Showing posts with label 7 STRATEGI ASAS PELAN PEMASARAN. Show all posts
Showing posts with label 7 STRATEGI ASAS PELAN PEMASARAN. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

7 STRATEGI ASAS PELAN PEMASARAN

7 STRATEGI ASAS PELAN PEMASARAN

Kebanyakan pemasaran gagal kerana ianya tidak mempunyai pelan asas yang cukup kuat baginya. Pelan asas merupakan satu strategi yang agak berguna untuk usahawan yang baru berjinak-jinak di dalam dunia pemasaran perniagaan. Di sini saya kongsikan 7 strategi asas pelan pemasaran sebagai panduan persiapan awal yang diperlukan sebelum anda mula memasarkan produk atau perkhidmatan ke pasaran domestik ataupun antarabangsa.

 1.    Kenal pasti pelanggan anda
Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira bagi mengenal pasti jenis pelanggan yang sesuai bagi produk atau perkhidmatan yang telah disediakan oleh anda. Antara faktornya ialah, umur, jantina, pekerjaan, golongan masyarakat (kaya, sederhana atau miskin), gaji, gaya hidup, di mana mereka biasa berada, dan banyak lagi.
Kita jadikan barangan kosmetik "A" sebagai contoh cara untuk mengenal pasti pelanggan, di sini anda boleh dapati jantina yang menggunakannya majoriti adalah wanita yang berumur lingkungan 20 tahun hingga 40 tahun. Barangan kosmetik A ini mampu dibeli oleh semua golongan. Ini berdasarkan harga yang ditawarkan di pasaran yang tidak terlalu tinggi berbanding jenama terkemuka yang lain.
Dengan data ini, ia akan memudahkan anda untuk menetapkan sasaran jenis pemasaran yang sesuai bagi produk atau perkhidmatan yang telah disediakan.

 2.    Menampung perbelanjaan pemasaran secara berperingkat
Terdapat beratus malahan mungkin beribu jenis teknik pemasaran yang boleh digunakan ke atas sesuatu produk atau perkhidmatan. Setiap teknik pemasaran ini mempunyai kos-kos yang tertentu bagi melaksanakannya. Apa yang boleh dicadangkan ialah menggunakan teknik "zero cost to higher cost", anda boleh bermula dengan pemasaran yang tidak memerlukan modal terlebih dahulu.
Cuba dapatkan keuntungan dari teknik pemasaran tanpa modal. Dengan keuntungan ini, anda boleh menambahkan teknik pemasaran berkos sederhana pula bagi menambahkan lagi keuntungan perniagaan. Dengan keuntungan bertambah, lakukan proses yang sama sehinggalah anda mampu melaksanakan teknik pemasaran berkos tinggi yang mampu menarik lebih banyak keuntungan perniagaan.

 3.    Sampai mesej yang boleh menyelesaikan masalah pelanggan
Masalah pelanggan adalah keuntungan usahawan. Anda perlu menyampaikan maklumat yang ringkas dan padat berkaitan produk atau perkhidmatan yang hendak dipasarkan.
Pastikan maklumat yang hendak disampaikan mampu menyelesaikan masalah sasaran pelanggan anda. Yakinkan pelanggan bahawa mereka amat memerlukan produk atau perkhidmatan anda sebagai sebahagian dari gaya hidup mereka. Dalam kata lain, kalau tiada produk anda tidak lengkaplah gaya hidup mereka ini.

 4.    Pilih alat pemasaran (marketing tools) yang sesuai
Antara alat pemasaran yang boleh digunakan ialah;
  • Emel
  • Sms
  • Telemarketing (telefon)
  • Media sosial (Facebook, Twitter, dan lain-lain)
  • Seminar
  • Sponsorship
  • Pameran (exhibitions)
  • Radio
  • TV
  • Banner
  • Bunting
  • Webinar
  • Website
  • Blog
dan banyak lagi alat pemasaran lain. Kenal pasti produk atau perkhidmatan yang disediakan dan gunakan alat pemasaran yang bersesuaian dengannya. Jangan lupa aplikasikan teknik pemasaran "zero cost to higher cost".

 5.    Pastikan alat pemasaran berhubung antara satu sama lain (integrated)
Contoh, anda menggunakan website sebagai medium utama tapak pemasaran anda. Di dalam website ini mempunyai segala maklumat lengkap berkenaan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Jika anda menggunakan media sosial seperti Facebook untuk membuat iklan, pastikan di dalam iklan ini mempunyai pautan (link) ke tapak utama pemasaran anda iaitu website. Begitu juga pada alat pemasaran yang lain seperti banner, bunting, Youtube, Blog dan sebagainya.

 6.    Menyediakan pelan pemasaran yang berterusan
Jangan membuat pemasaran pada jangka waktu yang pendek, pastikan ia sentiasa berterusan bagi menunjukkan bahawa produk atau perkhidmatan anda mempunyai kredibiliti tersendiri dan secara tidak langsung ia akan membuat pelanggan lebih yakin dengan anda. Teknik ini juga dapat membantu menaikkan nama syarikat anda ke persada dunia perniagaan.

 7.    Rekod ROI (return on investment) dan pelajari darinya
ROI merupakan kaedah bagi kita mengenal pasti kos yang digunakan bagi tujuan pemasaran memberi keuntungan ataupun kerugian kepada syarikat. Secara ringkasnya, anda perlu kira berapa jumlah kos yang telah digunakan untuk membuat pemasaran bagi produk atau perkhidmatan yang dipasarkan, kemudian tolakkan dengan keuntungan yang diterima melalui penggunaan alat pemasaran ini. Jika anda masih menerima keuntungan yang berbaloi dengan pemasaran sedia ada, ini bermakna anda sudah berjaya. Tetapi, jangan berhenti setakat ini, mula fikirkan pelan pemasaran yang lebih aggresif bagi menggandakan keuntungan pada masa hadapan. Manakala jika anda mengalami kerugian, cuba kenal pasti semula di mana silap dan kekurangan di dalam alat pemasaran yang digunakan. Pelajari dari kesilapan ini dan gunakan ia sebagai kompas untuk alat pemasaran pada masa hadapan.

Petikan artikel :-

Dr Azizan Osman 
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No. 1 Asia
----------------------------------------------------------

Kami menawarkan perkhidmatan Kabinet Tempah Siap untuk;

1.Kitchen Cabinet :ACRYLIC/ GLASS/3G/SOLID WOOD/4G
2.Wardrobe
3.Tv Cabinet
4.Divider /Partition
5.Dan lain-lain (berkenaan dengan kerja kayu kabinet)

KENAPA ANDA MESTI MEMILIH KAMI?
1)Harga yang berpatutan / rendah
***Terus dari Kilang
2)Kualiti Terjamin
***Mesin dan tenaga kerja berpengalaman
3)Tiada Penipuan
***Tiada caj2 tersembunyi
4)Servis Cepat&Mudah
***Servis dari rumah ke rumah.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN?

1) Sila hantar sms/whatsapp YES CABINET ke 0126656874/0162392041
2) Kami yang akan menghubungi semula anda, mudah dan jimat.
3) Perkhidmatan melawat tapak/site visit secara percuma
Untuk keterangan lebih lanjut, hubungi
Email : sm.bersatu.gmail.com
Web : www.tiny.cc/reno-kitchen-cabinet
Fb page: www.facebook.com/smbersatu

SM BERSATU (002167181-M)
Under CIDB G1 Registration