Bumiputera, menurut Mentor dan Pakar Perunding Pemasaran No.1 Asia, Dr Azizan Osman, perlu melihat usaha itu sebagai cabaran dengan berpatisipasi sama dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan untuk melaksanakannya.
Oleh itu, katanya golongan ini perlu mengubah mentaliti selesa bekerja kerajaan dan makan gaji dengan menceburi bidang keusahawanan sebagai platform bagi melonjakkan penguasaan ekonomi, sekaligus mengekal dan memartabatkan kedudukan bangsa.
Sebagai seorang usahawan yang pernah melalui zaman kejatuhan sebelum bangkit dan kini, membantu ramai usahawan lain, beliau menyambut baik usaha itu yang disifatkannya mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap masa depan Bumiputera.
"Penubuhan MEB jelas dirangka bagi memperteguhkan ekonomi Bumiputera, namun masalahnya ialah betapa bagus pun usaha ini, kita perlulah menyahutnya dengan bersikap proaktif dan bertindak atau matlamatnya tidak akan terlaksana.
"Sebagai pakar jurulatih pembangunan usahawan, saya sudah membantu lebih 350,000 usahawan dan bakal usahawan sejak 2008 sehingga melahirkan ramai jutawan baru menerusi pelbagai program yang memberi penekanan terhadap keupayaan memaksimakan potensi sebenar diri.
"Kunci kejayaan dalam pelaksanaan pelan terbaru kerajaan ini ialah jangan sempitkan fikiran. Ini kerana, selagi kita masih dengan mentaliti memilih hanya bekerja kerajaan dan makan gaji, Bumiputera akan terus berada di takuk lama dan akhirnya ketinggalan," katanya.
Penubuhan MEB diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan dalam satu ucapannya pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Shah Alam, baru-baru ini.
MEB ditubuh menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) bagi melaksanakan lima strategi baru dalam memastikan kelangsungan pelaksanaan agenda memperkasa ekonomi Bumiputera dengan fokus, antaranya berhubung pemantapan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat serta memperkukuh pemilikan aset.
Najib, antara lain memperkenalkan Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB) untuk membantu syarikat permulaan dengan peruntukan dana RM100 juta dalam tempoh tiga tahun, termasuk bagi menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada usahawan baru yang kreatif dan inovatif dalam bidang strategik berpotensi. Juga diumumkan, tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta bagi tempoh lima tahun.
Dr Azizan, berkata beliau berbesar hati kerana banyak program kendaliannya, terkini ialah Klinik Usahawan dan Pelaburan Dr Azizan Osman "Seminar Jutawan Industri 2013" anjuran Richworks Group of Companies yang secara tidak langsung menjadi tiang sokongan kepada usaha kerajaan itu.
Beliau yang juga pengasas dan Pengerusi Eksekutif Richworks Group of Companies serta Azizan Osman International, berkata: "Keupayaan memaksimakan potensi sebenar diri akan menggalak peningkatan hidup dan kewangan seseorang dengan menjadi usahawan berjaya, selain lebih bersedia menghadapi krisis kewangan dan ekonomi dunia yang sedang dan bakal melanda.
"Bagi menyahut seruan kerajaan itu, Bumiputera harus mempersiapkan diri dengan ilmu. Bina serta kuasai dunia perniagaan dan pelaburan dengan formula yang terbukti berkesan. Begitu pun, seperti yang sering saya tekankan, hidup seseorang tidak akan berubah tanpa mentor, ilmu, strategi yang betul, kuasa tindakan dan keinginan untuk merubahnya."
Bergelar jutawan seawal usia 30an, Dr Azizan yang menaungi 24 syarikat dalam pelbagai industri di Malaysia dan Singapura, selain merupakan pemegang saham kedua terbesar syarikat INSBio Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia, berkata sememangnya apa yang hendak dilaksanakan kerajaan menuntut komitmen padu daripada Bumiputera sendiri.
"Sudah tiba masanya untuk kita berubah secara besar-besaran dan menjadi satu perubahan yang digeruni musuh Islam kerana apabila kita ada kekuatan ekonomi, kita dapat menderma, berzakat lebih banyak dan akan jadi sangat kuat," katanya lagi.
PROFIL RINGKAS DR AZIZAN OSMAN, PENGASAS dan PENGERUSI EKSEKUTIF RICHWORKS GROUP OF COMPANIES dan AZIZAN OSMAN INTERNATIONAL (S) Ptd Ltd
- Mentor Pemasaran No.1 Asia
- Seorang jutawan yang mempunyai 24 syarikat di dalam beberapa industri di Malaysia dan Singapura
- Pemegang saham kedua terbesar syarikat INSBio Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia
- Seorang pakar dalam Strategi Pemasaran dan Pengiklanan - mempunyai agensi yang bertauliah di dalam Pengiklanan dan Pemasaran bagi TV, radio, akhbar dan majalah
- Sering kali ditemuramah di TV, radio, majalah dan akhbar bagi perkongsian tips motivasi
- Sering dijemput untuk memberi ceramah di sektor korporat dan program universiti
- Sejak 2008, lebih daripada 350,000 peserta telah lulus dalam seminar-seminarnya yang mana merangkumi golongan profesional, eksekutif, ahli perniagaan, suri rumah dan pelajar
- Terlibat secara aktif di dalam bidang pemasaran dan pengiklanan sejak 2001. Dilatih dan pernah bekerja di dalam sebuah organisasi antarabangsa yang beribu pejabat di London, United Kingdom serta berpengalaman menguruskan kempen dan program pemasaran untuk TM, Digi, Celcom, Standard Charted, HSBC, WWF dan MAKNA
Gambar Iklan~ Pelbagai pilihan kereta sewa di KL untuk anda pilih. Semuanya dengan jaminan service yang terbaik dari kami. Hubungi sekarang untuk dapatkan kereta sewa murah pilihan anda!!