Tuesday, March 3, 2015

APPOINTED DISTRIBUTOR UNTUK KL & SELANGOR.

Alhamdulillah... 

SM BERSATU appointed sebagai distributor untuk product terus dari kilang di KOREA. 

Our products:-

 √ KITCHEN COUNTER 
√ TOP I-SHAPE & L-SHAPE 
√ TABLE TOP 
√ KITCHEN SINK BOWL 
√ ISLAND TOP 
√ CEILING BOARD 
√ DOOR SEAL 

>>HARGA ADALAH YANG TERMURAH DI PASARAN 
>>  KUALITI SETANDING DENGAN IKEA 

KAMI ADALAH DISTRIBUTOR UNTUK  KL & SELANGOR. 

DEALER YANG BERMINAT JUGA BOLEH HUBUNGI KAMI >> 0126656874 @ 016239204.











Monday, March 2, 2015

APAKAH PERKARA YANG PATUT ANDA BERHENTI SEGERA!


1) Berhenti menghabiskan masa dengan orang-orang yang salah.
2) Berhenti lari dari masalah anda.
3) Berhenti menipu diri sendiri.
4) Berhenti meletakkan keperluan diri anda di belakang.
5) Berhenti cuba untuk menjadi seseorang yang anda tidak boleh jadi.
6) Berhenti bergantung pada masa lalu.
7) Berhenti menjadi takut untuk membuat kesilapan.
8) Berhenti menilai diri dengan kesilapan lalu.
9) Berhenti cuba untuk membeli kebahagiaan.
10) Berhenti melihat orang lain untuk kebahagiaan.
11) Berhenti jadikan diri anda terbiar.
12) Berhenti pemikiran anda yang selalu tidak bersedia.
13) Berhenti terlibat dalam hubungan untuk sebab-sebab yang salah.
14) Berhenti menolak hubungan baru hanya kerana yang lama berjalan dengan baik.
15) Berhenti cuba untuk bersaing dengan orang lain.
16) Berhenti cemburu dengan orang lain.
17) Berhenti mengadu tentang diri sendiri.
18) Berhenti berdendam.
19) Berhenti membiarkan orang lain membawa anda ke tahap mereka.
20) Berhenti membuang masa menerangkan diri anda kepada orang lain.
21) Berhenti melakukan sesuatu yang sama berulang-ulang kali tanpa rehat.
22) Berhenti melupakan kenangan detik-detik kecil.
23) Berhenti cuba untuk membuat perkara yang sempurna.
24) Berhenti mengikuti jalan yang kurang rintangan.
25) Berhenti bertindak seperti segala-galanya adalah baik tapi ianya tidak.
26) Berhenti menyalahkan orang lain dalam masalah anda.
27) Berhenti cuba untuk menjadi segala-galanya kepada semua orang.
28) Berhenti bimbang banyak sangat.
29) Berhenti memberi tumpuan kepada apa yang anda tidak mahu berlaku.
30) Berhenti yang tidak bersyukur.
Tiada sesiapapun boleh berundur kembali ke masa lepas dan memulakan kehidupan baru, tetapi kita boleh memulakannya hari ini dan membuat kesudahan yang baru dengan BERHENTI melakukan perkara diatas!

# Datuk Dr Maznah Hamid 
-------------------------------------------------------


27/2/2015 | JUMAAT

Sesi sharing program bimbingan secara PERSONAL & GROUP yang membimbing new traders untuk menjana daily INCOME & SAVING dalam lubuk FOREX!


Puan Atasha Azmil , seorang ibu muda yang cekal dan tabah dalam membesarkan puterinya. Kenangan lepas tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus KAYA & BERJAYA.


Lepas saya sharing tentang kelebihan bersama team,terus on the spot register dan subscribe pakej CGAT yang menyediakan profit 12~20% sebulan. Even dia sekarang fulltime housewife masih ada income sendiri. 


Tahniah kerana memilih team Richfx!!


"KOMITED INGIN MEMBIMBING ANDA"


>> www.excellent-investor.com 


Wednesday, February 25, 2015

Nota Bisnes Hari Rabu

Nota Bisnes Hari Rabu:

Pastikan kita betul-betul mengenalpasti 20% golongan pelanggan yang menyumbang kepada 80% pendapatan atau perolehan bisnes kita.

Golongan 20% ini mempunyai kelayakan tinggi untuk diberi lebih perhatian dan lebih sokongan.

Mereka layak mendapat layanan kelas pertama.

Sedar atau tidak,dalam banyak situasi kita sering terlepas pandang siapakah golongan 20% ini.

