Tips: Mesti Kaya & Berjaya Dunia Akhirat
Thursday, May 30, 2013
Wednesday, March 6, 2013
Tips: Untuk KAYA&BERJAYA!!
Assalam...ape khabar hari ini?Semoge kite semua sihat dan makin KAYA&BERJAYA..
Jangan buang masa dengar nasihat dari mereka yang tidak pernah buat atau tidak pernah capai hasil apa yang kita mahu capai.
Kita akan end-up dengar nasihat daripada ramai orang yang tidak ada hasil. Contohnya, nak berniaga, jangan tanya mereka yang takut berniaga atau selalu gagal dalam perniagaan jawapannya ditakutimengecewakan...
Gambar→ Team Hunter's Legacy sedang sharing tentang peluang kerjaya sebagai dealer emas secara PART TIME & beroleh pendapatan yang LUMAYAN kepada bakal biz partner di AU3 Keramat. Sharing yang MANTAP&PADU oleh tuan Faizal a.k.a GoldPot!!
-MM-
www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini
Monday, February 18, 2013
Tips:KAYA&BERJAYA Demi Mencari RedhaNya
Jika anda ingin kaya & berjaya, jangan bermatlamat untuk kaya & berjaya kerana mahu "buktikan" kepada orang lain atau kerana mahu
"berlawan" tunjuk siapa lebih kaya atau berjaya dari orang lain, itu semua hanya kekayaan & kejayaan material yang tidak kekal dan akan "melukakan" jiwa.
Binalah kekayaan & kejayaan dengan matlamat untuk berzakat, bersedekah, berkongsi atau menyelesaikan masalah ramai orang atau menambah nilai ramai orang.
Dan bina kekayaan untuk mencari redhaNya dunia dan akhirat melalui kekayaan tersebut sehingga bila kita mati, kita tahu kita tidak bawa harta dan wang ringgit itu tetapi ianya boleh terus memberi manfaat kepada ramai orang lain yang masih hidup serta amalan berpanjangan. - azizanosman
~MM~
Business Owner,Investor&Internet Marketer
www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini
Thursday, January 24, 2013
Gold & Investment :Orang Kaya Bertambah Kaya??
Saturday, December 29, 2012
Persoalan Mengapa dan Bagaimana Untuk Kaya
Didalam keghairahan ini ramai yang mudah terperangkap dengan pelbagai skim yang dianjurkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ramai yang kerugian sehingga jutaan ringgit semata-mata ingin menjadi kaya dengan cepat. Ini kerana mereka terlalu fokus mengenai “bagaimana” untuk menjadi kaya.
Tatkala nafsu mula menguasai diri, kita lupa atau buat-buat lupa apakah tujuan asal kita untuk menjadi kaya. Mungkin ada yang berjaya menjadi kaya dengan cara yang pantas. Namun persoalannya, dapatkah mereka menjawab mengapa Allah menjadikan mereka kaya dan mengapa mereka sendiri mahu menjadi kaya.
Disebabkan kurang jelas mengenai persoalan mengapa dan bagaimana, kita seringkali mudah tewas dengan nafsu. Disinilah timbulnya gejala rasuah, penipuan dan skim-skim yang tidak bertanggungjawab. Sekaligus merosakkan generasi masa depan.
Kita harus faham baik si kaya atau si miskin mereka tetap mempunyai masalah yang sama iaitu masalah kewangan. Sebenarnya masalah kewangan ini berpunca daripada cara kita berfikir. Cara kita faham apa itu duit. Jika kita fikir duit itu adalah segala-galanya dan merupakan satu matlamat hidup, makanya hidup kita adalah semata-mata kerana duit. Tetapi jika kita faham bahawasanya itu adalah satu alat untuk kita berjihad dan menyumbang kepada masyarakat, makanya duit itu hanyalah satu alat atau instrumen sahaja didalam proses membina kekayaan.
Sebagai bukti mudah bahawa golongan yang menganggap duit itu adalah segala-galanya, biasanya golongan inilah yang menghadapi masalah selepas mereka bersara. Wang simpanan didalam tabung EPF yang dikeluarkan ketika sudah cukup tempohnya, yang seharusnya digunakan untuk menyara ketika persaraan habis begitu saja didalam masa yang singkat. Ramai juga golongan pesara yang terpaksa kembali bekerja sebagai guard, pencuci dan sebagainya.
Generasi muda yang melihat senario ini mula takut jika situasi yang sama berlaku kepada mereka. Langkah paling mudah adalah memilih untuk bekerja didalam sektor kerajaan yang menawarkan skim pencen. Ada juga yang sanggup menunggu dua tiga tahun selepas tamat pengajian di IPT semata-mata ingin menyertai kerajaan yang kononnya terjamin masa depan. Apa sebenarnya yang mereka lakukan? Mereka sebenarnya sedang membazir masa tanpa ada sebarang keberanian untuk mencipta masa depan mereka sendiri.
Kenapa senario ini terjadi? Kerana pendidikan mengenai duit tidak diajar sewaktu kita disekolah mahupun di universiti. Sebagai contoh saya sendiri. Akademik saya langsung tidak mengajar saya mengapa saya perlu kaya dan bagaimana untuk saya menguruskan perniagaan saya secara realitinya. Semuanya teori yang pada mulanya saya cukup yakin apabila saya menyertai dunia pekerjaan nanti itulah yang akan terjadi. Hakikatnya ia adalah ilusi yang cukup kabur.
Kita terlalu bergantung kepada kerajaan didalam menyediakan kemudahan. Mungkin disebabkan kita sememangnya dididik sejak kecil lagi dengan pelbagai kemudahan dan subsidi. Ini yang menjadikan kita alpa. Kita lupa akan hakikat kita amat memerlukan tongkat untuk berjalan. Isu ini pernah diutarakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Ini menjadikan kita tidak mampu untuk bersaing. Kita sentiasa harapkan “kelebihan” yang kita miliki. Namun seberapa lamakah hak keistimewaan itu dapat dipertahankan dan jika dalam masa yang sama kita masih belum memulakan proses untuk memajukan diri kita sendiri?
Oleh itu amatlah penting untuk kita memahami “MENGAPA” kita perlu kaya sebelum kita memikirkan “BAGAIMANA” kita untuk kaya agar kita lebih jelas dengan matlamat kita. Allah S.W.T sendiri akan mudah untuk memakbulkan doa kita untuk kaya jika kita sendiri memiliki jawapan terbaik mengapa kita perlu kaya. Insya Allah.
Wallaualam. – DSR
SUMBER: