Thursday, March 13, 2014

[The Power of Momentum- Law of Compounding- Law of Delay Gratification]

Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman
4 hours ago
[The Power of Momentum- Law of Compounding- Law of Delay Gratification]

Amende ni? Mesti ada yang tanya kan? Dia tanya?

Satu masa dahulu saya tidak faham tentang Momentum. Momentum adalah satu situasi di mana bahasa mudahnya bila kita mahu memulakan sesuatu itu kadang-kadang ianya amat payah, tetapi the moment kita dah mulakan, pergerakan dan perjalanannya lebih mudah kerana ada tenaga atau pergerakan berlarutan.

Contoh, bila nak kayuh basikal, masa nak tekan pedal basikal tu mula-mula yang susah atau berat tetapi bila dah gerak, lebih mudah kita nak kayuh, in fact, ada masa kita tak perlu kayuh dan basikal masih bergerak....

Sama juga dengan konsep "Snow Ball Effect". Amende tu? "Snow ball" atau "Bola salji" yang berguling dari atas bukit atau gunung di kawasan bersalji. Asalnya Snow Ball atau Bola salji hanyalah bermula dari sebiji batu kecil tetapi bila ia berguling ke bawah bukit, ia mengumpul salji di sekelilingnya dan semakin lama semakin membesar. Momentum mula-mula susah ataupun perlahan tetapi bila ia telah mula bergolek, semakin lama semakin laju dan membesar.

Faham?

Begitu juga dengan kita manusia. Ramai daripada kita susah atau agak payah nak dapat momentum dan paling payah bukan nak dapatkan momentum tetapi nak mulakan sesuatu, bila dah mula ianya perlu berterusan sehingga kita mendapat momentumnya dan ia mungkin payah atau berat pada awalnya tetapi bila keep on pushing, Insha Allah ianya lebih mudsh.

Kepada semua, fahami ini, ada beberapa kategori manusia di luar sana, tetapi mereka yang akan berjaya atau telah berjaya adalah mereka yang mampu keep UP, stay focus dengan tenaga yanh stay tinggi dan konsisten pada tempoh yang lama di dalam melakukan sesuatu dan antara cara nak stay konsisten adalah dengan di kelilingi oleh ramai yang bertenaga tinggi dan konsisten. Insha Allah ianya ramai begitu di "kursus" IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan) yang bermula 13 Mac 2014 hingga 16 Mac 2014 bersama saya di MINES Convention. Rama yang pernah hadir sesi saya akan hadir semuka untuk "Reload Energy" dan "Reload Momentum". Ada yang hadir sebagai peserta dan ada yang hadir dengan berkhidmat menjadi Volunteer Crew (Petugas Sukarelawan). Ramai juga yang pertama kali hadir ke "kursus" 4-hari bersama saya. Ada yang datang solo dan ada yang datang bersuami atau isteri. Ada yang datang hadir bersama keluarga dan rakan.

Tahniah dari saya kerana anda akan tahu yang anda berada ditempat yang betul dan pada waktu yang betul Insha Allah sebelum anda tamat sesi bersama pada hari ahad petang nanti.

Segalanya bermula dari NIAT dan seterusnya adalah KOMITMEN. Saya selalu berkongsi ciri-ciri mereka yang berjaya dan salah satunya adalah "Orang berjaya, mereka mulakan sesuatu dan lakukannya sehingga HABIS!", berbeza dengan orang yang gagal atau loser, mereka selalu mulakan sesuatu tetapi sentiasa separuh jalan. Tak habis.

IMKK adalah program transformasi bagaimana seseorang itu berfikir, emosi mereka, perbuatan mereka dan fokus matlamat mereka akan sangat jelas Insha Allah selepas sesi 4-hari ini. Ia telah terbukti berjaya membantu ramai untuk menjadi lebih bahagia, sihat, kewangan yang lebih bagus, kaya, berjaya dan diberkati Insha Allah.

Selamat datang buat anda yang hadir bermula hari ini dan banyakkan berdoa kerana orang yang bermusafir kerana ilmu dan orang yang hadir majlis ilmu doa mereka Insha Allah makbul. Saya doakan anda lebih kaya berjaya dan diberkatiNya dengan ilmu yang bakal diterima serta membantu perubahan hidup dsn kewangan anda sekeluarga Insha Allah. ‪#‎DrAzizanOsman‬

No comments:

Post a Comment