Wednesday, October 9, 2013

Kemahuan dan Keinginan!!

Dr. Wan Shah Razali
Saya memetik kata-kata ahli falsafah,
Kesakitan dan kesengsaraan itu sebenarnya berpunca daripada kemahuan atau keinginan seseorang. Oleh itu, untuk menghilangkan kesakitan kita perlu menghilangkan kemahuan atau keinginan yang berkaitan. -DSR

Tuesday, October 8, 2013

Strategi Conversion - Tingkatkan sales cepat & mudah.




Strategi conversion - Tingkatkan sales cepat & mudah.

Sales adalah aktiviti transaksi atau pertukaran sesuatu untuk sesuatu.

Dalam bisnes, aktiviti sales berlaku apabila:

1) Pelanggan bagi duit kepada pemilik bisnes.

2) Pemilik bisnes bagi produk kepada pelanggan.

Untuk tingkatkan sales dengan mudah, perkara utama adalah memahami strategi conversion.

Conversion bermaksud:

1) Apabila 10 pelanggan datang ke kedai Facebook, berapa ramai yang akan buat pembelian?

2) Apabila 100 pelanggan masuk ke laman web, berapa ramai yang akan beli produk?

Bisnes-bisnes yang buat banyak duit fokusnya pada conversion. Dengan membaiki conversion, peluang mereka untuk close deal atau hasilkan jualan lebih tinggi.

Contoh-contoh strategi conversion adalah seperti berikut:

Logo Sosial

Logo sosial adalah logo yang dapat musnahkan ketakutan dalam diri pelanggan untuk beli produk.

Kajian membuktikan, apabila ada logo sosial yang ditampal dalam laman web, Facebook, blog dan sebagainya, keputusan pelanggan untuk membeli jadi lebih cepat.

Bahkan, pelanggan akan rasa selamat.

Contoh logo sosial adalah:

1) Jika kita menjual produk kesihatan atau kecantikan, kita boleh tampal logo KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

2) Jika kita menjual produk tudung, baju dan sebagainya, kita boleh tampal logo Poslaju.

3) Jika kita menjual servis fotografi, kita boleh gunakan logo jenama kamera yang kita guna (Nikon, Canon dan sebagainya).

Logo-logo sosial ini yang akan menambah keyakinan pelanggan dari sudut visual.

Logo Syarikat Penerbitan

Sekiranya produk kita pernah muncul dalam media-media atau penerbitan seperti:

1) Rancangan televisyen.

2) Majalah.

3) Akhbar.

… Maka kita boleh gunakan logo-logo mereka untuk ditampalkan dalam kedai online.

Berdasarkan kajian daripada pakar-pakar bisnes, logo-logo penerbitan ini sesuai diletakkan pada butang tindakan (Call-to-action).

Iaitu pada bahagian sebelum pelanggan klik "Beli Sekarang."

Letakkan logo syarikat penerbitan sebelum butang ini.

--------------------------------------------------------------------------

Starex Royale Registered Year 2012 (12 Seat) 

Dialu-alukan kepada anda semua untuk sewa kereta di sekitar KL & 
Selangor.

Contact SEKARANG untuk dapatkan harga yang TERBAIK dari kami!! 





Monday, October 7, 2013

Bukan senang hendak senang. Bukan susah hendak susah



Tingkatkan tahap keupayaan penjanaan wang anda secara agresif (agressive income - perlukan masa & tenaga anda yang banyak), hidup di bawah kemampuan (live below your means) dan laburkan lebihan serta simpanan untuk penjanaan pendapatan pasif (passive income). Anda akan berterima kasih kepada diri sendiri suatu hari nanti.

Bukan senang hendak senang. Bukan susah hendak susah. Semuanya atas pilihankita.

Apa yang kita pilih 5 tahun lepas, mengambarkan apa yang anda miliki sekarang. Jadi, apa yang anda gambarkan pada hari ini, ianya akan mencorak masa hadapan anda!





Sunday, October 6, 2013

OYSTER yang dijual kilo di pasar dan OYSTER MUTIARA.

OYSTER yang dijual kilo di pasar dan OYSTER MUTIARA.

