Friday, October 11, 2013

Kenapa tidak berjaya lagi dari segi kewangan? - Mini Seminar Magnet Kekayaan & Kejayaan 2013

Untuk sebaran bagi semua. Semoga seminar ini bermanfaat untuk anda. Jom Daftar!! 

Image




Soalan : Kenapa saya tidak berjaya lagi dari segi kewangan?

Jawapan:

1- Sebab anda tidak cukup bersyukur. Orang berjaya tidak fokus kepada apa yang TIDAK BERJAYA dilakukan tetapi fokus kepada apa tindakan yang mereka berjaya lakukan dan bersyukur

2- Anda pernah duduk dan perhatikan adakah anda berada di situasi kewangan sebagai pekerja, berniaga dan/atau melabur? Jika anda bekerja, kenaikan gaji dan pendapatan anda adalah terhad, tetapi jika berniaga atau melabur, anda mempunyai lebih pilihan dan kuasa untuk meningkatkan pendapatan anda.

3- Kuasa merubah kewangan kita di dalam perniagaan bergantung kepada kuasa Doa & tawakal, kuasa Ilmu, kuasa strategi, kuasa tindakan luar biasa, kuasa fokus, kuasa menyumbang/memberi, kuasa istiqomah, kuasa ikhlas, kuasa syukur, sabar, redha dan kuasa minda postifi. Jangan lupa juga lihat bagaimana kita menarik keberkatan ke dalam hidup kita dengan check solat kita 5 waktu, solat sunat dhuha dan tahajud, sedekah, hubungan kita dengan ibu bapa kita dan suami/isteri/anak-anak samada kita cukup gembirakan mereka atau tidak dan tidak lupa juga adakah kita bersangka baik dengan Tuhan.

Orang yang banyak merungut kepada Allah swt akan hidup penuh rungutan.

Rezeki adalah banyak di sekeliling kita tetapi adakah minda kita dan ilmu kita tahu bagaimana mencapainya?


#DrAzizanOsman

**********************************************

P/S Saya sedang berikan ilmu secara percuma iaitu buku terbaru "Magnet Kekayaan & Kejayaan" apabila anda daftar & hadir ke Mini Seminar "Magnet Kekayaan & Kejayaan" yang dibuka pendaftaran sekarang. Daftar 100% Percuma (Bila daftar 3 org) di MAGNET2013.com
Image

Its a Chicken-out's World!

Dalam interview di MHI pagi ini, saya bersama Dato Roslan dan pesan Dato Roslan Ab Hamid, kalau hendak terbang tinggi ke angkasa berkawanlah dengan helang jangan membuang masa bersembang dengan ayam!! #DrAzizanOsman
P/S You talk to chicken, you ask chicken's opinion, you read chicken's FB, you learn from chicken, you will end up think, feel, walk, talk &
act like chicken. :)p.... Its a chicken-out's world! Kejayaan bukan milik mereka yang kechut bertindak!



Wednesday, October 9, 2013

Kemahuan dan Keinginan!!

Dr. Wan Shah Razali
Saya memetik kata-kata ahli falsafah,
Kesakitan dan kesengsaraan itu sebenarnya berpunca daripada kemahuan atau keinginan seseorang. Oleh itu, untuk menghilangkan kesakitan kita perlu menghilangkan kemahuan atau keinginan yang berkaitan. -DSR

Tuesday, October 8, 2013

Strategi Conversion - Tingkatkan sales cepat & mudah.




Strategi conversion - Tingkatkan sales cepat & mudah.

Sales adalah aktiviti transaksi atau pertukaran sesuatu untuk sesuatu.

Dalam bisnes, aktiviti sales berlaku apabila:

1) Pelanggan bagi duit kepada pemilik bisnes.

2) Pemilik bisnes bagi produk kepada pelanggan.

Untuk tingkatkan sales dengan mudah, perkara utama adalah memahami strategi conversion.

Conversion bermaksud:

1) Apabila 10 pelanggan datang ke kedai Facebook, berapa ramai yang akan buat pembelian?

2) Apabila 100 pelanggan masuk ke laman web, berapa ramai yang akan beli produk?

Bisnes-bisnes yang buat banyak duit fokusnya pada conversion. Dengan membaiki conversion, peluang mereka untuk close deal atau hasilkan jualan lebih tinggi.

