Tuesday, November 18, 2014

TIPS TARIK REZEKI

Tips untuk tarik rezeki yang boleh dijadikan amalan bersama:

1) Solat berjemaah
“Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang. Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum.” Sumber:http://www.rakanmasjid.com/
Tak semestinya kena pergi masjid atau surau. Kat rumah pun boleh berjemaah suami isteri bersama ahli keluarga. Tapi… “semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.” Sumber:http://www.rakanmasjid.com/InsyaAllah jika dijadikan amalan murah rezeki sebab tak lupa Dia.
2) Solat Dhuha
Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.
Nak tahu kelebihan solat Dhuha dan bagaimana mengerjakannya boleh rujuk—–>Solat Sunat Dhuha
InsyaAllah jika dijadikan amalan murah rezeki.3) Tadabbur al Qur’an
Makna tadabbur Al-Qur’an adalah berfikir dan memperhatikan ayat-ayat Al-Qur’an untuk memahaminya, mengetahui makna-maknanya, hikmah-hikmahnya, dan maksudnya.
Nak lebih faham sila baca kat sini——>10 Kunci Tadabbur Al-QuranInsyaAllah jika dijadikan amalan murah rezeki
4) Sedeqah
Ataupun sedekah la kita panggil… Amalan yang baik dan mulia. Bak kata pepatah tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.
Boleh baca kisah menarik mengenai sedekah kat sini—–>Hanya Kerana Sedekah Sekupang
5) Jaga muamalah
Secara bahasa kata muamalah adalah masdar dari kata ‘AMALA-YU’AMILU-MU’AMALATAN yang bererti saling bertindak, saling berbuat dan saling beramal. Sumber:http://islamwiki.blogspot.com/
Seseorang itu dianggap tidak berhutang selagi mana tiada bukti yang menunjukkan bahawa dia telah berhutang. Maksudnya jika seseorang dengan tiba-tiba mendakwa bahawa si Pulan telah berhutang, kemudian diminta kepadanya, berikanlah bukti bahawa si Pulan itu telah berhutang. Kemudian jika dia tidak dapat memberikan bukti tersebut maka si Pulan itu dianggap tidak berhutang. Sumber: http://halaqah.net/6) Perbanyakkan zikir
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Entry di blog lain mengenai zikir:
—–>Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu RezekiInsyaAllah jika dijadikan amalan murah rezeki
7) Bersilaturahim
Untuk tahu kelebihan baca kat sini:
—–>Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah RezekiInsyaAllah jika dijadikan amalan murah rezeki.
*******************************
Point utama dapat daripada pages Ustaz ke Ustazah tapi huraian dia aku yang google sendiri untuk panduan diri dan bersama… Segala tips ini kalau dijadikan amalan InsyaAllah tak susah hidup. Cuma perlu faham rezeki tu tak semestinya harta kekayaan. Kesihatan, anak yang soleh dan solehah, keluarga bahagia dan banyak lagi pun rezeki jugakan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 #RICHFX
nak tahu apa kelebihan dari Team RICHFX??
1) FREE SETUP LANDING PAGE
2) FREE AUTO RESPONDER UNTUK KUMPUL DATABASE PROSPEK
3) FREE SUPPORT SIGNAL FOREX GROUP
4) FREE E-BOOK FOREX
5) FREE COACHING AND SUPPORT
6) FREE PROFITABLE INDICATOR
ini antara jaminan dari saya dan group jika sudi bersama-sama saya untuk menjana INCOME & DAILY SAVING bersama team kami!
# www.excellent-investor.com #




8 LANGKAH MENGURUSKAN KEWANGAN DENGAN BIJAK DAN SISTEMATIK

 Kalau kita tidak merancang, maka kita merancang untuk gagal.
Kemahiran menguruskan wang, sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak memperoleh gaji / pendapatan sendiri sehinggalah kita meninggal dunia kelak.
Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.
1. Mempunyai Matlamat Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya. Kerana itulah Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan kita mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.
2. Mempunyai Sumber Pendapatan yang Mencukupi
Dalam surah Yusuf, ayat 47 menyebut kepentingan menanam selama 7 tahun dengan bersungguh-sungguh.
Ya, dengan bersungguh-sungguh.
Dalam erti kata lain, sama ada kita makan gaji atau bekerja sendiri kita perlu benar-benar berjaya (termasuklah memperoleh gaji tinggi) dalam bidang kita. 7 tahun zaman senang itu tadi adalah untuk menghadapi 7 tahun zaman susah.
Jika kita tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi maka kita tidak dapat menyimpan seterusnya mengumpul aset-aset kekayaan. Apakah mempunyai hanya satu sumber pendapatan telah mencukupi? Bagaimana kita dapat menambah pendapatan sampingan?
3. Simpan Sebelum Belanja
Ayat 47, surah Yusuf juga menyebut dengan jelas hasil-hasil tanaman itu tadi disimpan dalam bentuk tangkai, selepas menyimpan barulah selebihnya kita belanjakan untuk hidup. Kita perlu menangguhkan kepuasan terlebih dahulu.
Sekiranya kita membelanjakan semua pendapatan kita terlebih dahulu dan jika ada lebih baru kita mahu simpan, maka itulah langkah paling berkesan untuk mencipta masalah kewangan yang kronik.
Gaji – simpanan = belanja.
Mudah.
4. Berbelanja dengan Bijak
Kita perlu mengenal pasti keutamaan perbelanjaan kita. Setelah kita menyelesaikan keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan, kesihatan maka kita perlu pastikan kita mengumpul aset-aset terlebih dahulu. Dalam hal ini, penyata kewangan (financial statement) memainkan peranan penting untuk kita menguruskan kewangan. Angka-angka dalam penyata kewangan dapat memberi petunjuk kepada kita sama ada pembelian ‘harta’ kita adalah bersifat aset atau punliabiliti.
Penyata kewangan juga dapat menentukan sama ada kita patut menumpukan membaiki aliran tunai atau dapat fokus menambah aset-aset untuk tujuan capital gain.
5. Menguruskan Risiko Kewangan
Risiko adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Apa yang kita dapat buat adalah menguruskan risiko tersebut dengan efektif. Bagi kebanyakan orang, cara paling mudah menguruskan risiko kewangan adalah dengan membeli produk-produk takaful.
Dan untuk menjadi seorang yang betul-betul berjaya dalam pengurusan kewangannya, ilmu adalah sangat penting kerana produk takaful tidak mampu menguruskan semua risiko kewangan kita. Adakah ada produk takaful yang dapat melindungi kita dari inflasi, kejatuhan harga saham atau kemerosotan bisnes?
6. Membayar Zakat (… dan cukai!)
Zakat dan sedekah merupakan proses 3+1. Dengan banyak memberi, kita dapat menyucikan harta, melindungi harta dan mengembangkan harta sekaligus. Harta-harta yang kita beri ini sama sekali tidak berkurangan, malah semakin bertambah dengan cara yang Allah sahaja yang tahu.
Manakala cukai pula, suka atau tidak kita pasti membayarnya! Duit itulah yang membolehkan kerajaan memberikan kita jalan, sekolah, longkang, hospital dan keperluan lainnya … untuk rakyat.
7. Membuat Pelaburan yang Bijak
Simpanan yang kita telah buat itu adalah untuk dijadikan modal pelaburan. Tujuan pelaburan kita adalah untuk kegunaan menunaikan haji, tabung persaraan, tabung pendidikan anak-anak, tabung percutian dan apa-apa sahaja matlamat kewangan kita.
Kita perlu tahu menyusun strategi pelaburan dengan bijak. Sama seperti permainan bola sepak, ada strategi menyerang seperti 4-3-3, ada strategi bertahan sepeti 5-4-1 mahupun false-nine (4-6-0) berdasarkan kelas aset tertentu.
8. Membahagikan Harta
Setelah kita berjaya mengumpul harta, jangan lupa menyediakan exit strategy ini kerana kita semua pasti mati. Selain faraid, kita ada instrumen-instrumen tertentu seperti wasiat, hibah, wakaf yang dapat menentukan ke mana harta kita selepas mati.
Pembahagian harta ini adalah sangat penting. Harta untuk anak angkat, anak luar nikah, anak susuan, tidak mempunyai anak lelaki misalnya antara isu pembahagian yang mesti diselesaikan sebelum mati. Jangan sampai harta kita beku sebab kelalaian kita dalam urusan ini.
Urus duit & hutang dengan bijak dari sekarang, 
#C&P: panduancashflow.com 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perkhidmatan Sewa Kereta Murah Pandu Sendiri Kuala Lumpur!!


"KEPAKARAN kami di Kereta Sewa Murah Lembah Klang adalah menolong dan membantu orang yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa murah di area LEMBAH KLANG

Orang luar lembah klang yang ingin datang melawat@makan angin di area lembah juga menggunakan perkhidmatan kami jika mereka datang dengan menggunakan kapal terbang, bas or train.

 Kami juga TELAH MEMBANTU ramai customer dimana kereta mereka ROSAK @ BREAKDOWN dan perlukan kereta untuk bergerak samada ke tempat kerja atau balik kampung. 

Sememangnya kami adalah penyedia perkhidmatan sewa kereta yang HEBAT & DISEGANI oleh customer dan juga persaing di KL. Perkhidmatan yang kami tawarkan sememangnya terbukti antara yang TERBAIK dan TERMURAH!!

HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK MENDAPATKAN HARGA SPECIAL!! 

Contact kami SEGERA ! call/sms/whasapp/wechat/kakaotalk to 0126656874



Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri di area UTM Semarak, Student UTM Semarak, Wangsa Maju, Setapak
, taman Melati, Melawati, gombak ,Lembah Klang etc. 

Perodua 
Viva Elite (Auto)
1 days = RM 100
Weekly RM570
One Month =RM1500 nego

Kami menyediakan kereta sewa murah dan berpatutan untuk kereta sewa di Kuala Lumpur. Kami juga menyediakan kereta-kereta lain seperti:

Myvi (Auto)
1 days = RM 130
Weekly RM710
One Month =RM1900 nego

Proton
Saga FLX (1.3) Auto
1 days = RM 120
Weekly RM630
One Month =RM1700 nego

Persona  Auto
1 days = RM 170
Weekly RM980
One Month =RM2500 nego

Preve (1.6) Auto
1 days = RM 180
Weekly RM990
One Month =RM2500 nego

Exora (MPV)
1 days = RM 250
Weekly RM1750
One Month =RM3200 nego


Harga Baru Untuk Perkhidmatan Kereta Sewa Kuala Lumpur




Kereta-kerata  lain boleh tanya kami available or not!! 


Dokumen:
1. Salinan ic
2. Salinan lesen/kad pelajar untukpelajar IPT
3. Salinan bil air/elektrik rumah
4. Booking fee RM150 + Harga sewa (deposit dipulangkan masa pemulangan kereta)

Untuk booking dan pertanyaan lanjut:
Muzri : 0126656874 sms/whatsapp or call

p/s: pihak kami berhak menukar kadar cas mengikut kadar semasa. Sila contact kami untuk info lanjut. terima kasih 


Wednesday, November 12, 2014

PERKONGSIAN MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI


Assalamualaikum...
Selamat pagi semua
Perkongsian ini saya copaste dr seorg kawan saya. Just for sharing utk kita amal bersama-sama.
Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH
Penceramah seminar ini adalah Pn.Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.
Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH..Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.
Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.
Formula yang saya dapat:
1.Networking pertama adalah DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa.
2.Tahajjud.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni.
Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
3.Membaca Al-Quran.
Apa yang di cerita, bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu..sebaliknya, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
4. Berzikir..
Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
5.Solat Berjemaah.
Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
6. Bersilaturrahim..
Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.
7.Bersedekah.
Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh pn.areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi..Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.
Contoh yang dia beri semalam..
Jika inginkan pendapatan bulan ini RM50000..10% daripada RM50000 yang kita inginkan..RM5000 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.
Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.
Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.
Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation..kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH
8.Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.
Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang, agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??
Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..
9.Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
10.Tawakal dan Usaha.
Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi pn.rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.
4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur
Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab perintah Allah. Dan dikatakan bnyk penyakit bermula dari kaki.
BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.
BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH
Masa balik..beliau berlari ke arah saya dan kawan supaya membeli buku kitab selawat barakat makiyyah yang dijual oleh pihak penganjur. Beliau berpesan jika diamalkan..RESULT dia memang AMAZING.
Semoga perkongsian saya ini mendapat manfaat untuk semua.
------------------------------
#RICHFX
nak tahu apa kelebihan dari Team RICHFX??
1) FREE SETUP LANDING PAGE
2) FREE AUTO RESPONDER UNTUK KUMPUL DATABASE PROSPEK
3) FREE SUPPORT SIGNAL FOREX GROUP
4) FREE E-BOOK FOREX
5) FREE COACHING AND SUPPORT
6) FREE PROFITABLE INDICATOR
ini antara jaminan dari saya dan group jika sudi bersama-sama saya untuk menjana INCOME & DAILY SAVING bersama team kami!
# www.excellent-investor.com #



Saturday, November 8, 2014

5 DISIPLIN USAHAWAN SEJATI !


Di sini saya nak share beberapa tip daripada mentor jutawan yang saya kenali dalam sepanjang bersama dengan mereka. Antara intipati kejayaan mereka ini saya ringkaskan kepada 5 perkara yang tiada di ajar di mana-mana fakulti perniagaan universiti konvensional. Inilah yang dikatakan sebagai "keberkatan" yang perlu difahami oleh semua saudagar Islam hari ini.

1. Istilah panggilan kejayaan di dalam azan iaitu hayya alas solah perlu difahami dengan sepenuhnya. Ibadah solat perlu dijaga dengan baik. Jika suruhan ALLAH ditunaikan maka tidak jadi masalah untuk menunaikan hak pelanggan. Bila hak pelanggan telah dijamin inshaALLAH bisnes perniagaan kita akan diberkati dan dirahmatiNya.

2. Bangun awal dan bekerja bersungguh-sungguh. Itu tandanya menghargai masa dan tidak membazirkan keupayaan diri di masa muda maupun tua. Ada yang jenis bangun lambat maka rezekinya pun lambat dan kalau boleh bangun awal untuk uruskan perjalanan hidup seharian lebih sempurna.

3. Istiqomah dan fokus pada matlamat hidup dari segi short, mid & long term strategy. Huraian ringkas short term (lean startup) , mid term (expanding business) dan long term (Akhirat). Bila matlamat jelas maka ia akan lebih cekap, efisien dan tak banyak songeh dengan perkara yang tidak penting.

4. Mujahadatun Nafs (self-control) yang tinggi. Apabila mampu untuk menguasai diri minda maupun hati maka insan itulah yang paling kuat dan tidak mampu diganggu gugat oleh gangguan luaran dan dalaman. Usahawan yang mempunyai daya kawalan tinggi sebegini seumpama saudagar jutawan Abd Rahman Bin Auf yang tidak mengikut hawa nafsu Qarun sebaliknya menyumbang bakti sedeqah tanpa batasan sepanjang awal kebangkitan Islam. Salah seorang mentor saya ada highlight tentang "menangguhkan kepuasan" dan inilah self-control method yang boleh dipraktiskan.

5. Bersyukur setiap saat. Ini kerana setiap saat adalah anugerah yang tidak ternilai dan tak mampu dibayar dengan berbillion wang ringgit sekalipun. 1 saat mata kita terbuka dan melihat alam mampukah dibayar dengan duit ? 1 saat telinga kita mendengar bunyi mampukah dibayar dengan duit ? 1 saat tangan kita merasainya dunia mampukah kita membayarnya dengan duit ?

Kata kuncinya adalah BERSYUKUR. Kerana dengan syukur itulah ALLAH akan gandakan kurniaanNya.

Mudah bukan ?

ALHAMDULILLAH

by Fahmy Adam 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perkhidmatan Sewa Kereta Murah Pandu Sendiri Kuala Lumpur!!



Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri di area UTM Semarak, Student UTM Semarak, Wangsa Maju, Setapak
, taman Melati, Melawati, gombak ,Lembah Klang etc. 

Perodua 

Viva Elite (Auto)
1 days = RM 100
Weekly RM570
One Month =RM1500 nego

Kami menyediakan kereta sewa murah dan berpatutan untuk kereta sewa di Kuala Lumpur. Kami juga menyediakan kereta-kereta lain seperti:

Myvi (Auto)
1 days = RM 130
Weekly RM710
One Month =RM1900 nego

Proton
Saga FLX (1.3) Auto
1 days = RM 120
Weekly RM630
One Month =RM1700 nego

Persona / Preve (1.6) Auto
1 days = RM 170
Weekly RM980
One Month =RM2500 nego

Exora (MPV)
1 days = RM 300
Weekly RM1750
One Month =RM3200 nego



Kereta-kereta  lain boleh tanya kami available or not!! 



Dokumen:
1. Salinan ic
2. Salinan lesen/kad pelajar untukpelajar IPT
3. Salinan bil air/elektrik rumah
4. Booking fee RM100 + Harga sewa (deposit dipulangkan masa pemulangan kereta)

Untuk booking dan pertanyaan lanjut:
Muzri : 0126656874 sms/whatsapp or call

p/s: pihak kami berhak menukar kadar cas mengikut kadar semasa. Sila contact kami untuk info lanjut. terima kasih 

Thursday, November 6, 2014

Fx: MINI PREVIEW FxUnited (Money Revolution Program)

MINI PREVIEW FxUnited (Money Revolution Program) oleh JutaONE Group setiap Khamis (9 mlm - 10 mlm)
===========================
Preview ini adalah PERCUMA dan eksklusif untuk anda yang ingin memahirkan diri dalam bidang FOREX bersama Fx United.
Tempat : Jutaonefx Club Centre
No 74a, Jln Badminton 13/29,
Sek 13, Shah Alam,
40100, Selangor
Tel : 0126656874 (HOTLINE)
Regard,
~ MuzFx
012-6656874
www.excellent-investor.com


Tuesday, October 28, 2014

[Tip rezeki] 5 Rahsia buat rezeki suka melekat.

Jika hari ini kita mempunyai peluang
untuk mengubah hidup menjadi lebih baik,
apakah aspek kehidupan yang mahu kita
ubah?

Dr. Azizan Osman beritahu ada 5 perkara
yang mesti kita ubah dan perbaiki
setiap masa.

5 perkara itu adalah:

===
1) KEBAHAGIAAN.
===

Hidup ini adalah untuk memperoleh
ketenangan.

Kita mahu jadi air yang tenang.

Bukan air yang berkocak-kocak.

Setiap hari, hidup kita ada drama.

Kita boleh pilih drama hidup sendiri.


Mahu yang bahagia atau yang derita.

===
2) KESIHATAN.
===

Sihat sebelum sakit.

Kesihatan adalah aset utama dalam diri.

Malah menurut Dr. Azizan, bahagian dalam
badan kita yang paling penting untuk kita
jaga adalah hati.

Berhati-hati menguruskan hati.

Apabila hati hitam, kita sudah mati
walaupun hidup.

Apabila hati jernih, semua yang berlaku
kita berlapang dada dan sentiasa berfikir
positif.

===
3) KEWANGAN.
===

Antara bahagian yang paling penting
dalam kehidupan manusia.

Pernah dengar istilah duit melekat?

Dr. Azizan menjelaskan bahawa sindrom
duit melekat ini hanya berlaku kepada
golongan manusia yang tidak mempunyai
masalah kebocoran kewangan.

Beliau juga berkata,

"Apa yang kita tahu, menentukan tahap
kewangan kita."

Untuk berjaya dalam aspek kewangan,
sentiasa pergi menuntut ilmu berkaitan
duit.

