Showing posts with label DAO. Show all posts
Showing posts with label DAO. Show all posts

Friday, May 30, 2014

[Prinsip 10S] Untuk Sentiasa Hidup Luar Biasa Dengan Rezeki & Kewangan Penuh Keberkatan

[Prinsip 10 "S"]
Untuk Sentiasa Hidup Luar Biasa Dengan Rezeki & Kewangan Penuh Keberkatan? 
by AZIZAN OSMAN

Berapa ramai daripada anda yang ingin membina kehidupan yang sentiasa luar biasa dn diberkati Tuhan? 

Dibawah ini saya kongsikan formula 10S yang anda boleh sentiasa gunakan di dalam membina kehidupan yang penuh keberkatan. Nikmat rezeki sebenarnya bukanlah hanya bergantung kepada banyak atau sedikit tahap kewangan kita tetapi ia juga perlu dicari keberkatan di dalamnya. Saya percaya rahsia keberkatan adalah terletak pada berapa banyak manfaat dapat diberikan kepada orang lain. 

Jika anda ingin melihat kehidupan anda, kerjaya anda, perniagaan anda mudah-mudahan penuh dengan keberkatan atau jika apa yang kita inginkan belum tercapai, apa yang anda patut buat? 

Ada 10S yang anda boleh buat! :-

1- Syukur- 

Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur adalah setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak dari Tuhan. Orang yang sentiasa bersyukur juga adalah orang yang kurang merungut dan orang yang banyak merungut adalah mereka yang mungkin kurang bersyukur. Orang yang setiap hari bersyukur, jiwa mereka akan lebih tenang dan bahagia. Selain daripada bersyukur kepada Tuhan yang Maha Kuasa, kita juga dapati bersyukur dengan berterima kasih kepada manusia lain yang membantu kita juga adalah salah satu perkara yang membawa kepada keberkatan dan kebahagiaan. 

2- Sedekah- 

Ya! Bersedekah! Sedekah adalah hikmah Tuhan untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran. Selama ini kita banyak menerima "sedekah" dari Tuhan dalam ertikata banyak nikmat yang tidak terhitung yang diberikan kepada kita, sebenarnya bukan setiap apa yang Tuhan berikan kepada kita itu adalah hak kita, sebahagian daripadanya adalah hak orang lain yang diberikan melalui kita. Contohnya seorang anak bekerja mendapat gaji, tetapi rezeki itu mungkin untuk di salurkan sedikit kepada ibu bapa kita yang telah tua. Sedekah sedikit atau banyak ikut apa yang kita rasa suka dan seikhkas hati kita. Jangan lupa juga untuk berdoa agar dengan keberkatan sedekah tersebut, maka Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, diri kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan dan memudahkan setiap urusan kita.

3- Salam atau Selamat - 

Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak atau mengucapkan selamat kepada orang lain yang bukan Islam. Ucapan salam atau selamat sebenarnya membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoaka kesejahteraan orang lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut mudah-mudahan berkali-ganda.

4- Senyum- 

Ya! Senyum adalah sedekah dan barangsiapa yang bersedekah, Allah swt akan memberikan dia lebih banyak lagi. Senyuman juga membuka peluang dan pintu rezeki. Selain daripada itu, senyuman membantu kita fokus melihat kepada perkara yang baik di sekeliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya?

5- Sujud- 

Ya! Sekiranya kita mahukan keberkatan di dalam hidup kita, kita perlu banyak sujud kepadanya. Lebih banyak ujian yang hadir dan lebih banyak anda mahu capai tingkatan atau tahap seterusnya di dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda perlukan. 

Untuk kaum muslimin, sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha, solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud akan membawa banyak keberkatan dalam hidup kita.

6- Selawat- 

Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan didoakan semula 10 kali ganda!

7- Sumbang- 
Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakaran anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita. Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran dan ramai orang lain.

8- Serah- 
Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia tahulah nak aturkan terbaik untuk kita.

9- Silaturrahim-
Ya! Merapatkan silaturahim merupakan salah satu cara untuk mendapatkan lebih banyak kebahagiaan dan keberkatan di dalam hidup, Hari ini ada banyak cara atau teknologi yang kita boleh gunakan untuk merapatkan hubungan antara kita dan saudara mara kita. Besarnya kebaikan merapatkan silaturrahim hingga salah satu pintu syurga disediakan untuk dimasuki oleh mereka yang hidup mereka sentiasa merapatkan silaturrahim.