Malah,kita asyik memerah otak bagaimana mahu mengambil hati golongan 80% pelanggan yang hanya memberi 20% perolehan kepada kita.

Pareto Principle 20:80 ini diasaskan oleh seorang pemikir hebat Joseph J Muran.

----------------------------------------

Tuesday, February 24, 2015

TIPS FX: PERBEZAAN FOREX DAN SAHAM

Pelaburan FOREX adalah jauh lebih baik berbanding dengan SAHAM. Ini adalah berdasarkan faktor-faktor berikut:

√ Kos transaksi yang rendah.
√ Tiada komisyen dikenakan terhadap traders atau pedagang FOREX.
√ Transaksi jual beli yang sangat PANTAS!
√ Kecairan (Market Liquidity) yang sangat tinggi. Amat mudah untuk menunaikan keuntungan yang anda perolehi dengan klik satu butang mouse sahaja.
Leverage yang sangat tinggi dengan modal yang kecil. Secara umum, berniaga didalam pasaranFOREX membolehkan anda dengan modal yang kecil untuk berniaga 200 kali ganda amaun modal anda. Contoh, jika anda mempunyaiUSD1000, anda boleh berurusniaga dan membuat pembelian matawang USD50,000.00.
√ Tiada "INSIDER""ORANG DALAM" dan sindiket penipuan, berita palsu seperti yang kerap berlaku di dalam pasaran saham biasa. Pasaran saham secara biasa mudah terdedah kepada permainan sindiket tertentu yang cuba melonjakkan harga saham syarikat tertentu dan menjerat pelabur yang terpedaya dan membeli saham tersebut. √ Pasaran FOREX sukar dimanipulasi kerana jumlah daganganya terlalu besar untuk dimanipulasikan oleh sesiapa. Jika seseorang ingin memanipulasi pasaran FOREX ini, dia tentunya mestilah mempunyai sekurang-kurangnya USD10 trilion untuk membolehkanya menguasi pasaran FOREX. Setakat ini belum ada orang yang ada dimuka bumi sekaya itu? manusia terkaya di dunia iaitu Bill Gates pun hanya mempunyai USD56bilion, jauh lagi ke USD1 trilion!
√ Dagangan 24jam, 5 hari seminggu. Anda mempunyai kawalan pelaburan anda pada bila-bila masa. Tidak akan berlaku kes pasaran ditutup kerana tindakan terroris, bencana alam, perayaan atau cuti umum.
√ Pasaran 2 hala. Pasaran saham kebanyakkannya hanya satu hala, iaitu pelabur hanya untung jika harga naik dan terpaksa menanggung kerugian jika saham jatuh kerana tidak dibenarkan SHORT atau SELL.
Tidak dikawal oleh mana-mana Negara atau kawalan Pasaran Sentral
---------------------------------------

Sunday, February 8, 2015

Formula Pengurusan Wang

Formula Pengurusan Wang

1. 10% Simpan dan laburkan (Financial Freedom Account)

2. 10% Long Term Saving for Spending

3. 55% ⛽ Necessary

4. 10% Fun & Play

5. 10% Education Fund

6. 5% Charity Fund, Zakat & Sedekah

Boleh guna untuk individu/syarikat.
☝Fokus! Financial Freedom!
☝Discipline!
Set Matlamat Kewangan! & Matlamat Zakat!
6 bulan × simpanan sebelum memulakan apa2 pelaburan.
.... Utamakan  Aset, Aset, Aset baru Liabiliti.
Ilmu! Ilmu! Ilmu pelaburan yang betul.

"Kuasai Wang, Nikmati Kebebasan Kewangan"

Rezeki datang pada orang yang suka memberi. Jadi berikan info ini kepada kenalan anda.... seramai mungkin!

InsyaAllah! Dengan izinNya.


====================================

8/2/2018 | Sabtu 

Malam tadi luangkan masa personal coaching new trader cik Norlee Razali di Taman Melati


Teknik-teknik yang berkesan untuk permulaan sebagai trader.


Malam ni nak kena turun ke skudai lagi teman wife settlekan thesis master..


Jika sempat akan bertemu beberapa orang yang berminat untuk bersama buat daily INCOME&SAVING bersama FXU di sana..


‪#‎RICHFX‬ ‪#‎JUTAONE‬ ‪#‎FENOMENAFXUNITED‬


>> www.excellent-investor.com <<


>> www.muzri-network.com <<

Monday, January 26, 2015

DOA PAGI HARIAN

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ُ
بسم الله الرحمن الرحيم
شكرا الحمد اللهّ
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

  DOA PAGI HARIAN
    ����������

Disedekahkan Al Fatihah kpd ibu bapa, keluarga dan muslimin muslimat yg masih hidup maupun yang telah kembali ke rahmatullah.