Contoh-contoh strategi conversion adalah seperti berikut:

Logo Sosial

Logo sosial adalah logo yang dapat musnahkan ketakutan dalam diri pelanggan untuk beli produk.

Kajian membuktikan, apabila ada logo sosial yang ditampal dalam laman web, Facebook, blog dan sebagainya, keputusan pelanggan untuk membeli jadi lebih cepat.

Bahkan, pelanggan akan rasa selamat.

Contoh logo sosial adalah:

1) Jika kita menjual produk kesihatan atau kecantikan, kita boleh tampal logo KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

2) Jika kita menjual produk tudung, baju dan sebagainya, kita boleh tampal logo Poslaju.

3) Jika kita menjual servis fotografi, kita boleh gunakan logo jenama kamera yang kita guna (Nikon, Canon dan sebagainya).

Logo-logo sosial ini yang akan menambah keyakinan pelanggan dari sudut visual.

Logo Syarikat Penerbitan

Sekiranya produk kita pernah muncul dalam media-media atau penerbitan seperti:

1) Rancangan televisyen.

2) Majalah.

3) Akhbar.

… Maka kita boleh gunakan logo-logo mereka untuk ditampalkan dalam kedai online.

Berdasarkan kajian daripada pakar-pakar bisnes, logo-logo penerbitan ini sesuai diletakkan pada butang tindakan (Call-to-action).

Iaitu pada bahagian sebelum pelanggan klik "Beli Sekarang."

Letakkan logo syarikat penerbitan sebelum butang ini.

--------------------------------------------------------------------------

Starex Royale Registered Year 2012 (12 Seat) 

Dialu-alukan kepada anda semua untuk sewa kereta di sekitar KL & 
Selangor.

Contact SEKARANG untuk dapatkan harga yang TERBAIK dari kami!! 





Monday, October 7, 2013

Bukan senang hendak senang. Bukan susah hendak susah



Tingkatkan tahap keupayaan penjanaan wang anda secara agresif (agressive income - perlukan masa & tenaga anda yang banyak), hidup di bawah kemampuan (live below your means) dan laburkan lebihan serta simpanan untuk penjanaan pendapatan pasif (passive income). Anda akan berterima kasih kepada diri sendiri suatu hari nanti.

Bukan senang hendak senang. Bukan susah hendak susah. Semuanya atas pilihankita.

Apa yang kita pilih 5 tahun lepas, mengambarkan apa yang anda miliki sekarang. Jadi, apa yang anda gambarkan pada hari ini, ianya akan mencorak masa hadapan anda!





Sunday, October 6, 2013

OYSTER yang dijual kilo di pasar dan OYSTER MUTIARA.

OYSTER yang dijual kilo di pasar dan OYSTER MUTIARA.

Anak dan ibu Oyster berjalan mencari makan di dalam lautan..kerang kulitnya terbuka dan tertutup berterusan..suatu hari..kata anak oyster: "ibu, ada sebutir pasir masuk ke dalam tubuhku..sungguh menyakitkan..tolonglah aku aku ibu".

jawab si ibu.."maafkan ibu nak,ibu tidak dapat bantu kamu..lakukanlah sesuatu yang boleh menghilangkan rasa sakitmu nak"

si anak terus menangis kesakitan..tanpa disedari airmatanya membaluti butir pasir..setiap hari si anak terus menangis dan makin banyak dan tebal airmatanya yg membaluti butir pasir itu sehingga rasa sakitnya hilang..

Oyster yang tidak pernah dimasuki butir pasir akan diasingkan dan ditimbang kilo dijual dipasar dengan harga murah untuk dijadikn makanan

Tetapi Oyster yang dimasuki butir pasir..dijual sebiji-sebiji dengan harga mencapai puluhan malah ratusan ribu dollar kerana butir pasir yang dibaluti airmata itu telah bertukar
menjadi MUTIARA yg sangat Indah dan Bernilai.

Bagi mereka yang merasakan susah,sakit, kecewa, penat dan lelah dalam perjuangan..anda seperti Oyster yg dimasukki butir pasir yg akhirnya bertukar menjadi MUTIARA yang mahal..
kejayaan pasti milik anda..

Tapi bagi yg tidak mahu merasakan kesakitan dan lelah dalam perjuangan.. anda sama seperti Oyster yang dijual timbang kilo di pasar..murah harganya.
-----------------------------------