj

Permohonan pinjaman perumahan melibatkan yuran serta caj professional dan proses yang telah ditetapkan kerajaan seperti proses penyediaan pinjaman dan pembayaran, yuran duti setem, yuran guaman, yuran prosessan oleh pihak bank serta lain-lain lagi jika ada.

Semua yuran dan caj untuk proses ini selalunya ditanggung pembeli. Dalam pakej pinjaman, pihak bank menanggung sebahagian atau sepenuhnya yuran ini. Sebaiknya, duduk berbincang dengan pegawai bahagian pinjaman mortgage bank dan minta mereka senaraikan semua yuran dan caj yang terlibat. Walaupun ia mengambil sedikit masa anda, adalah berbaloi untuk kita.


6) Bank

Akhir sekali, kita perlu mengetahui bahawa kita akan berhubung dengan bank secara lebih kerap sepanjang tempoh pinjaman perumahan yang diambil (mungkin selama 20 ke 30 tahun). Oleh itu, pilih bank yang kita selesa. Berikut beberapa perkara yang boleh diambil kira:

- Adakah kita sudah mempunyai akaun simpanan atau akaun semasa dengan bank tersebut (untuk kesenangan membuat pembayaran terus ke akaun pinjaman)?
- Adakah kita berpuas hati dengan perkhidmatan mereka?
- Adakah cawangan terdekat dengan rumah atau pejabat kita untuk memudahkan sebarang urusan?
- Adakah kita percaya akan kredibiliti bank tersebut?
- Adakah mereka mempunyai sistem pembayaran melalui perbankan online untuk memudahkan proses bayaran?
- Adakah pegawai pinjaman mortgage bank tersebut mudah untuk dihubungi jika terdapat sebarang pertanyaan?


Semua 6 faktor di atas penting bagi memastikan kelancaran dan kebaikan kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment