Showing posts with label MERUGIKAN. Show all posts
Showing posts with label MERUGIKAN. Show all posts

Saturday, June 29, 2013

PAJAKAN KERETA SEWA, UNTUNG ATAU MERUGIKAN?


PERINGATAN
Walaupun pajakan kereta sewa memberi pulangan yang menguntungkan, namun anda perlu berhati-hati. Ini kerana terdapat pengusaha kereta sewa yang tidak jujur dan mengambil kesempatan terhadap mereka yang tidak arif di dalam bisnes ini. Nasihat saya;
  1. Berhati-hati dengan pengusaha kereta sewa yang menawarkan bayaran pajakan yang terlalu tinggi. Nasihat mentor saya, sekiranya sesuatu tawaran itu sukar dipercayai, maka ia memang sukar dipercayai.
  2. Jangka hayat kereta sewa adalah 200,000 KM, ini bermakna secara purata kereta sewa boleh bergerak sejauh 3333 KM sebulan (200,000/60 bulan). Sekiranya kereta anda bergerak melebihi had berkenaan, jangka hayatnya mungkin lebih singkat. Akibatnya anda perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk melangsaikan hutang yang masih tinggi sekiranya kereta berkenaan perlu dijual sebelum tempoh matang.
  3. Pastikan anda memajak kereta kepada syarikat kereta sewa yang mempunyai sistem perniagaan yang tidak bergantung harap kepada pemilik perniagaan sepenuhnya. Ini kerana, sekiranya sesuatu berlaku kepada pemilik perniagaan itu (sakit, bercuti atau mati), perniagaan kereta sewa akan terhenti dan akan menjejaskan anda.
Sekian dari saya dan semoga artikel ini bermanfaat. Terima kasih.
Petikan dari www.wahiabrashid.com