Tuesday, March 11, 2014

TRANSFORMASI HIDUP LUAR BIASA

imkk-mac2014(2).jpg
TRANSFORMASI HIDUP LUAR BIASA
Copy & Paste

Hidup luar biasa bermakna hidup lebih dari kebiasaan atau boleh dikatakan hidup ekstreme. Orang yang memiliki hidup luar biasa akan menampilkan kesungguhan, kekuatan dan keceriaan mereka berlipat kali ganda dari orang yang hidup biasa-biasa apabila melakukan sesuatu perkara.

Bagi memudahkan anda memahami konsep hidup luar biasa ini, saya pecahkan hidup luar biasa kepada tiga bahagian utama kehidupan manusia iaitu minda, emosi dan tindakan.

Minda orang luar biasa amatlah berlainan dari orang biasa-biasa. Contoh, minda mereka telah dilatih untuk berfikir secara pro-aktif apabila berhadapan dengan cabaran hidup. Minda mereka tidak mengenal erti putus asa malah mereka akan mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan cabaran tersebut secara bijak dan aggresif. Berlainan pula dengan minda orang biasa yang hanya bergantung kepada kehidupan rutin harian, jika terdapat masalah hidup, golongan biasa ini akan cepat menyerah kalah atau lari dari tempuh masalah tersebut. Secara ringkas, golongan minda luar biasa sentiasa berfikir berkali ganda cergas dan aktif dari minda orang biasa-biasa.

Emosi merupakan kunci kepada perwatakan diri manusia. Jika emosi berada dalam keadaan tidak stabil, seseorang itu akan mudah menjadi pemarah, pembenci, perosak dan berbagai lagi perwatakan negatif yang boleh timbul. Emosi harus dijaga dengan baik setiap masa. Bagi golongan orang luar biasa, emosi mereka sentiasa berada di tahap yang terbaik atau kata lain sentiasa positif. Tidak kira apa musibah yang menimpa, emosi golongan ini akan sentiasa bersyukur dan menganggapnya sebagai pengajaran hidup. Dengan mempunyai tanggapan ini, emosi mereka akan sentiasa berada dalam suasana tenang dan positif.

Akhir sekali ialah tindakan. Segala tindakan orang luar biasa akan berlipat kali ganda dari biasa. Jika diberi tugasan, mereka akan pastikan seluruh daya tumpuan dan tenaga akan diletakkan pada tugasan itu dan laksanakannya dengan berkali ganda lebih baik lagi dari kebiasaan. Akibat dari tindakan luar biasa ini, keputusan atau kejayaan akan dicapai dengan pantas malah keuntungan yang dimiliki akan berkali-kali ganda dari biasa.

Terlalu banyak kelebihan bakal dimiliki bagi orang yang memilih untuk menjadi hidup luar biasa. Abd Basit Abdur Rahim merupakan salah seorang bekas peserta program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) yang telah transformasikan hidup beliau dari hidup biasa-biasa ke hidup luar biasa. Baca dan pelajari perkongsian beliau ini.

ABD BASIT ABDUR RAHIM - CEO KP CREATIVE SDN BHD
Abd Basit.jpg
Sebelum menghadiri program, saya merupakan pelajar yang baru menamatkan pengajian dan masih tercari cari apa yang akan saya lakukan. Menaiki motosikal adalah kenderaan rasmi bagi seorang pelajar, di mana sebelum ini,sebagai seorang pelajar, jualan puluhan ringgit pun merupakan angka yang sukar untuk kita capai.
 
Sebelum ini, saya berpendapat bahawa seminar adalah sesuatu yang biasa-biasa sahaja dan saya berpendapat ia hanya sekadar menjual air liur. Saya tidak tahu bahawa dengan seminar, ia telah membawa titik permulaan kepada perubahan dalam diri saya sendiri. Ia telah mempengaruhi cara saya berfikir, cara saya bertindak dan cara untuk saya memandang sesuatu perkara.
 
Setelah menghadiri program, apa yang saya pelajari, bagaimana cara untuk menjadi jutawan dalam industri yang kita ceburi, kurang dari 3 tahun dan Alhamdulillah kita telah pun mencapai jualan sebanyak satu juta ringgit dalam tempoh 9 bulan. Kini kita telah mempunyai 3 buah anak syarikat, kita akan membuka tiga kedai, kita telah mempunyai 2 kenderaan syarikat dan apa yang paling membanggakan saya setakat ini adalah mempunyai pasukan yang cukup kuat untuk membawa syarikat ke peringkat yang lebih tinggi.
 
Jujur saya katakan, apa yang saya pelajari di peringkat ijazah 80% daripadanya adalah tidak praktikal berbanding dengan ilmu yang Dr Azizan ajarkan. Dr Azizan sendiri menekankan aspek dalaman, penekanan bahawa perniagaan adalah bukan hanya sekadar menjual semata – mata, sebaliknya perniagaan adalah salah satu cara untuk berkongsi tentang apa yang kita tahu dalam pasaran. Baru saya tahu tanpa menjual, dengan hanya berkongsi, rupa rupanya jualan itulah yang datang secara besar besaran dan perkara inilah yang mengembangkan perniagaan sedia ada.
 
Saranan daripada saya, jika anda tidak mempunyai sebab yang cukup kuat untuk berjaya, anda tidak perlu menghadiri kelas ini kerana jika anda sebagai seorang murid tidak bersedia, jangan inginkan guru untuk datang kepada anda dan ajar anda macam mana nak Berjaya dalam hidup.

Transformasikan hidup anda melalui program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan 2014 yang akan membantu anda bangkitkan potensi diri, kewangan dan kejayaan luar biasa dengan formula yang terbukti berkesan.

Daftar segera di www.richworks.com.my/imkk2014 atau hubungi kami di 019-2442244 / 013-2442244 / 019-2442400 untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.


No comments:

Post a Comment