Sunday, August 30, 2015

Ada orang gelakkan impian anda?

Gelaklah lagi!
Ada orang gelakkan impian anda?
Saya pun ada.
Satu masa dahulu masa sekolah, saya pernah cakap dengan kawan-kawan dan cikgu yang saya bila dah besar nak berniaga sendiri. Saya digelakkan.
Satu masa dahulu tahun 1997/98, ketika saya berhenti kerja nak mula berniaga, saya pernah cakap saya nak berniaga sehingga jadi jutawan. Ada seorang rakan kerja saya dulu ni gelakkan saya.
Satu masa dahulu, bila berniaga saya gagal dan gagal, saya cakap dengan kawan saya yang saya akan jadi jutawan. Dia gelakkan saya.
Satu masa dahulu, bila saya mula bangkit dengan perniagaan Advertising & Marketing saya dan saya percaya saya boleh uruskan portfolio pelanggan bernilai RM100juta. Ada orang gelakkan saya.
Satu masa dahulu, bila saya buat usaha untuk berkongsi ilmu bisnes dan pemasaran saya untuk melihat lebih ramai anak bangsa saya berniaga. Ada bangsa saya gelakkan saya tapi bangsa lain sokong saya.
Satu masa dahulu, ketika saya hisap rokok dan kemudian saya berhenti. Kawan-kawan perokok gelakkan saya.
Bila saya kata saya adalah bakal fit dan sihat dengan berat 75kg Insya Allah pasti ada yang gelakkan saya. Dan Insya Allah saya tahu ia akan tercapai dan sedang berlaku langkah demi langkah.
Semua yang orang gelakkan saya di atas Alhamdulillah telah membantu saya menjadi pembakar semangat mencapai impian saya dan di manakah orang yang gelakkan anda tersebut? Entah mana kan. Terima kasih buat mereka.
Ada orang gelakkan impian anda? Biar dia gelak sekarang dan Insya Allah kita ambil gelak dia sebagai sumber kekuatan kita sehingga kita boleh gelak pula satu hari nanti dengan izinNya. Setiap "gelakkan" orang lain pada kita itu jadikan ia sebagai bahan pembakar semangat diri kita untuk capai setiap impian kita.
Setiap permulaan kejayaan itu ianya kelihatan hodoh, buruk, susah, payah dan sebab itu namanya KEJAYAAN. Ia bernama kejayaan apabila kita lalui dan atasi semua kepayahan serta cabaran untuk akhirnya mencapai apa yang kita impikan.
Ini 5 tips dari saya untuk fokus mencapai matlamat:-
1/ Tetaplah dengan apa yang kita percaya yang kita mahukan walaupun mula-mula kita pun tidak berapa percaya dengan kemampuan diri kita.
2/ Fokus dan sentiasa bakar semangat diri untuk mencapainya setiap hari.
3/ Ambil kata-kata orang lain sebagai kekuatan kita
4/ Gunakan "talian hayat" short-cut untuk mencapai impian kita iaitu mendapatkan coach atau mentor yang telah berjaya untuk tunjukkan jalan
5/ Berada di sekeliling yang membantu kita atau menyokong kita mencapai matlamat kita.
Dan pergantungan kuat dengan Allah swt. Kejayaan dan keberkatan adalah asas semua yang kita mahukan Insya Allah.
Apa itu kejayaan?
Erti kejayaan bagi setiap orang tidak sama tetapi asasnya sama. Kejayaan bererti bila kita berjaya mencapai atau melakukan sesuatu yang kita tidak pernah lakukan.
Solat itu kunci kejayaan kepada semua kejayaan.
Wallahu A'lam
‪#‎AzizanOsman

Saturday, August 29, 2015

Penawar hati tidak tenang, gelisah, hidup huru hara, perhubungan suami isteri seperti hilang rasa kasih sayang


