Showing posts with label Adab. Show all posts
Showing posts with label Adab. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

Tips: Adab Menyambut Kelahiran Bayi

Salam to you all. Bersempena baby yang bakal lahir MM mahu sharing tentang Adab Menyambut Kelahiran Bayi yang MM google diinternet.
Artikel ini MM copy,edit&paste dari satu blog. Kredit untuk blog http://ilovenadeya.blogspot.com/?m=1

Antara yang akan di-share pada entry ini adalah :

1) Ucapan Tahniah
2) Azan dan Qamat
3) Tahnik atau Belah Mulut
4) MENCUKUR RAMBUT

**

DISUNATKAN MENGUCAPKAN TAHNIAH

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabatnya yang baru memperolehi cahaya mata.. Amalan ni boleh mengeratkan silaturrahim sesama insan..

**

DISUNATKAN AZAN DAN QAMAT

Sebelum baca buku ni, saya ada dengar orang cakap "kalau bayi lelaki, Azankan.. Kalau bayi perempuan, Qamatkan" .. Tapi, apa yang saya baca dalam buku tersebut adalah seperti berikut :

....... Azankan di telinga kanan dan qamatkan di telinga kiri sebaik menyambut kelahiran bayi...

Sabda Rasulullah s.a.w :

" Sesiapa yang memperolehi cahaya mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan syaitan."
(Riwayat Al-Baihaqi)

Disunatkan juga dibaca doa pada telinga kanan bayi, yang bermaksud :

"Bahawasannya aku pohonkan perlindungan dari Engkau Ya Allah untuk anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipu daya syaitan"

HIKMAH MELAUNGKAN AZAN DAN QAMAT
* Memohon perlindungan daripada gangguan syaitan - laungan azan dapat menghindarkan syaitan daripada bayi tersebut.
* Azan merupakan laungan dan seruan kepada Allah, agama-Nya dan beribadah kepada-Nya. Dengan itu, jika didahului dengan laungan ini maka akan mendahului laungan syaitan.

**

MELAKUKAN TAHNIK ATAU BELAH MULUT

- Meletakkan sedikit isi kurma di atas jari telunjuk dan dimasukkan kedalam mulut bayi serta dengan perlahan-lahan digerakkan jari itu ke kanan dan ke kiri mulut bayi.

- Selain isi buah kurma, boleh juga menggunakan sebarang manisan seperti madu dan gula.

- Lebih afdal jika diserahkan kepada mereka yang takwa / warak dan soleh sempena dengan ketakwaan dan sifat soleh mereka.

Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a katanya :

"Telah dikurniakan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku."

Dari apa yang difahamkan, amalan tahnik ini mampu menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

**

MENCUKUR RAMBUT

- Sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh kelahiran.
- Disunatkan : menimbang rambut bayi yang telah dicukur, dan bersedekah dengan emas / perak seberat timbangan rambut tersebut, JIKA BERKEMAMPUAN

HIKMAH MENCUKUR RAMBUT BAYI

- Mampu menguatkan tenaga pertumbuhannya.
- Menghilangkan selaput kulit kepala (Sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala)
- Memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran.

Walaupun disunatkan mencukur rambut bayi, tapi amat ditegah untuk melakukan 'QAZA', iaitu mencukur sebahagian rambut bayi dan meninggalkan sebahagian yang lain..

Maksudnya, kalau mahu cukur, cukur semua rambut bayi sampai botak licin.. hehe

4 Jenis QAZA :

a) Mencukur sebahagian kepalanya dan meninggalkan sebahagian yang lain.

b) Mencukur bahagian tengah kepalanya dan meninggalkan bahagian yang tepi.

c) Mencukur bahagian tepi dan meninggalkan di bahagian tengahnya.

d) Mencukur bahagian hadapan dan meninggalkan di bahagian belakangnya. Begitu juga sebaliknya.

Hikmah Larangan QAZA :

- Menunjukkan sifat keadilan. Berlaku adil-lah walaupun keatas diri sendiri.
- Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan yang separuhnya adalah perbuatan yang zalim kepada kepala kerana menyebabkan sebahagian kepala ditutup dengan rambut, manakala sebahagian lagi terdedah..

Samalah macam sebelah kaki memakai selipar manakala sebelah lagi tidak.. Zalim la tu kan terhadap kaki yang sebelah lagi.. Kesian....

Okey, setakat ini saja perkongsian ilmu kita pada entry kali ini..