بسم الله الرحمن الرحيم

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْـمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
آمِين

       اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
        وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
      أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْن
     وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah! Ampunilah segala dosa kesalahan kami dan kedua ibu bapa kami serta keluarga kami. Kasihanilah & sayangilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihani & menyayangi kami sewaktu  kecil lagi.
امين...

Ya Allah! Tetapkanlah hari ini sebagai hari pembuka pintu rezeki & keberkatan Mu dari seluruh penjuru langit & bumi bagi kami. Sesungguhnya kami memohon kepada Mu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya & petunjuknya. Dan kami memohon perlindungan Mu dari kejahatan yg ada didalamnya & kejahatan yg ada sesudahnya.
Bukakanlah pintu rezeki seluas-luasnya utk kami.
امين...

Ya Allah! Berikan kami kekuatan supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad SAW di zaman tidak ada Nabi & Rasul ini, supaya dpt kami bersyukur & menunaikan amanah Islam ini.
امين...

Ya Allah! Perlihatkanlah yg benar itu benar supaya dapat kami mengikutinya dan perlihatkanlah yg salah itu salah supaya dpt kami menjauhinya.
امين...

Ya Allah! Bersihkanlah hati kami, pemikiran kami dan kehidupan kami daripada segala jenis syirik, kufur, nifak & sifat2 yg keji. Tumbuhkan dihati kami sifat2 yg terpuji.
امين...

Ya Allah! Jadikan hati kami ini hati yang menyukai apa yg disukai oleh Engkau dan membenci apa yg dibenci oleh Engkau.
امين...

Ya Razaq! Ya Razaq!
Ya Allah! Rahmatilah kami, luaskanlah rezeki kami sekeluarga, permudahkan dan lancarkanlah semua urusan kami. Dan sihatkanlah tubuh badan kami agar dapat menjalankan tugas harian kami dgn baik.
امين...

Ya Allah! Jika rezeki kami berada di atas langit maka turunkanlah ia, jika berada d dlm laut maka keluarkanlah ia, jika jauh maka dekatkanlah ia, jika sukar maka mudahkanlah ia, jika haram maka sucikanlah, jika sedikit maka banyakkanlah ia dan limpahkanlah kpd kmi rezeki sepertimana rezeki yg telah engkau limpahkan kpd hamba2 mu yg soleh dgn kemuliaan, kemurahan & rahmat mu wahai Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang.
امين...

Ya Allah! Bukakanlah utk kmi pintu2 kebaikan, pintu2 keselamatan, pintu2 kesihatan, pintu2 nikmat, pintu2 keberkatan, pintu2 kekuatan, pintu2 cinta sejati, pintu2 kasihsayang, pintu2 rezeki, pintu2 ilmu, pintu2 keampunan & pintu2 syurga.
امين...

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ. وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