# IngatanBuatDiri

Selepas solat waktu. Ambil sedikit masa duduk berwirid sekejap: Baca Istighfar 10x -70x, Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar. 33x each dan Selawat 10x - 100x. Buat dengan tekun tanpa gangguan fokus. Buat dengan penuh khusyuk dan penghayatan apa yang dibaca. Insya Allah bila buat secara konsisten akan membantu membersihkan jiwa dan mendekatkan diri kepadaNya.
Ramai orang tanya saya dan beritahu hati tidak tenang, gelisah, hidup huru hara, perhubungan suami isteri seperti hilang rasa kasih sayang. Saya tidak ada jawapan kecuali ingatkan agar kita sama-sama connected dengan Allah swt dan berkasih sayang sesama kita.
Kita boleh khusyuk baca segala berita di media sosial begitu lama. Cuba berikan sedikit masa disiplin untuk solat, wirid dan baca Al-Quran walau satu muka surat selepas solat atau kurang-kurang setiap hari. Anda akan terperanjat hidup anda akan menjadi lebih tenang dan berkat Insya Allah. Ini pesanan arwah guru saya kepada saya satu masa dahulu di kala hidup saya adalah kucar kacir. Fokus perbaiki hati dan Insya Allah segala yang lain akan menjadi lebih baik.
Bila kita jauh dariNya, Dia akan "sergah" kita dengan pelbagai ujian, cabaran dan dugaan untuk ingatkan kita kembali mendekatiNya. Saya tidak sempurna dan banyak silap.
Demi Masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran. (Maksud dari Surah Al-Asr)

# KunciKataPentingAdalahKeberkatan
# SalamSubuh
#IngatanBuatDiri
# AzizanOsmam

Monday, August 24, 2015

WANG DALAM KWSP TAK CUKUP!

Jumlah wang yang kita perlukan untuk persaraan haruslah bertahan selama mana kita hidup. Ini bermakna wang tersebut mesti bertahan sekurang-kurangnya 30 tahun selepas persaraan (mengandaikan kita meninggal dunia pada umur 85 tahun). Masa yang agak panjang.

Cara untuk mempunyai wang yang cukup adalah dengan menyimpan dan melabur sebanyak mana wang yang boleh.
Sesetengah orang berkata, “Saya telah mempunyai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Wang itu akan meliputi semuanya”.

Ya, simpanan kita di dalam KWSP adalah bagus. Tetapi malangnya, wang itu tidak cukup. Hakikatnya, ia tidak dapat menampung walaupun separuh daripada kos sara hidup selepas bersara!

Seorang kawan saya hampir-hampir diserang sakit jantung apabila saya duduk bersama dia untuk mengira jumlah yang diperlukan untuk persaraannya. Cuma untuk menampung gaya hidupnya sekarang (tanpa menyentuh amaun prinsipal dan mengambil kira faktor inflasi), dia memerlukan RM6 juta apabila dia mencecah umur 55 tahun. Itu cuma untuk menampung gaya hidupnya sahaja dan belum mengambil kira kebebasan hidup yang diimpikan.

Sesetengah orang berkata jumlah itu hanya untuk kawan saya. Mungkin dia perlu mempunyai wang yang banyak kerana gaya hidup yang keterlaluan. Tetapi, oleh sebab gaya hidup mereka biasa sahaja, mereka tidak perlukan jumlah wang sebanyak itu.

Hujah di atas adalah salah atas dua sebab. Pertama, kawan saya ini sebenarnya hidup dengan cara yang simple. Kedua, mengapakah perlu mengurangkan gaya hidup anda selepas persaraan? Secara logiknya, bukankah kita perlu menikmati segalanya selepas bekerja keras selama 30 atau 40 tahun? Kita sepatutnya mempunyai lebih, bukan kurang wang pada akhirnya!

Tetapi, realiti sebenarnya ialah orang mempunyai wang yang kurang selepas persaraan. Ini merupakan cerita yang sedih, tragik dan menggerunkan!

#Azizi Ali Mentor Wang

Saturday, August 1, 2015

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

SHARE utk semua dgn harapan kita semua menjadi orang KAYA.