Tanpa ilmu, kita akan terus kekal
pada tahap satu.

===
4) KEJAYAAN.
===

Semua manusia yang mencipta kejayaan
luar biasa mempunyai impian.

Impian itu, mereka jayakan
bersungguh-sungguh.

Jika kita juga mempunyai impian,
teruskan berjuang. Buat sampai dapat.

Walaupun lelah dan penat.

Apabila peroleh hasilnya, semua penat
lelah dan tenat itu kita lupa.

"Setiap kejayaan, bermula dengan
pengorbanan." - Dr. Azizan Osman.

===
5) KEBERKATAN.
===

Bagi individu beragama Islam, apa
sahaja yang kita buat hari ini, kita
mengharapkan keberkatan daripada
Allah S.W.T.

Tanpa keberkatan, semua usaha kita
adalah sia-sia.

Cara paling senang memperoleh keberkatan
dalam setiap perkara yang kita buat
adalah:

"BERSYUKUR."


# Aqif Azizan 

-------------------------------------------------------
PERHATIAN: Kepada anda yang tercari-cari ????? "Teknik Para JUTAWAN Kaut Keuntungan Berlipat Kali Ganda PELABURAN dalam masa Singkat!" klik http://bit.ly/ZsJIDD skarang jika nak tahu!!


Monday, October 27, 2014

FX : ROAD TOUR & GRAND PREVIEW FX UNITED DI KUANTAN!!

Sambutan yang amat memberansangkan dari orang Kuantan!
Makin lama broker FX United makin dikenali dengan platform yang betul & real trade.
Kini dengan  robot CGAT trading forex makin mudah & senang tanpa modal hangus!! Profit guaranteed!!

Saturday, October 18, 2014

Pendapatan RM3,600 dikira miskin di Malaysia

Ini ulasan dari bekas menteri kewangan Malaysia.. hakikat yang perlu diterima oleh kita semua walaupun pahit...

SHAH ALAM -  Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menyeru agar rakyat Malaysia terutamanya Melayu/Bumiputera mengubah sikap supaya menjadi masyarakat yang lebih berjaya, bagi mengelak mereka daripada menjadi pengemis di negara sendiri.

Ku Li berkata, perubahan itu perlu dilakukan kerana standard dunia telah berubah, dan sekiranya masyarakat kita masih lena dibuai mimpi tidak mustahil kita senasib dengan masyarakat ‘Red Indian’ di Amerika Syarikat.

“Saya sebut dalam masalah yang dihadapi oleh orang kita, orang Melayu/Bumiputera adalah sikap kita… jadi selagi kita tidak ubah sikap selama inilah kita akan ketinggalan. Saya ingatkan orang kita supaya ubah sikap, letakkan nilai yang patut supaya kita tidak jadi pengemis di negara sendiri.

“Ingat nasib ‘Red Indian’… keadaan kini sudah berubah,  nilai ringgit sudah jatuh dan World Bank telah tetapkan ukuran yang baru kepada kita untuk tentukan kita sudah atasi kadar kemiskinan.

“Dikhabarkan sekarang untuk Malaysia, mereka yang berpendapatan kurang RM3,600 adalah golongan miskin,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Forum Transformasi Barah Ali Baba di Bumi Merdeka anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEN) di Institusi Antarabangsa Tamadun dan Pemikiran Islam, semalam.

Justeru, Ku Li mengingatkan masyarakat kita supaya berpijak di bumi yang nyata, dan jangan bersikap seperti orang kaya.

“Kita berlagak,  tapi poket kita kosong, nilai ringgit sudah mengecil, inflasi kos hidup atasi kemampuan sikap tetapi  kita tetap tidak berubah… tetap  boros berbelanja,” katanya.
---------------------------
PERHATIAN: Kepada anda yang tercari-cari ????? "Teknik Para JUTAWAN Kaut Keuntungan Berlipat Kali Ganda PELABURAN dalam masa Singkat!" klik http://bit.ly/ZsJIDD skarang jika nak tahu!!