Showing posts with label WANG DALAM KWSP TAK CUKUP. Show all posts
Showing posts with label WANG DALAM KWSP TAK CUKUP. Show all posts

Monday, August 24, 2015

WANG DALAM KWSP TAK CUKUP!

Jumlah wang yang kita perlukan untuk persaraan haruslah bertahan selama mana kita hidup. Ini bermakna wang tersebut mesti bertahan sekurang-kurangnya 30 tahun selepas persaraan (mengandaikan kita meninggal dunia pada umur 85 tahun). Masa yang agak panjang.

Cara untuk mempunyai wang yang cukup adalah dengan menyimpan dan melabur sebanyak mana wang yang boleh.
Sesetengah orang berkata, “Saya telah mempunyai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Wang itu akan meliputi semuanya”.

Ya, simpanan kita di dalam KWSP adalah bagus. Tetapi malangnya, wang itu tidak cukup. Hakikatnya, ia tidak dapat menampung walaupun separuh daripada kos sara hidup selepas bersara!

Seorang kawan saya hampir-hampir diserang sakit jantung apabila saya duduk bersama dia untuk mengira jumlah yang diperlukan untuk persaraannya. Cuma untuk menampung gaya hidupnya sekarang (tanpa menyentuh amaun prinsipal dan mengambil kira faktor inflasi), dia memerlukan RM6 juta apabila dia mencecah umur 55 tahun. Itu cuma untuk menampung gaya hidupnya sahaja dan belum mengambil kira kebebasan hidup yang diimpikan.

Sesetengah orang berkata jumlah itu hanya untuk kawan saya. Mungkin dia perlu mempunyai wang yang banyak kerana gaya hidup yang keterlaluan. Tetapi, oleh sebab gaya hidup mereka biasa sahaja, mereka tidak perlukan jumlah wang sebanyak itu.

Hujah di atas adalah salah atas dua sebab. Pertama, kawan saya ini sebenarnya hidup dengan cara yang simple. Kedua, mengapakah perlu mengurangkan gaya hidup anda selepas persaraan? Secara logiknya, bukankah kita perlu menikmati segalanya selepas bekerja keras selama 30 atau 40 tahun? Kita sepatutnya mempunyai lebih, bukan kurang wang pada akhirnya!

Tetapi, realiti sebenarnya ialah orang mempunyai wang yang kurang selepas persaraan. Ini merupakan cerita yang sedih, tragik dan menggerunkan!

#Azizi Ali Mentor Wang