1. Zaman sekarang seharusnya tiada lagi isu graduan yang tiada pendapatan selepas tamat pengajian.
2. Jika satu ketika dahulu ya. Dikala itu teknologi tidak sehebat hari ini. Kemampuan untuk membuat duit tidak seluas hari ini.
3. Hari ini, yang belum graduate sudah ada pendapatan melebihi 4-5 angka sebulan.
4. Memang ada yang akan mengeluh, habis tu sia-sia lah belajar nak jadi itu dan ini, jika tamat pengajian kelak hanya berniaga.
5. Tiada yang sia-sia. Bukan semua orang dapat menikmati zaman di universiti. Campus life. Menara gading. Ini pusat dimana pembentukkan mentaliti kita. Malangnya ramai yang gagal memanfaatkan zaman itu.
6. Zaman sekarang, tidak lagi boleh fokus kepada nak makan gaji. Kita kena kreatif dalam mencari sumber pendapatan. Kalau tak ada kerja, kita create kerja. Nak create kerja, haruslah bermula dengan berniaga. Kecil-kecilan pun tak apa.
7. Mana saya ada modal? Ini persoalan yang sudah lapuk. Cari tapak dahulu. Banyak cara boleh dibuat. Bisnes online. Affiliate. Dropship. Boleh tanya pakar perniagaan internet seperti Dr, Irfan Khairi, Ammar Zahar, Zamri Nanyan, Gero Azrul dan ramai lagi.
8. Dahulu tak ada facebook, instagram, twitter atau youtube. Zaman sekarang, macam-macam channel untuk kita buat duit. Pokok pangkalnya kita sendiri. Nak belajar atau tidak. Nak buat atau tidak. Tepuk dada tanya selera.
9. Dalam seminar saya, sering saya sebut, nak A tapi dapatkan B dahulu. Maksudnya, jika kita nak buka restoran. Jangan terus buka restoran. Kenapa? Restoran modalnya besar. Kita tak tahu lagi menu kita ni diterima ramai atau tidak. Mulakan dengan kecil-kecilan dahulu. Kumpul duit dari situ kemudian baru buka restoran. Follower kita pun dah ramai ketika itu. Tak susah nak pastikan sales harian kita.
10. Mula-mula memang janggal bila orang lain keluar bekerja, kita duduk kat rumah mengadap komputer. Orang lain pakai smart, kita pakai tshirt. Orang lain keluar bersama family hujung minggu. Kita keluar bersama family hari bekerja.
11. Pun begitu tidak semua manusia mempunyai keupayaan yang sama. Itu satu hakikat yang perlu kita akui. Setiap manusia itu ada bezanya.