[Lebih baik tinggalkan waris keluarga dalam keadaan kaya-raya]
Abu Ishak (Nama sebenarnya Saad bin Abu Waqas melaporkan : "Pada tahun haji perpisahan, Nabi Muhammad saw datang menziarahi saya sebab saya sakit waktu itu. Saya berkata kepada Nabi Muhammad saw, "Wahai Utusan Allah, tuan lihatlah sendiri penyakit saya ini sudah sampai begini. Saya mempunyai harta, dan saya hanya mempunyai seorang anak perempuan sebagai waris saya. Adakah saya dibenarkan bersedekah sebanyak 2/3 harta saya itu kepada orang lain?' Nabi Muhammad saw menjawab, 'Tidak dibenarkan.'
Saya bertanya lagi, 'Sekiranya separuh harta saya?' Nabi Muhammad saw menjawab, 'Tidak dibenarkan juga.'
Saya bertanya lagi, 'Sekiranya sepertiga, bagaimana? Lalu dijawab oleh Nabi Muhammad saw, 'Ya. Sepertiga, boleh. Sepertiga itu pun sudah banyak. Percayalah, apabila saudara meninggalkan waris saudara dalam keadaan kaya raya, itu lebih baik daripada saudara meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minga bantuan orang lain. Percayalah, bagi setiap nafkah yang saudara niatkan kerana Allah, saudara diberi pahala, termasuklah makanan yang saudara berikan kepada isteri saudara.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Amacam? #DrAzizanOsman
No comments:
Post a Comment