Showing posts with label Goals. Show all posts
Showing posts with label Goals. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Teknik Makan Gajah- The Power of Weekly Goals Setting oleh Azizan Osman

Teknik Makan Gajah- The Power of Weekly Goals Setting oleh Azizan Osman

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Berapa ramai yang ingin mencapai perkara dalam hidup dia tapi akhiranya umur "berlari" dan end up tidak tercapai impian mereka?

Berapa ramai pula yang tidak merasai peningkatan dalam hidup mereka malah rasa "Pening" dengan tahap hidup mereka?

Antara sebab utamanya adalah kerana tidak ada senarai fokus atau matlamat yang jelas.

Kuasa fokus manusia adalah terletak di dalam kekuatan dia atau kuasa dia untuk menguasai apa yang dia fikir dan dirasai dijiwa serta terus dilakukan dengan tindakan.

Kajian saya bertahun-tahun mengkaji tingkahlaku mereka yang berjaya mendapati, orang yang berjaya mempunyai senarai perkara yang jelas tentang apa yang mahu mereka capai atau fokuskan samada dengan fokus besar dalam masa 10 tahun akan datang, kemudian dikecilkan untuk 5 tahun akan datang, dikecilkan lagi kepada 3 tahun akan datang, kemudian dikecilkan lagi kepada 1 tahun akan datang, dikecilkan lagi kepada 6 bulan akan datang, dikecilkan lagi kepada 3 bulan (90-hari) dan kemudian dikecilkan kepada 1 bulan (30-hari) dan kecilkan kepada 1 minggu (7-hari) dan akhirnya 1 hari (Hari Ini).

1 perkara yang suka nak share adalah, Ramai orang "nampak" sibuk tapi Produktif tapi ada juga orang yang nampak tak sibuk tapi juga produktif. Dan ramai juga yang tak sibuk dan tak produktif.

Apa itu Produktif? Asal dari perkataan "Production" atau Pengeluaran, bahasa kita hasil atau Result.

Contoh, katalah matlamat anda ialah mahu makan seekor Gajah besar. Boleh tak anda nak makan Gajah tersebut sekaligus? Tak bolehkan? Sebab cara makan gajah paling mudah adalah makan sikit-sikit. So, apa yang anda kena buat adalah mengenalpasti BERAPA BESAR Gajah tersebut dan BERAPA TAHUN anda perlukan untuk makan habiskan Gajah tersebut jika makan seorang. :)p

Katakah anda perlukan 10 tahun untuk habiskan makan gajah tersebut (Ini contoh jer), anda perlu tuliskan

Matlamat 10-tahun: Makan Seekor Gajah

Kemudian anda kecilkan proses makan gajah kepada 5-tahun, maksudnya anda kena tulis,

Matlamat 5-tahun: Makan separuh Gajah.

Matlamat 3- tahun: Makan separuh dari separuh gajah (Mungkin punggung dulu atau kepala dulu) buat steak ke....

dan seterusnya, sampailah kepada matlamat 1-minggu.

Contoh: Matlamat 1-minggu ini adalah apa? anda kena senaraikan. Contoh mungkin, cari pisau pemotong gajah, cari peti ais besar nak simpan gajah, cari pengasah pisau, cari pakar sembelih gajah dan macam-macam lagi yang membawa kepada proses pencapaian besar nanti.

Baca dan buat ini:-

Apa yang anda perlu belajar buat dengan baik adalah menulis sekurang-kurangnya 10 Perkara yang anda ingin capai atau lakukan dari hari ini hingga ke hujung minggu dari segi 3 aspek general mengikut format mudah dibawah :-

WINS (Apakah kejayaan yang anda capai minggu lepas dan tuliskan 3 perkara samada kejayaan dalam tugas kerja atau personal achievement)

1.
2.
3.

TTA (Thing To Achieve) (Ini adalah senarai perkara yang anda pending atau baki kerja minggu lepas yang belum selesai Carried Forward+Baru, tuliskan mengikut Priority/Keutamaan)

At Work (Min 10)

1.
2.
.
.
.
10.

Personal (Min 10)
1.Contoh- Kemas dapur
2.Cari kain untuk baju raya
3.
.
.
10.

Kemudian tentukan yang mana satu No.1 keutamaannya yang anda kena buat hari ini dan yang mana satu boleh delegate untuk orang lain buat tapi anda monitor atau pastikan deadline bila siap, kemudianyang mana satu tak berapa penting sekarang. (Lagi banyak anda boleh delegate lagi bagus). Gunakan juga teknik "Eat The Frog" yang bermaksud, Makan Katak? Bukan, maksudnya ialah buat yang paling susah tapi sangat penting terlebih dahulu.

Disiplinkan diri ambil sedikit masa setiap ahad atau isnin awal pagi sebelum masuk pejabat atau pada hari pertama bekerja minggu tersebut untuk tuliskan atas kertas dengan jelas. Ia mengambil sedikit masa 15-60 minit untuk anda tuliskan tetapi ianya akan buat anda capai banyak perkara setiap minggu ke arah matlamat besar anda. Dan jangan lupa untuk raikan Wins anda setiap hari dan setiap minggu. Orang berjaya kita mencapai kejayaan setiap hari dan memberi pengiktirafan kepada pencapaian diri setiap hari, orang gagal? Tunggu pengiktirafan dunia satu hari nanti.....Sambil bersedih main biola tepi Sungai Klang.

Apa yang saya kongsikan ini perlu menjadi disiplin mingguan anda sehingga anda Master Your Life kerana bila anda Master Your Life anda Master Your Time!

Saya doakan anda kaya berjaya dan diberkati! Terima kasih kerana membaca dengan sabar dan saya izinkan untuk kongsikan dengan ramai orang lain! Disiplin kunci kejayaan!

- AzizanOsman

Gambar aktiviti~ Sharing p4u bisnes konsep makin menular. Simpanan emas hari ini menjamij mase depan anda!