أَمِيْن أَمِيْن أَمِيْن  يَا رَبَّ العَالَمِين

Saturday, January 24, 2015

Cabaran Ekonomi dari perspektif Dr.Azizan Osman

Bertubi-tubi emel saya terima bertanya tentang pandangan saya mengenai keadaan ekonomi.
Jujurnya bukan tidak mahu jawab tetapi ia bukan perkara baru. Masalah ekonomi ini saya telah belajar sendiri dari kesilapan pelaburan saya ketika kejatuhan ekonomi 1998. Dan ia satu trauma yang menjadikan saya komited membina kekuatan ekonomi sendiri agar ia tidak mendapat impak yang terlalu kuat dari kesan kegawatan sekiranya berlaku.
Pattern kegawatan ekonomi kita adalah pada kitaran 7-10 tahun. Sebab itu disuruh baca sejarah. 1988, 1998, 2008 adalah antara detik-detik cabaran ekonomi berlaku cuma samada kesannya kuat atau tidak, samada ia menyeluruh atau tertumpu kepada sesuatu kawasan atau negara.
2015 ini belum menjadi kemuncak kegawatan. Sebab itu PM Dato Seri Najib bila dia menyebut bahawa keadan ekonomi Malaysia belum gawat, sebenarnya ia benar. Cuma, apa yang tidak disampaikan oleh Dato Seri mungkin adalah KESAN kejatuhan nilai matawang kita yang akan menyebabkan kos import barangan akan meningkat dan nilai export menurun, ditambah dengan kejatuhan lebih separuh harga minyak dunia dan dijangka lebih jatuh lagi kerana Rusian serta China tidak membeli minyak pada kuantiti sebelum ini akan memanjangkan proses pemulihan harga minyak.
Di dalam negara, kos pengurusan bajet negara agak tertekan ditambah pula dengan cabaran kos pembangunan semula kawasan penempatan banjir yang besar akan memberikan bebanan kepada kewangan negara. Mungkin itu manageable di peringkat kerajaan, tetapi concern saya yang paling utama adalah bagaimana anda, anda yang berada di bracket pendapatan rendah dan sederhana dapat melalui keadaan ekonomi yang sebenarnya akan lebih mencabar.
Perhatikan perkembangan ekonomi kita dan salah satu tanda ia akan lebih panas apabila
1/ Harga barangan semakin meningkat
2/ Pengambilan pekerja akan berkurangan atau pekerja yang lama/ bergaji tinggi akan dikurangkan
3/ Syarikat besar downsizing atau pindah operasinya ke negara lain.
Sebab itu, antara langkah kerajaan untuk mengimbangi masalah ekonomi adalah dengan menyalurkan dana-dana bantuan pinjaman untuk lebih ramai orang menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan. Itu jugalah misi saya sejak 7 tahun lepas mengajak lebih ramai berniaga kerana biar bagaimana pun kegawatan yang mungkin berlaku, sekiranya anda berniaga dengan betul, anda akan mampu melaluinya, malah ramai jutawan wujud ketika cabaran ekonomi berlaku. Cuma, bagi saya, memberikan dana pinjaman tanpa memberikan ilmu perniagaan yang betul dan proven success kepada mereka akan hanya menambahkan masalah kepada usahawan-usahawan ini kelak menanggung hutang dan tidak mencapai tahap
keuntungan.
Cadangan saya buat anda di luar sana, masih tidak terlambat untuk kuasai ekonomi diri dan keluarga anda.
Ini 5 langkah yang anda boleh lakukan terutamanya buat mereka yang berpendapatan rendah atau sederhana:-
1/ Kuasai kewangan anda dengan mengawal serta mengurusnya dengan disiplin
2/ Kawal perbelanjaan, kurangkan belanja kepada perkara yang tidak perlu
3/ Jauhi skim cepat kaya atau segala skim yang disenarai hitamkan oleh Bank Negara Malaysia, ini untuk kebaikan anda
4/ Belajar bina pendapatan sampingan
5/ Tambah ilmu dalam bidang perniagaan dan pelaburan samada baca buku atau hadir seminar yang telah terbukti berjaya.
Ini bukan masanya untuk trial & error. Apa yang anda perlu tahu adalah, peluang adalah lebih banyak bila semua orang takut. Peluang mendapatkan pelaburan hartanah dengan harga yang lebih rendah juga akan bertambah.
Akhir kata, apa yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kelayakan saya dalam bidang analisa pelaburan, pengalaman menguruskan portfolio perniagaan dan pelaburan bernilai beberapa ratus juta ringgit serta hari ini menguruskan syarikat dibawah Richworks Group of Companies.
Pengalaman membantu lebih 600,000 orang dalam tempoh hampir 7 tahun ini membangunkan perniagaan ramai daripada mereka juga membantu saya memahami masalah dan penyelesaian yang ada.
Ini sekadar pandangan peribadi saya. Jika bagus, fikirkan. Jika tidak, abaikan.
Azizan Osman

=======================================================================
Malam sabtu ni sempat Coaching new trader .
Tuan Arif seorang tentera sentiasa ulang alik KL-SEREMBAN demi tugas untuk negara.
Matlamat bersama FXU untuk buat side INCOME & SAVING harian dan preparation untuk bersara AWAL & bersara KAYA!

Wednesday, January 21, 2015

Kreatif dlm bersedekah


1. Belilah beberbapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. 

Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).

2. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..

3.Inisiatif - sedekah: 

Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.


4.Inisiatif - sedekah:
Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.


5. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.


6. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).


7. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).


8. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.


9. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.


10. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kpd oran g yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.


11. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.


