Showing posts with label Rahsia Mudah Lulus Pinjaman Tanpa Slip Gaji. Show all posts
Showing posts with label Rahsia Mudah Lulus Pinjaman Tanpa Slip Gaji. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

Rahsia Mudah Lulus Pinjaman Tanpa Slip Gaji

Rahsia Mudah Lulus Pinjaman Tanpa Slip Gaji

by MOHD ZULKIFLI SHAFIE on NOVEMBER 4, 2014

Alhamdulillah, saya baru dapat kelulusan bank untuk tambah lagi pemilikan hartanah yang boleh bagi “positive cashflow”. Ini hartanah pertama yang saya beli lepas tiada lagi slip gaji. Sekarang saya baru dapat ‘baikpulih’ salah satu kesilapan yang saya buat semasa berhenti kerjaiaitu tak ‘jaga’ Current Account (Akaun Semasa). Sedangkan Current Account tu alat untuk buktikan kepada bank yang kita memang berduit.

Saya baru tersedar kesilapan tu lepas sebulan berhenti kerja. Masa tu baru saya terfikir, macam mana nak apply housing loan lagi? Slip gaji dah tak ada. Duit hasil bisnes pulak saya letak sana sini dalam banyak akaun. Susah untuk bank kenalpasti sejauh mana rancaknya bisnes saya. Jadi lepas baca buku sana sini, dan tanya pengalaman kawan-kawan yang dah lama berniaga full-time, saya buat keputusan, semua urusniaga berkaitan dengan bisnes dan pendapatan utama saya, saya masukkan dalam satu Current Account khas hanya untuk bisnes. Semua duit keluar masuk berkaitan bisnes, bank boleh ‘match’ dengan Current Account tu.

Cara Urus Current Account

Perkara ni walaupun nampak simple, tapi sepatutnya saya buat masa berniaga part-time lagi. Orang yang tiada slip gaji (berniaga sendiri sepenuh masa) tak mudah dapat loan macam orang makan gaji, apatah lagi jika dibandingkan dengan orang yang kerja kerajaan. Sebesar manapun pendapatan kita dalam bisnes, bank tak dapat ‘cari bukti’ untuk luluskan pinjaman, melainkan kita buktikan dengan Current Account. Semua urusniaga duit masuk dan duit keluar, pastikan melalui akaun bank. Tak kisahlah berniaga pisang goreng sekalipun, pastikan duit keluar masuk melalui akaun bank. Itu cara nak yakinkan bank yang kita memang berduit.

Jadi untuk pastikan bank yakin dengan Current Account kita , pastikan:

Setiap jualan yang kita buat, duit dibayar ke dalam akaun bisnes.Setiap pembayaran, duit mesti keluar daripada akaun bisnes.Setiap komisyen jualan (kalau jadi ejen mana-mana syarikat), pastikan syarikat bayar ke dalam akaun bisnes.Minimumkan urusniaga yang melibatkan duit tunai. Kalau dapat bayaran dalam bentuk tunai, masukkan duit tu ke dalam akaun bisnes. Sama juga dengan pembayaran. Kalau buat bayaran, transfer duit dari akaun bank terus kepada pembekal.Simpanan penyata Current Account yang at least untuk 6 bulan, paling balik 12 bulan. Kalau guna online banking, save jer statement tu dalam bentuk pdf.

Itulah tips ringkas urus Current Account dengan betul. Pokoknya, duit keluar masuk biar jelas, dan bank suka tengok duit keluar masuk yang aktif. Ia menandakan bisnes kita bergerak aktif.

Dokumen Meyakinkan Bank

Selain Current Account, dokumen yang sangat-sangat bank nak tengok ialah Penyata Cukai Pendapatan! Bahkan ada bank yang cuma perlukan Penyata Cukai Pendapatan untuk luluskan pinjaman. Jadi pastikan hantar borang dan bayar cukai kepada Lembaga Hasil bila cukup ‘nisab’. Bagi orang berniaga, deadline hantar borang dan buat pembayaran ialah setiap 30 Jun.

Jadi secara ringkas, ini senarai dokumen yang bank perlukan sebagai bukti kita memang berduit, walaupun tanpa slip gaji:

Current Account (at least 6 bulan)Penyata Cukai Pendapatan (2 tahun)Resit Zakat PendapatanSurat Perlantikan Sebagai Ejen (kalau jadi ejen syarikat)Penyata Komisyen Ejen (12 bulan)Rental Agreement (kalau ada rumah sewa)Buku Akaun Simpanan (Tabung Haji, ASB dsb)Borang Daftar Perniagaan SSMPenyata KWSP (bagi yang pernah makan gaji)

Pastikan semua hasil peniagaan dan pendapatan, bank boleh match dengan Current Account. Kalau kita dibayar komisyen (sebagai ejen), pastikan penyata komisyen yang syarikat bagi tu dapat match dengan duit masuk dalam Current Account.

Kalau Akaun Tabung Haji atau ASB, pastikan dalam buku tu menunjukkan kita menyimpan secara konsisten (at least 6 bulan tanpa pengeluaran) untuk amaun ansuran pinjaman yang bakal kita bayar kepada bank. Ia menunjukkan kepada bank, kalau kita mampu menyimpan secara konsisten, maksudnya kita mampu bayar ansuran bank tanpa sebarang masalah.

Profil Kewangan Peribadi Berkesan

Masa saya jumpa pegawai bank bulan lepas, saya tak pasti apa yang mereka perlukan. Jadi saya sediakan satu fail yang saya namakan “Profil Kewangan Peribadi”, dan saya bawa sekali masa jumpa dengan mana-mana bank. Dalam tu semua dokumen berkaitan kedudukan kewangan (yang saya senaraikan tu), dah siap compile sekali. Saya susun elok-elok, dan siap buat summary dan separatorlagi.

Fail yang saya bawa jumpa banker

Jadi bila berbincang dengan pegawai bank, mereka boleh terus buat penilaian samada kita layak atau tak untuk dapatkan pinjaman. Dan lagi senang, pegawai bank boleh terus fotostat mana-mana dokumen yang mereka perlukan. Syukur alhamdulillah, 2 bank yang saya mohon, semuanya lulus! Saya pilih yang mana saya rasa terbaik. Memang dokumen-dokumen yang saya senaraikan tu dapat membantu untuk kembangkan lagi kekayaan dengan hutang (tanpa perlu menanggung hutang), insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
1 November 2014
8 Muharram 1436

CATATAN : Dua faktor penting yang mempengaruhi keputusan bank untuk luluskan pinjaman ialah (1) kemampuan kita membayar hutang, selalunya akan dikira bersasarkan kedudukan Debt Service Ratio semasa kita (iaitu hadnya40% bagi berpendapatan RM3,500 ke bawah dan 70% bagi berpendapatanRM3,500 ke atas), dan (2) rekod pembayaran hutang semasa yang baik, selalunya bank akan rujuk rekod CCRISkita.