Saturday, July 6, 2013

Gold&Investment : Cara Mengetahui Tanah Yang Mengandungi Ketulan Emas

Cara Mengetahui Tanah Yang Mengandungi Ketulan Emas

Ciri-ciri Tanah Mengandungi Emas :

1) Tanah yang mengandung mineral sulfida yang tinggi. (berbau seperti belerang)
2) Wujudnyanya mata air panas di sekitar kawasan tersebut.
3) Sekitarnya ada gunung berapi yang sudah lama ada.
4) Ada aliran sungai di kawasan berhampiran.
5) Mempunyai lapisan tanah lempung yang tebal.
6) Terdapat batuan putih berurat emas (urat kaca atau batuan kaca lutsinar)

Ciri-ciri di atas hanyalah untuk pengesanan awal sahaja, untuk memastikan kewujudan emas sebenar, ujian merkuri dan ujian-ujian lain masih perlu dilaksanakan.




Tuesday, July 2, 2013

Rahsia Bisnes Orang Cina


Selamat petang kepada yang sudi terjah my blog! Rata-rata kita dapati orang cina berniaga memang MAJU dan KAYA. Kita semua tak tahu macam mana diorang boleh SUCCESS. Disini dikongsikan sedikit Rahsia Bisnes Orang Cina  untuk kita jadikan PANDUAN! Yang baik kita ambil yang tak baik kita jauhkan!! 


Macamna Tahap Kewangan Kita??

Kebanyakkan diantara kita akan mula mengambil kira secara serius mengenai kedudukan kewangan kita apabila berada didalam umur lingkungan 35-45 tahun.

Walaupun didalam umur sebegini, masih belum terlewat untuk memulakan sesuatu. Apa yang parah ialah jika sudah berumur 45-55, tetapi kedudukan kewangan kita masih sama ketika kita berumur 25-35 tahun. - DSR

Saturday, June 29, 2013

PAJAKAN KERETA SEWA, UNTUNG ATAU MERUGIKAN?


PERINGATAN
Walaupun pajakan kereta sewa memberi pulangan yang menguntungkan, namun anda perlu berhati-hati. Ini kerana terdapat pengusaha kereta sewa yang tidak jujur dan mengambil kesempatan terhadap mereka yang tidak arif di dalam bisnes ini. Nasihat saya;
  1. Berhati-hati dengan pengusaha kereta sewa yang menawarkan bayaran pajakan yang terlalu tinggi. Nasihat mentor saya, sekiranya sesuatu tawaran itu sukar dipercayai, maka ia memang sukar dipercayai.
  2. Jangka hayat kereta sewa adalah 200,000 KM, ini bermakna secara purata kereta sewa boleh bergerak sejauh 3333 KM sebulan (200,000/60 bulan). Sekiranya kereta anda bergerak melebihi had berkenaan, jangka hayatnya mungkin lebih singkat. Akibatnya anda perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk melangsaikan hutang yang masih tinggi sekiranya kereta berkenaan perlu dijual sebelum tempoh matang.
  3. Pastikan anda memajak kereta kepada syarikat kereta sewa yang mempunyai sistem perniagaan yang tidak bergantung harap kepada pemilik perniagaan sepenuhnya. Ini kerana, sekiranya sesuatu berlaku kepada pemilik perniagaan itu (sakit, bercuti atau mati), perniagaan kereta sewa akan terhenti dan akan menjejaskan anda.
Sekian dari saya dan semoga artikel ini bermanfaat. Terima kasih.
Petikan dari www.wahiabrashid.com 



Wednesday, June 26, 2013

Kagum & Kritik dari Pandangan Si Kaya&Si Miskin

CoachRozi Saarey wrote:~

Salam Pagi yang barakah;

Orang kaya mengkagumi dan menjadikan orang yang lebih kaya sebagai rujukan mereka.
Manakala, Orang miskin mengkritik dan mencemuh orang yang lebih kaya. Kerana itulah mereka tidak kaya2. Vibration yang tidak sama akan -> menolak.

Orang berjaya mengkagumi dan menjadikan orang yang lebih berjaya sebagai rujukan mereka. Manakala, orang gagal mengkritik dan mencemuh orang yang lebih berjaya. Kerana itulah mereka masih tidak berjaya. Vibration yang tidak sama akan -> menolak. - Crs

Tuesday, June 25, 2013

Jom berkayuh hingga ke puncak KEJAYAAN!!

Jangan BERHENTI mengayuh basikal anda ketika mendaki gunung KEJAYAAN, walau apa pun cabaran atau halangan, jika kita terus berkayuh walaupun perlahan, kita pasti akan sampai juga Insya-Allah, tetapi jika kita BERHENTI berkayuh kerana melayan batu jalanan yang sibuk bartanya, Apa akan terjadi pada kita?

Sudah pasti tidak akan BERJAYA & kita tidak akan sampai ke puncak!"

Jom berkayuh hingga ke puncak KEJAYAAN!!