12. Inisaitif sedekah-
Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal...


13. Inisaitif- sedekah:
Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. .. Selamat bersedekah.
==========================================================================

Sistem CGAT (CAPITAL GUARANTED AUTO TRADING) yg di jalankan di FXUNITED yg mendapat sambutan org ramai yg suka SAVING..Di sini sangat berbaloi2 tuan/puan sebulan 12% setahun 144% da tuan/puan...
Jadilah pengguna yg BIJAK dan tentukan SIMPANAN anda BERGANDA² setiap BULAN bukan SETAHUN
BUKAN SKIM CEPAT KAYA!!
BUKAN MLM!!
BUKAN FAKE BROKER!!
REAL STP BROKER & GENUINE.
..
PM me utk keterangan lanjut..
‪#‎brokerfxunited‬#thebeshintheworld#mantop#masyuk#


Monday, January 19, 2015

Kenapa Kita Perlu Bersedekah?

Kenapa Kita Perlu Bersedekah
Kenapa Kita Perlu Bersedekah
Alhamdulillah, rombongan Richwell ke Kelantan untuk membantu mangsa banjir berjalan lancar. Bantuan kemanusiaan ini adalah hasil dari sumbangan orang ramai dan Alumni Dr Azizan. Kami sungguh tersentuh hati dengan segala sumbangan prihatin yang telah diberikan oleh para penyumbang dan para penderma selama beberapa hari ini yang datang tanpa henti-henti semata-mata untuk contribute pada Bencana Banjir ini.
Ada juga penyumbang yang datang dari jauh dan dekat sehingga lewat malam hanya untuk membantu dan menghantar makanan dan barangan. Tidak ada perkataan yang mampu kami ungkapkan  melainkan ucapan seikhlas-ikhlas terima kasih atas segala sokongan dan bantuan yang diterima selama beberapa hari ini dan kami berdoa dan memohon daripada Yang Maha Esa untuk anda semua agar dibalas segala-galanya, diberi rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.
Rombongan kali kedua kami ke kawasan pendalaman Kelantan di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat agar mencabar. Macam waterworld dah! Air dah surut sikit. Adventure gak jalannya.
Kami berjumpa dengan mangsa banjir yang kehilangan sanak saudara, kehilangan tempat tinggal, kemusnahan harta benda dan pelbagai lagi ujian yang melanda. Kini mereka kembali untuk memulakan hidup yang baru. Segala pujian bagi Allah, bersama-sama dengan kami, sangat ramai yang menyumbang dan membantu. Sokongan moral dan sosial sangat-sangat mereka perlukan buat masa ini untuk membina balik hidup mereka. Bagi anda yang berkelapangan, saya seru untuk anda datang sendiri, membantu dan melihat bagaimana keadaan mereka hari ini.
Sambil memberi bantuan dan sokongan, tidak salah kiranya saya ingin berkongsi sedikit dengan anda untuk difikir-fikirkan. Bagaimana situasi musibah yang melanda Negara hari ini, betul-betul memanggil setiap daripada hambaNya untuk kembali insaf dan bertaubat. Betapa bersyukurnya bila berada di situasi memberi dan betapa rahmatnya mereka yang menerima. Tampak masing-masing dengan kegirangan wajah walaupun jauh di sudut hati mereka, hanya Allah sahaja yang tahu.
Di program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK), saya mendidik semua anak murid saya tentang ‘memberi untuk menerima’ dan ramai daripada mereka yang mempraktikkan ilmu ini telah dapat merubah hidup mereka, mencapai kejayaan, meningkatkan kewangan, sentiasa bahagia di sisi keluarga serta ramai anak murid saya kini menambah nilai dan membantu hidup ramai orang lain agar lebih sempurna dan berjaya.
Bagi anda yang memiliki bisnes sendiri, anda mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap kelancaran keseluruhan operasinya. Percaya atau tidak, semakin banyak anda memberi semakin cepat dan mudah anda mencapai segala impian-impian anda. Tapi masih ada golongan di luar sana yang tidak yakin dengan idea ini. Malah, kebanyakan ahli bisnes masih hidup di kelilingi oleh mitos atau kepercayaan ‘miskin’ sepanjang hidup mereka.
Sebenarnya, mitos ini tidak betul sama sekali.
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda 10 sebab kenapa kita semua perlu sangat memberi dan menyumbang dalam kehidupan kita. InsyaAllah segala rujukan adalah berpandukan daripada Al-Quran dan Hadis.
Sebab 1: Ciri-Ciri Orang Yang Beriman Dan Bertaqwa
Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 2-3: “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.
Siapalah kita untuk mendakwa rezeki yang kita miliki hari ini milik kita. Semuanya adalah milik Dia. Dia tidak mahukan rezeki kita, tapi Dia hanya mahu kita belanjakan untuk jalannya. Moga makin kita belanja, makin kuat keimanan dan ketaqwaan kita.
Sebab 2: Cita-Cita Orang Sudah Mati Dunia Ingin Kembali Ke Dunia
Allah berfirman di dalam Surah Al-Munafiquun ayat 10: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh”.
Ya Allah, orang yang mati minta untuk kembali ke dunia untuk bersedekah. Kenapa kami yang masih hidup ini tak mahubersedekah? Astagfirullahal Azim.
Sebab 3: Sedekah Menyucikan Hati
Allah berfirman di dalam Al-Quran: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. [At-Taubah:103]
Saya bukanlah pakar untuk menghukum setiap hati manusia samada akhlaknya baik atau buruk. Tapi saya pasti bagi mereka yang merasakan akhlak tidak berapa baik, suka fitnah sana sini, tiada sehari pun hidup melainkan untuk mengeji manusia lain, saya cadangkan supaya anda bersedekah. InsyaAllah, saya yakin dengan ayat ini, masing-masing boleh experience bagaimana dengan bersedekah, ia menyucikan hati. Hanya diri kita sahaja yang tahu akhlak kita baik atau buruk. Betul ke betul?
