Showing posts with label kacak. Show all posts
Showing posts with label kacak. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

PETUA JADI KACAK & CANTIK MENURUT ISLAM

Semua manusia sukakan keindahan dan kecantikan, lagi-lagi pada paras rupa. Namun, tidak semua sedar bahawa amalan yang cantik akan menzahirkan rupa yang cantik!

Berikut petua yang boleh kita amalkan, cantik dapat, pahala pun dapat.

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar,berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilapatau dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- (DOA TENGOK CERMIN)

4. Untuk mempunyai bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing,amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih