Showing posts with label INSTALLMENT. Show all posts
Showing posts with label INSTALLMENT. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

~TIP BAYAR INSTALLMENT KERETA MENGGUNAKAN EMAS~

~TIP BAYAR INSTALLMENT KERETA MENGGUNAKAN EMAS~

Ini adalah teknik yang saya dapat dari blog rakan emas yang lain, teknik yang semua orang boleh buat apabila emas ada didalam tangan dimana “wang kertas” tak boleh buat.

Katakan anda ada tunai lebih kurang RM3500 dan mempunyai sebuah kereta baru yang perlu bayar installment RM400 sebulan selama 9 tahun.

Langkah 1
Anda beli barang kemas (emas) yang nilainya RM 3350
Pajakan di AR Rahnu dan mendapat cash sebanyak 70% daripada nilai emas anda.
Hasil pajakan = 70% X RM3350 = RM2512

Langkah 2
Gunakan RM2512 tadi , untuk bayar installment kereta selama 6 bulan secara “lungsum” .
Kemudian daripada gaji anda yang sepatutnya digunakan untuk membayar instalment kereta, ubah kepada untuk membayar pajakan Ar rahnu tadi.

Jadi setiap bulan anda bayar untuk tebus emas anda, dan selepas 6 bulan, anda boleh keluarkan emas daripada pajakan dan dalam masa yang sama anda dapat membayar kereta anda.

KESIMPULAN

1. Setiap 6 bulan anda tebus emas anda dan ulang balik sehinggalah kereta anda habis bayar.

2. Nampak macam “Baik bayar kereta macam biasa je tiap-tiap bulan, lagi senang, tak payah pajak”. Tapi selepas 9 tahun anda hanya dapat kereta sahaja. Bayaran tetap sama.

3. Berbanding jika ada lakukan sebegini selepas 9 tahun. Anda akan dapat kereta dan juga emas.

3. Katakan dengan RM3500 anda dapat membeli 23g emas 916 (RM150/g). Bayangkan kenaikan emas 20% setahun dan selepas 9 tahun emas 23g anda akan bernilai RM9660.

Wow!!! Jadi daripada anda mendapat Kereta sahaja, baik dapat kereta dan juga emas.

* Pengiraan ini tidak 100% tepat sebaliknya anggaran sahaja berdasarkan ramalan kebanyakan pakar tentang harga emas pada masa akan datang.