Ainon Mohd.
Dari ABS
Salah satu tingkah laku yang kerap dapat dikatakan sering berlaku adalah di mana seseorang itu menggunakan 'duit baik' bagi menyelamatkan 'duit buruk'.
Dalam pepatah orang putihnya, disebut 'good money running after bad mmoney'.
.
Ia berlaku begini, sebagai contoh:
Kita mengambil pinjaman bank RM40k bagi memulakan bisnes direct-selling ala MLM kita sendiri.
Bagi tujuan itu, kita mengeluarkan sendiri produk supplement magik yang kita katakan dapat menyembuhkan kanser tahap 4.
Produk itu kita jual pada harga RM250 sekotak.
Kemudian bisnes kita sangkut. Supplement magik tidak berapa laku. Banyak stok tidak bergerak. Agent-agent komplen produk kita itu sukar dijual.
Akibatnya, ansuran hutang bank bulanan tersangkut. Bunga hutang bank semakin banyak.
Ada kawan menasihati kita supaya kita muncul di TV3 dan kita perlu membayar slot iklan. Kita pun ikut nasihatnya.
Tetapi duit modal RM40k itu sudah lama habis. Di mana hendak dicari duit bagi membayar slot iklan TV3?
Kawan kita memberi idea supaya kita gunakan kad kredit. Kita pun ikut nasihatnya.
Keluar lagi duit. Hutang kad kredit sudah maksimum. Namun jualan tidak juga naik.
Kemudian, ada pula kawan lain yang menasihati kita supaya kita beli ruang iklan dalam surat khabar Harian Metro.
Duit tidak ada. Kawan itu menasihati supaya kita apply kad kredit baru. Kita pun ikut nasihatnya. Kita aplly kad kredit lain, dan kita gunakan kad itu bagi membayar iklan dalam Harian Metro.
Jualan tidak juga naik.
Hutang semakin banyak. Bunga hutang pun semakin naik.
Kemudian, ada kawan lain menasihati supaya beli iklan berbayar dalam internet. Kita tidak pandai membuat website. Duit pun sudah tidak ada.
Kawan itu menasihati supaya kita pinjam kad kredit isteri. Kita pun pinjam kad kredit isteri.
Kita pun keluarkan duit lagi, kali ini bagi membayar web-developer.
Jualan tidak juga naik. Hutang dan bunga hutang semakin naik.
.
Modal RM40k itu pada mulanya adalah 'good money', kemudian ia menjadi 'bad money'.
Bad-money adalah duit yang tidak dapat diselamatkan lagi.
Kita menggunakan lebih banyak good-money yang kita pinjam dari kad-kad kredit sebab kita hendak menyelamatkan bisnes supplement magik yang sememangnya bad-product!
.
Tingkah-laku di mana kita membelanjakan good-money sebab hendak mendapatkan semula bad-money adalah didorong oleh:
1. Kita berpegang kepada harapan palsu.
2. Kita tidak dapat menerima realiti bahawa kita telah melakukan perkara tidak bijak dalam bisnes.
.
Duit-buruk adalah 'bad investment'.
Kita tidak patut mencurahkan lebih banyak duit-baik ke dalam lubang duit-buruk kerana didorong oleh harapan palsu kononnya kita boleh mendapatkan semula duit buruk itu.
Apabila kita mengeluarkan duit-baik atas harapan palsu, itu sudah bukan urusan bisnes lagi. Ia sudah menjadi perjudian!
.
Banyak produk keluaran peniaga Melayu adalah 'bad-product'. Bad-product adalah produk yang pasaran tidak perlukan.
Buat BMC sebelum mencurahkan duit-baik kita ke dalam mana-mana lubang.
Dengan membuat BMC, awal-awal lagi kita sudah boleh nampak sama ada produk yang kita hendak buat itu good-product ataupun bad-product.
.
Seandainya dalam tempoh 3 bulan selepas sesuatu produk itu diperkenalkan ke dalam pasaran, tetapi produk itu tidak laku, ertinya produk itu adalah bad-product.
Tempoh 3 bulan itu berdasarkan tempoh kredit yang lazimnya diberikan kepada agen dan kedai.
Kalau laku, agen dan kedai akan order dan order lagi. Agen dan kedai akan memulangkan stok tidak laku selepas 90 hari.
Apabila tiba ke titik itu, jangan kita membelanjakan lebih banyak duit dengan harapan produk yang tidak laku itu akan laku jua akhirnya.