Hasbul 'Ariff
Yesterday at 3:17pm ·
Seorang bapa bertanya saya..
Tuan, saya mahu anak saya menjadi jutawan sebelum usia 25 tahun, bagaimanakah caranya?
Saya tanya balik bapa tersebut..
"Ketika umur 18 hingga 21 tahun, topik apakah yang anak remaja tuan bualkan?"
Usahawan muda remaja yang mampu memiliki perniagaan yang memberikan mereka pendapatan tinggi setiap tahun (dengan izin Allah), kehidupan mereka jauh berbeza dengan pemuda-pemuda lain.
1. Kehidupan tanpa atau kurang TV. Tidak menonton drama cinta khayal.
2. Menghabiskan masa lapang dengan menghadiri majlis ilmu, membaca buku-buku bisnes, motivasi dan bertalaqqi dengan guru bisnes.
3. Mula berjinak-jinak dengan ilmu-ilmu bisnes seawal usia 16 tahun dan mula membangunkan bisnes secara serius pada umur 18 hingga 21 tahun.
4. Mereka bercakap mengenai idea-idea masa depan, yang memajukan diri mereka. Tidak bercakap perkara-perkara remeh seperti awek mantap, gosip artis, atau 'i tak boleh hidup tanpa u, setiap saat rindu kat u'.
Mentor saya berpesan...
"Majoriti ibu bapa yang melahirkan anak-anak yang mencipta kejayaan besar di usia muda tidak menonton drama khayal dan Akademi Fantasia bersama anak-anak mereka."
Nota:
1. Bermula awal 20 an bukan syarat wajib untuk berjaya. Di Malaysia, ramai jutawan yang bermula awal 30 an, ada yang awal 40 an. Untuk bermula awal 30 an, kesedaran itu harus datang lebih awal.
2. Tony Fernandes memulakan Air Asia pada umur 35 tahun. Ilmu dan kesedaran bisnes beliau tidak bermula pada umur tersebut. Ia jauh lebih awal.
3. Jika tidak mahu ambil contoh Air Asia. Bilion-bilion tak lojik, jauh sangat. Ok, boleh tanya kilang-kilang, kedai hardware dan bengkel kereta Cina di kawasan berhampiran. Umur berapa mereka bermula menuntut ilmu, berkuli, dan belajar selok belok perniagaan?
4. Tanya balik soalan ini...
"Ketika umur 18 hingga 21 tahun, topik apakah yang anak remaja kita bualkan?"
No comments:
Post a Comment