|
|
|
|
OYSTER yang dijual kilo di pasar dan OYSTER MUTIARA.
Anak dan ibu Oyster berjalan mencari makan di dalam lautan..kerang kulitnya terbuka dan tertutup berterusan..suatu hari..kata anak oyster: "ibu, ada sebutir pasir masuk ke dalam tubuhku..sungguh menyakitkan..tolonglah aku aku ibu".
jawab si ibu.."maafkan ibu nak,ibu tidak dapat bantu kamu..lakukanlah sesuatu yang boleh menghilangkan rasa sakitmu nak"
si anak terus menangis kesakitan..tanpa disedari airmatanya membaluti butir pasir..setiap hari si anak terus menangis dan makin banyak dan tebal airmatanya yg membaluti butir pasir itu sehingga rasa sakitnya hilang..
Oyster yang tidak pernah dimasuki butir pasir akan diasingkan dan ditimbang kilo dijual dipasar dengan harga murah untuk dijadikn makanan
Tetapi Oyster yang dimasuki butir pasir..dijual sebiji-sebiji dengan harga mencapai puluhan malah ratusan ribu dollar kerana butir pasir yang dibaluti airmata itu telah bertukar
menjadi MUTIARA yg sangat Indah dan Bernilai.
Bagi mereka yang merasakan susah,sakit, kecewa, penat dan lelah dalam perjuangan..anda seperti Oyster yg dimasukki butir pasir yg akhirnya bertukar menjadi MUTIARA yang mahal..
kejayaan pasti milik anda..
Tapi bagi yg tidak mahu merasakan kesakitan dan lelah dalam perjuangan.. anda sama seperti Oyster yang dijual timbang kilo di pasar..murah harganya.
-----------------------------------
Dr. Wan Shah Razali wrote
CCRIS kita tidak menunjukkan kita ada banyak duit. Tapi itu menunjukkan senarai hutang-hutang kita. Jangan salah faham. Itu belum lagi tersenarai bad debt dalam CCRIS kita. Kalau ada lagilah parah.
Ada banyak rumah juga bukan bermaksud kita ada banyak duit. Ia menonjolkan bagaimana kemampuan kita menguruskan hutang yang baik untuk mencapai kebebasan kewangan. -DSR-
Bagaimana Untuk Memperbaiki Kehidupan - Personaliti
1. Jangan membandingkan kehidupan anda dengan orang lain. Anda tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka yang sebenarnya.
2. Jangan ada perasaan negatif pada perkara-perkara yang tidak dapat anda kawal. Tanamkan semangat positif di dalam kehidupan anda hari ini
3. Jangan berlebihan, tetapkan had
4. Jangan terlalu serius, tiada siapa yang serius
5. Jangan bazirkan tenaga dengan ber’gossip’
6. Bermimpilah ketika anda berjaga
7. Mengagumi cuma membuang masa. Anda sudah ada apa yang anda perlukan
8. Lupakan kisah yang lama. Jangan ingatkan pasangan anda tentang kesilapan beliau di masa lampau. Ia cuma akan merosakkan kebahagiaan anda sekarang
9. Hidup terlalu pendek untuk membuang masa membenci sesiapa. Jadi jangan membenci sesiapa
10. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak merosakkan hari ini
11. Tiada siapa yang dapat mengawal kebahagiaan anda kecuali anda sendiri
12. Sedarlah bahawa kehidupan ini adalah umpama sekolah dan anda berada di sini untuk belajar. Masalah yang muncul seumpama ko kurikulum dan akan menghilang seperti kelas algebra tetapi akan menjadi pembelajaran yang anda akan ingat sepanjang hayat
13. Lebihkan senyum dan ketawa
14. Anda tidak perlu menang dalam pertelingkahan. Setuju untuk bersetuju Komuniti
15. Kerap menelefon ahli keluarga
16. Setiap hari berikan sesuatu yang terbaik untuk orang lain
17. Maafkan semua orang untuk segala galanya
18. Luangkan lebih banyak masa dengan seseorang yang berusia 70 tahun ke atas dan bawah 6 tahun
19. Cuba buatkan sekurang kurangnya 3 orang tersenyum setiap hari
20. Apa yang orang lain fikir tentang anda bukan masalah anda
21. Pekerjaan anda tidak akan menjaga anda apabila anda sakit. Tapi keluarga dan kawan-kawan yang akan menjaga anda. Jadi sentiasa berhubung dengan mereka Kehidupan
22. Letakkan Allah dalam apa jua yang anda fikir, cakap dan akan lakukan
23. Allah akan mengubati segala galanya
24. Buat perkara yang betul
25. Bagaimana buruk atau baiknya sesuatu situasi itu, ia pasti akan berubah
26. Walau bagaimana anda rasa, anda masih perlu bangun, siapkan diri dan bersedia
27. Yang terbaik masih belum tiba, tetapi akan tiba
28. Hapuskan perkara-perkara yang tidak berguna, tidak cantik dan tidak menggembirakan
29. Bila anda terjaga di pagi hari, berterima kasihlah kepada Allah
30. Kalau anda dekat dengan Allah, anda akan sentiasa gembira. Jadi, gembiralah Sambil sambil anda mempraktikkan semua perkara di atas,
kongsikan pengetahuan ini dengan orang-orang yang anda sayang, orang-orang yang anda pernah bersekolah bersama, orang-orang yang anda luangkan masa bersama, orang-orang yang anda bekerja bersama dan orang-orang yang tinggal bersama anda.Ianya bukan sahaja dapat memperbaiki kehidupan anda, juga orang-orang di sekeliling anda.
#Copy,edit&paste