Sebab 4: Mendapat Payungan Di Hari Tiada Payungan Melainkan PayunganNya
Ketika kita semua di akhirat, matahari akan berada sejengkal di atas kepala. Masing-masing akan kepanasan sementara menunggu setiap amalan untuk dihisab. Tapi ada 7  kelompok manusia yang mendapat lindungan dan teduhan dari tuhan. Salah satunya mereka yang bersedekah dengan tangan kanan, dia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui.
Saya yakin anda semua pernah terbaca akan hadis lengkap tentang perkara tersebut. Tapi bersedekah adalah antara perkara yang sangat mudah untuk dibuat oleh semua orang. Bagaimana nak buat supaya tidak ingat-ingat atau berkira bila bersedekah? Sedekah banyak-banyak. InsyaAllah, anda tak akan ingat berapa banyak yang telah anda sumbangkan.
Sebab 5: Sedekah Boleh Menghindarkan Diri Dari Bala & Bencana
Allah berfirman di dalam surah An-Nisa ayat 39, “Apakah kemudaratannya bagi mereka, kalau mereka beriman kepada Allah dan hari kemudian dan menafkahkan sebahagian rezeki yang telah diberikan Allah kepada mereka? Dan adalah Allah Maha Mengetahui keadaan mereka”.
Bala dan bencana merupakan kemudaratan kepada manusia. Sebagai hambaNya yang dhaif, kita memang tidak mampu untuk menggunakan kudrat hanya sebagai manusia untuk menolak kemudaratan atau apa sahaja malapetaka yang menimpa. Akan tetapi, Allah yang Maha Pengasih itu mengatur sesuatu aturan yang terbaik untuk hambaNya. Melalui sedekah, InsyaAllah, kita yakin pada kalamullah, malapetaka akan dapat dielakkan. Terlalu banyak hadis dan athar dari sahabat tentang sedekah boleh menolak bala. Ketahuilah, sekalipun seseorang itu banyak dosanya dengan tuhannya, sedekah mampu menjadi penyebab turunnya rahmat Allah swt dan tertolaknya bencana Allah swt.
Sebab 6: Penyebab Untuk Membanyakkan Lagi Harta
Di dalam Al-Quran Allah ada menyebut, “Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki”. [Saba:39]
Hanya kuasa Allah memewahkan dan menyempitkan sesiapapun di kalangan hambaNya. Namun Dia langsung tidak pernah menzalimi hambaNya. Maka diberikan rezeki untuk setiap hambaNya. Dan Dia juga mahu tambahkan lagi rezeki tersebut, tapi dengan syarat hambaNya itu menderma. Bukan saya yang cakap, tapi ini kata Tuhan sendiri. Makin bersyukur, makin ditambah. Tapi kalau kufur, pedih azabnya wahai sahabat.
Sebab 7: Mendapat Kasih Sayang Allah SWT
Kata Rasulullah saw, “Sesungguhnya sedekah yang sembunyi dapat memadamkan kemarahan Tuhan.”
Memang tidak dinafikan, apabila seseorang itu menggembirakan makhlukNya yang lain, bukankah dia juga layak untuk mendapat kasih sayang dari Penciptanya. Maka tidak perlu hairan kenapa sedekah mampu untuk menidakkan kemarahan Allah. Dalam masa yang sama, bersedekah lah dengan seikhlas hati, agar semuanya diberkati.
Sebab 8: Penyembuh Penyakit
Kata Rasulullah saw, “Sembuhkan penyakit kalian dengan bersedekah”. Suatu hari seorang lelaki berjumpa dengan Ibnu Mubarak dan mengadu bahawa sudah 7 tahun dia menderita mengalami kesakitan di lututnya. Sesungguhnya dia telah mencuba pelbagai rawatan dan ubatan namun tiada satu pun yang berjaya dan berhasil.
Tabib-tabib juga sudah tidak bermanfaat lagi baginya. Maka Ibnu Mubarak berkata padanya, “Pergilah kamu mencari kawasan yang manusia perlukan air, aku berharap penyakit mu akan beransur pulih.” Maka lelaki tersebut mengikut akan nasihat itu dan dia sembuh!
Sebab 9: Mendapat Perhatian Daripada Malaikat
Setiap pagi, akan datang dua malaikat yang mendoakan kita semua. Kata Nabi seperti mana yang pernah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, “Doa Malaikat setiap pagi ialah: Ya Allah, Engkau berikanlah kepada penyumbang itu gantian, dan Engkau berikanlah kepada orang yang kedekut itu kemusnahan.”
Alangkah istimewanya kehidupan para penyumbang. Mendapat doa yang bagus dari malaikat yang merupakan makhluk yang sentiasa bersama Allah. Tapi ingat, orang yang bakhil pun ada doanya. Moga harta kita semua tidak dimusnahkan oleh Allah disebabkan kebakhilan kita.
Sebab 10: Ketenteraman Hati
“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya. [Al-Baqarah: 268]
Ramai yang takut miskin bila bersedekah. Tahukah anda yang menakutkan kita semua tentang kemiskinan itu adalah syaitan? Lebih keji dari itu, selain melarang manusia bersedekah, mengajak pula ke arah kejahatan dan menjadi seorang yang bakhil. Ingatlah, ketenteraman hati itu apabila kita sentiasa mengingati Allah.
Oleh itu, saya tak perlu untuk memanjangkan bicara. Teruskan menyumbang dan kami mengalu-alukan lebih banyak bantuan dan sumbangan untuk membantu mereka menghadapi pasca banjir semampu kita Insya Allah. Bantu kami untuk bantu lebih ramai. Insya Allah ianya sampai terus ke tangan penerima. Tak kisahlah anda sumbang direct ke, atau melalui sesiapa pun, janji kita buat sesuatu.
Bagi anda yang masih ingin menyumbang tenaga, makanan dan barangan keperluan kepada mangsa banjir melalui saluran kami, sila hubungi Team Richwell di 012-2696492. Bantuan kewangan Tabung Bencana Banjir masih boleh disalurkan ke Akaun Richwell: MAYBANK 5541 2951 7126 atau CIMB 8602 1515 90.
Salam hormat,
Dr Hj Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia
==============================================================================================

