Showing posts with label Tiada Pemasaran. Show all posts
Showing posts with label Tiada Pemasaran. Show all posts

Wednesday, July 9, 2014

Tiada Pemasaran, Perniagaan Lingkup

Tiada Pemasaran, Perniagaan Lingkup
by Azizan Osman

Mempunyai niat untuk berniaga adalah satu nawaitu yang bagus. Namun berniaga tanpa ilmu pemasaran adalah satu perbuatan yang tidak bijak. Itu yang menyebabkan para usahawan terjerumus dalam kancah bisnes lingkup.
Manakala perniagaan yang berjaya bertahan selama beberapa tahun, biasanya mengalami keadaan seperti organisasi yang sesak nafas jika mereka tidak menguasai strategi pemasaran.
Pemasaran juga bukan aktiviti menjual. Pemasaran adalah aktiviti yang menjurus kepada:
Memberikan mesej yang dapat menyelesaikan masalah pelanggan.
Berkongsi maklumat bisnes yang dapat menambah nilai dalam diri orang ramai.
Memberikan solusi kepada pertelagahan emosi yang berlaku dalam diri pelanggan yang mempunyai masalah.
Aktiviti berdakwah-Semakin hebat strategi pemasaran, semakin hebat skill dakwah kita.
Pemasaran juga mengajar usahawan untuk memahami rentak dan psikologi pasaran mereka. Sebelum memulakan sebarang kempen pemasaran, penting untuk kita melakukan kajian terhadap keperluan mereka.
Semakin kita faham keperluan itu, semakin mudah untuk kita mewujudkan magnet tarikan pelanggan. Contoh terbaik yang dapat kita lihat dengan adalah Klinik Usahwan Dr. Azizan Osman. Sebelum menjalankan program ini, mentor Azizan Osman menjalankan kajian yang khusus.
Selepas mendapati majoriti besar perniagaan di Malaysia cepat lingkup kerana gagal untuk memahami strategi pemasaran, lantas beliau menggunakan peluang ini untuk membantu orang ramai menerusi program Klinik Usahawan.
Impaknya? Hari ini ribuan usahawan di Malaysia dapat kembali ke jalan perniagaan yang benar, ke jalan perniagaan yang menguntungkan.
-Sumber : Buku Kuasai Pemasaran, Rahsia Menarik Pelanggan, Dr. Azizan Osman