Anak dan ibu Oyster berjalan mencari makan di dalam lautan..kerang kulitnya terbuka dan tertutup berterusan..suatu hari..kata anak oyster: "ibu, ada sebutir pasir masuk ke dalam tubuhku..sungguh menyakitkan..tolonglah aku aku ibu".

jawab si ibu.."maafkan ibu nak,ibu tidak dapat bantu kamu..lakukanlah sesuatu yang boleh menghilangkan rasa sakitmu nak"

si anak terus menangis kesakitan..tanpa disedari airmatanya membaluti butir pasir..setiap hari si anak terus menangis dan makin banyak dan tebal airmatanya yg membaluti butir pasir itu sehingga rasa sakitnya hilang..

Oyster yang tidak pernah dimasuki butir pasir akan diasingkan dan ditimbang kilo dijual dipasar dengan harga murah untuk dijadikn makanan

Tetapi Oyster yang dimasuki butir pasir..dijual sebiji-sebiji dengan harga mencapai puluhan malah ratusan ribu dollar kerana butir pasir yang dibaluti airmata itu telah bertukar
menjadi MUTIARA yg sangat Indah dan Bernilai.

Bagi mereka yang merasakan susah,sakit, kecewa, penat dan lelah dalam perjuangan..anda seperti Oyster yg dimasukki butir pasir yg akhirnya bertukar menjadi MUTIARA yang mahal..
kejayaan pasti milik anda..

Tapi bagi yg tidak mahu merasakan kesakitan dan lelah dalam perjuangan.. anda sama seperti Oyster yang dijual timbang kilo di pasar..murah harganya.
-----------------------------------

Saturday, October 5, 2013

Fahami Apa Itu CCRIS

Dr. Wan Shah Razali wrote

CCRIS kita tidak menunjukkan kita ada banyak duit. Tapi itu menunjukkan senarai hutang-hutang kita. Jangan salah faham. Itu belum lagi tersenarai bad debt dalam CCRIS kita. Kalau ada lagilah parah.

Ada banyak rumah juga bukan bermaksud kita ada banyak duit. Ia menonjolkan bagaimana kemampuan kita menguruskan hutang yang baik untuk mencapai kebebasan kewangan. -DSR-

Thursday, October 3, 2013

2 akaun bank terpaksa dibekukan,hampir terpedaya semalam dengan "Hutang Unifi" rm3800 dan kes dibawak ke "Bank Negara" untuk tindakan undang-undang.

2 akaun bank terpaksa dibekukan,hampir terpedaya semalam dengan "Hutang Unifi" rm3800 dan kes dibawak ke "Bank Negara" untuk tindakan undang-undang.
Semalam dapat panggilan telefon "+1300881222" kata ada tertunggak unifi selama 3bulan,uitttss!!bila masa register unifi..call balik no tadi dan "pegawai" tu bacakan maklumat detail Nama Penuh,Nombor IC dan No.tel Telekom yang register untuk unifi,dia dengan niat nak "membantu" sarankan aku telefon "Bank Negara" untuk siasatan lanjut.
03-27885046/03-27885038 - Nombor bank negara dia bagi,sebijik sama sistem layan diri Bank Negara sediakan,aku pun pilih nak cakap dengan pegawai..pegawai tu pun mulakan siasatan minta detail aku,cuma kad bank yang 3 digit tu memang tak akan bagi,belajar dari pengalaman..maybank dah pesan jangan bagi sape2.
Pegawai tu siap tanya ada berapa akaun bank? ada berapa kat dalam tu? pelik jer soalan ni!tak pe la mungkin dia nak bantu..so bagitahu jelah,dia cakap akan telefon lagi sejam,kes akan dihantar ke mahkamah,dalam masa 3 hari tak dibenarkan buat transaksi dan jangan bagitahu sape2 dalam masa siasatan.
Sementara tunggu sejam tu,aku cuba call TM dan Bank Negara,tapi respon tak baik sebab hari minggu..Bank Negara tak operasi hari AHAD!mula ragu,biar betul diorang ni..pakej unifi paling mahal pun baru berapa?tak kan sampai rm3800 untuk 3 bulan?aku cuba call balik no. tadi dan menyamar seolah orang salah nombor..tiba2 dengar suara gaya indon,dan kurang sopan cara cakap!!SAH!PENIPU!JAHANAM!~
Aku pun cuba google no telepon tadi HASILNYA:
1- http://www.nst.com.my/mobile/nation/...ifles-1.349625
2- http://vsdaily.com/beware-macau-scam/
3- http://diabuatdah.blogspot.com/2013/...acau-scam.html
4- http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...i&pg=bt_23.htm
5- http://amkns.blogspot.com/2010/01/na...a-kad-atm.html
6- http://whocallsme.com/Phone-Number.aspx/0326988044
7- http://www.ohtidak.com/oh-hati-hati-...ari-nombor-tm/
8- http://azwandengkil.com/sindiket-penipuan-masih-aktif
Ya Allah rupanya sudah ramai yang tertipu dengan sindiket haram ni,terus call maybank dan cimb untuk bekukan akaun.Syukur,diberi petunjuk sebelum terkena.
Pesan saya untuk semua,hati-hati dengan nombor ni - +1300881222 ( hampir sama dengan nombor unifi,cuma ada tanda "+",nombor sebenar unifi tak ada simbol "+")
03-27885046/03-27885038 - Bank Negara PENIPU!!
p/s: harap tak ada yang jadi mangsa lagi.
My friend baru jer dapat call... similar mo
Saya forward je utk faedah kita bersama.