Sewa Kereta Murah

Perkhidmatan Sewa Kereta Murah Pandu Sendiri Kuala Lumpur!!


"KEPAKARAN kami di Kereta Sewa Murah Lembah Klang adalah menolong dan membantu orang yang memerlukan perkhidmatan kereta sewa murah di area LEMBAH KLANG

Orang luar lembah klang yang ingin datang melawat@makan angin di area lembah juga menggunakan perkhidmatan kami jika mereka datang dengan menggunakan kapal terbang, bas or train.

 Kami juga TELAH MEMBANTU ramai customer dimana kereta mereka ROSAK @ BREAKDOWN dan perlukan kereta untuk bergerak samada ke tempat kerja atau balik kampung. 

Sememangnya kami adalah penyedia perkhidmatan sewa kereta yang HEBAT & DISEGANI oleh customer dan juga persaing di KL. Perkhidmatan yang kami tawarkan sememangnya terbukti antara yang TERBAIK dan TERMURAH!!

HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK MENDAPATKAN HARGA SPECIAL!! 

Contact kami SEGERA ! call/sms/whasapp/wechat/kakaotalk to 0126656874



Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta pandu sendiri di area UTM Semarak, Student UTM Semarak, Wangsa Maju, Setapak
, taman Melati, Melawati, gombak ,Lembah Klang etc. 

