Showing posts with label suka. Show all posts
Showing posts with label suka. Show all posts

Monday, June 17, 2013

Hidup anda, suka hati andalah!

Hidup anda, suka hati andalah!

Perkongsian idea oleh Dr. Azizan Osman!!

Saya ditempelak kerana mengajak orang hidup luar biasa. Saya dikutuk kerana berkongsi ilmu dan pengalaman saya dari kosong ke jutawan. Saya dicaci kerana saya mengajar bagaimana untuk hidup luar biasa dengan menjadi ahli perniagaan yang berjaya, banyak wang dari kosong kontang dan banyak hutang sehingga boleh bersedekah, boleh berzakat dan dapat membantu ramai orang! Dan yang paling kelakarnya ialah mereka yang mengutuk adalah mereka yang tidak pernah pun jumpa saya atau kenal saya atau even rapat seinci pun ke kelas-kelas kekayaan & kejayaan yang saya anjurkan yang majoritinya adalah ditawarkan 100% Percuma.

Umur saya 39 tahun. Saya tidak mempunyai 16 perniagaan hari ini dalam bidang hartanah, pengiklanan, pelaburan, lartihan, pengurusan acara, perkhidmatan, kecantikan, perundingan dan lain lagi hanya kerana arwah ayah saya adalah pekerja kerajaan tahap juruteknik sahaja atau kerana ibu saya bekas cikgu 48 tahun dahulu. Ia adalah satu proses jatuh bangun yang panjang kerana keluarga saya bukan orang "ada-ada".

Bangunlah Me-layu Islam dan hentikanlah jadi layu!

Salah ke memilih untuk menjadi kaya dengan berniaga untuk digunakan membantu lebih ramai orang yang memerlukan dengan bersedekah, berzakat serta menyumbang semula kepada agama? Itulah sebabnya kenapa perlu pilih jalan luar biasa! Itu jalan para sahabat dan saudagar arab yang juga pendakwah zaman dahulu. Kita tidak perlu tunggu bergelar ustaz untuk menyumbang kepada masyarakat yang masya-karat kan? Hidup anda pilihan anda tetapi jika anda suka memilih, pilihlah jalan yang boleh kaya berjaya dan barokah dunia akhirat dengan memberi manfaat kepada ramai orang lain. Ini bukan pemikiran biasa-biasa sebagaimana yang diajar di sekolah atau mak bapak kita. Ini pemikiran jutawan muslim yang suka kepada memberi manfaat kepada agama dan bangsa. Saya pilih hidup luar biasa. Luar biasa bahagia, sihat, kaya, berjaya dan diberkati Allah swt. Anda pilih apa yang anda suka kerana hidup anda adalah pilihan anda.

Jumpa saya nanti di Seminar HidupLuarBiasa.com bersama saya & Afdlin Shauki. Daftar 100% Percuma di laman web HidupLuarBiasa.com, jangan bayar apa-apa dan jika anda hadir nanti, tidak ada bayaran. Saya hanya sangat passionate untuk bantu mereka yang ingin keluar dari kancah kemiskinan dan kepapaan supaya mereka juga nanti boleh bantu orang lain. Jika anda bukan orang itu, tidak perlu komen atau hadir. AzizanOsman -