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan - Personaliti

Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan - Personaliti

1.    Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2.   Jangan ada perasaan negatif   pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8.   Lupakan kisah yang lama.   Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9.   Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11.   Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14.   Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17.   Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20.   Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka Kehidupan
22.   Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23.   Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25.   Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28.   Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29.   Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30.   Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas,

kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.

#Copy,edit&paste

Wednesday, October 2, 2013

Soalan-soalan Sebelum Menceburi Perniagaan

Soalan - soalan yang perlu anda tanya kepada diri sendiri sebelum anda memulakan perniagaan. Sekadar ulangan. Saya pasti anda semua sudah bertanyakan soalan-soalan ini memulakan perniagaan anda kan? ::

1. Apakah perniagaan yang anda ceburi?

2. Apakah bidang perniagaan yang sepatutnya anda ceburi?

3. Siapakah pesaing anda?

4. Siapakah pelanggan anda?

5. Apakah fokus kecemerlangan anda?

6. Apakah halangan terbesar anda untuk menjalankan perniagaan yang anda ceburi atau bakal ceburi?

7. Adakah perniagaan yang anda jalankan ini dapat membantu meningkatkan kualiti diri dan juga kerjaya anda?
-------------------------------------------------------------


IKLAN TAJAAN


Click Image for FREE Registration 

:: 6 Steps Financial Planning progress ::



:: 6 Steps Financial Planning progress ::

1. Tetapkan matlamat kewangan kita

2. Buat planning dan juga strategies untuk mencapai matlamat kita.

3. Implementkan plan dan strategy kita

4. Kawal selia progress kita. Jangan sampai terpesong.

5. Sentiasa menggunakan personal financial statement untuk menilai perbelanjaan bulanan.

6. Sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang perubahan. Sediakan Plan B.

- DSR -


-----------------------------------------------------------

IKLAN TAJAAN


Click Image for FREE Registration 

Tuesday, October 1, 2013

Melayu Mesti Kumpul Harta





Orang Melayu mesti kumpul harta. Orang Melayu yang merangkumi 51% penduduk di negara ini masih terpinggir sama ada di bandar atau luar bandar.

Melayu ketinggalan dari pendapatan, pemilikan hartanah, ekuiti, professional (<20 96="" bidang="" br="" dari="" hanya="" kecil.="" menyaksikan="" mereka="" peniaga="" perniagaan="" selain="" yang="">
Pemikiran Melayu tidak perlu mengumpul hartan perlu dibetulkan kerana mengikut Islam, itu adalah ibadah dan jihad.

Lakukan jihad ekonomi kerana ketinggalan pelbagai aspek.