Perodua 

Viva Elite (Auto)
1 days = RM 100
Weekly RM570
One Month =RM1500 nego

Kami menyediakan kereta sewa murah dan berpatutan untuk kereta sewa di Kuala Lumpur. Kami juga menyediakan kereta-kereta lain seperti:

Myvi (Auto)
1 days = RM 130
Weekly RM710
One Month =RM1900 nego

Proton
Saga FLX (1.3) Auto
1 days = RM 120
Weekly RM630
One Month =RM1700 nego

Persona  Auto
1 days = RM 170
Weekly RM980
One Month =RM2500 nego

Preve (1.6) Auto
1 days = RM 180
Weekly RM990
One Month =RM2500 nego

Exora (MPV)
1 days = RM 250
Weekly RM1750
One Month =RM3200 nego


Harga Baru Untuk Perkhidmatan Kereta Sewa Kuala Lumpur




Kereta-kerata  lain boleh tanya kami available or not!! 


Dokumen:
1. Salinan ic
2. Salinan lesen/kad pelajar untukpelajar IPT
3. Salinan bil air/elektrik rumah
4. Booking fee RM150 + Harga sewa (deposit dipulangkan masa pemulangan kereta)

Untuk booking dan pertanyaan lanjut:
Muzri : 0126656874 sms/whatsapp or call

p/s: pihak kami berhak menukar kadar cas mengikut kadar semasa. Sila contact kami untuk info lanjut. terima kasih 

Monday, January 12, 2015

40 cara untuk selamatkan wang anda di tahun 2015

40 cara untuk selamatkan wang anda di tahun 2015 yang agak mencabar ini. Tips ini telah dikongsikan oleh Azizul Azli Ahmad, seorang pensyarah UiTM yang kini juga merupakan seorang penulis buku Mudahnya Beli Rumah.
Kita ikut tips beliau di bawah.
SELAMATKAN WANG ANDA
Lantaklah orang kata apa, yang penting kita jimat belanja. Tarik nafas dan bermulalah :
1. Belanja kurang dari pendapatan
2. Cari cara buat duit lebih
3. Ubah gaya hidup
4. Rancang kewangan anda
5. Mulakan menabung
6. Potong kad kredit jadi 2
7. Kurang cakap di handphone
8. Cari hobi yang tambah pendapatan
9. Hadiahkan diri dengan simpanan
10. Tahan nafsu hingga promosi baru beli
11. Jangan beli kerana “Diskaun Akhir Tahun / Diskaun Awal Tahun”
12. Ciptakan rasa seronok bila tiada hutang
13. Kurangkan insuran kenderaan ikut harga semasa.
14. Nikmati hiburan percuma
15. Kekal prestasi cemerlang
16. Sibukkan diri agar tidak ke shopping mall selalu.
17. Jangan riadah di Pavillion atau Mall
18. Berhenti merokok
19. Diet dan jaga pemakanan, makan untuk sihat
20. Makanan bukan untuk dicuba
21. Jangan berlumba tukar sofa dengan jiran
22. Takaful jangan lebih 10% pendapatan
23. Sediakan dana pelaburan
24. Jangan mudah putus asa
25. Jangan salahkan panda bila kita susah.
26. Barang terpakai bukan dosa.
27. Beli Baju diMyidin pun kacak juga
28. Beli secara tunai
29. Jangan jadi hamba faredadee
30. Jangan jadi hamba honda city
31. Guna moto itu ranggi
32. Jangan berhutang kerana layak pinjaman
32. Berhenti layan Maharaja Lawak Mega. Ia bukan percuma
33. Lupakan impian tambah Nelopah
35. Kereta kecil tetap bergaya
36. Azam beli rumah bukan tambah orang rumah
37. Lupakan sportrim dan spoiler kereta.
38. Mesyuarat keluarga tentang belanja
39. Kurangkan tengok drama orang kaya kaya
40. Didik nafsu
Siapa yang boleh kawal nafsu, ia boleh kawal dunia. Bersedialah untuk tahun 2015. Wallahu A’llam
Bersediakah anda? Tepuk dada tanya poket. Jika poket masih diam tak berbunyi (atau berbunyi duit syiling), bolehlah mula ikut satu persatu senarai di atas.

==========================================================================

Sistem CGAT (CAPITAL GUARANTED AUTO TRADING) yg di jalankan di FXUNITED yg mendapat sambutan org ramai yg suka SAVING..Di sini sangat berbaloi2 tuan/puan sebulan 12% setahun 144% da tuan/puan...
Jadilah pengguna yg BIJAK dan tentukan SIMPANAN anda BERGANDA² setiap BULAN bukan SETAHUN
BUKAN SKIM CEPAT KAYA!!
BUKAN MLM!!
BUKAN FAKE BROKER!!
REAL STP BROKER & GENUINE.
..
PM me utk keterangan lanjut..
‪#‎brokerfxunited‬#thebeshintheworld#mantop#masyuk#