10- Sabar- Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar dalam doa, usaha, sabar dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak sabar, kita akan tercabar!

Sebenarnya apa yang saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya ini bukan hanya sekadar untuk mendapatkan keberkatan di dalam hidup tetapi ia juga adalah formula penting di dalam membina kerjaya atau perniagaan yang berjaya. Semoga ianya memberi manfaat kepada anda. 

- AzizanOsman -

------------------------------------------------------------------------------------------

Perkhidmatan Sewa Kereta Murah Pandu Sendiri Kuala Lumpur!!


"KEPAKARAN kami di Kereta Sewa Murah Lembah Klang adalah menolong dan membantu orang yang memerlukan perkhidmatan murah di area LEMBAH KLANG. Orang luar lembah klang yang ingin datang melawat@makan angin di area lembah juga menggunakan perkhidmatan kami jika mereka datang dengan menggunakan kapal terbang, bas or train. Kami juga TELAH MEMBANTU ramai customer dimana kereta mereka ROSAK @ BREAKDOWN dan perlukan kereta untuk bergerak samada ke tempat kerja atau balik kampung. Sememangnya kami adalah penyedia perkhidmatan sewa kereta yang HEBAT & DISEGANI oleh customer dan juga persaing di KL. Perkhidmatan yang kami tawarkan sememangnya terbukti antara yang TERBAIK dan TERMURAH!!"
HUBUNGI KAMI SEKARANG UNTUK MENDAPATKAN HARGA SPECIAL!!

Tempahan online just Klik www.tinyurl.com/keretasewa-murah4u

@ direct sms/whatsapp/call》012-6656874

Wednesday, February 27, 2013

Motivasi: Ingat Asal Usul Kita ~DAO

Peribahasa cina yang saya nak kongsikan hari ini adalah :
Ying Shui Sze Yuen....
#brought by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Maksudnya bila dapat merasai keenakkan air, ada yang lupa dari mana punca sumber air itu datang.
Peribahasa ini diguna pakai untuk manusia yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Dia menikmati nikmat atau hasil dari sesuatu, dia lupa dari mana atau dari siapa dia dapat menikmati hasil tersebut akhirnya.
Orang yang berjaya dan diberkati adalah mereka yang sentiasa ingat asal usul diri dia.

Sentiasa berpijak dibumi yang nyata, berapa tinggi langit dia terbang, dia tahu akhirnya dia akan ke tanah jua. Di dalam perjalanan kita menuju kejayaan dunia dan akhirat, selain daripada sentiasa bersyukur kepada Allah swt
dan berselawat ke atas RasulNya, pasti ada manusia-manusia penting yang kita perlu ingat dan hargai yang membantu kita secara langsung atau tidak langsung menjadikan kita
adalah kita hari ini dan akan datang.

Sentiasa belajar untuk hargai mereka
terutamanya keluarga kita, suami/isteri, ibu- bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, guru-guru, rakan taulan, bekas majikan atau
majikan, JKKKK, Ketua Kampung, pengkritik atau sesiapa sahaja kerana di situlah datang keberkatan di dalam apa yang kita lakukan. Kita tidak tahu doa mereka yang mana yang
makbul sebelum ini yang membantu kejayaan kita samada kecil atau besar, samada sekarang atau akan datang, samada di dunia atau di akhirat.

Semoga usaha kita diberkati dan dirahmati Allah swt. - AzizanOsman -

Monday, February 25, 2013

Motivasi: Perlu ade M.E.S.T.I !!


Insya-Allah berjaya bila kita yakin dengan kekuasaanNya, percaya dengan diri, ada mentor, ilmu, strategi/ sistem yang terbukti berjaya, sanggup bertindak dan berusaha secara luar biasa, konsisten dan berterusan
sehingga berjaya dan amat jelas impian dan matlamat yang mesti dicapai.... Doa &Tawakal! Insya-Allah dapat! Jangan fikirpasal "tidak"....Kalau belum? Sabar dan serah.... Trial & adjust! - AzizanOsman -
#brought to you www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Wednesday, December 5, 2012

Berani 2013: Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Akan Jadi Kenyataan !!

Tahun 2012 bakal melabuhkan tirainya dan tahun 2013 makin menjelma. Untuk makluman semua, Dr. Azizan Osman iaitu Jurulatih Kejayaan #1 Asia akan mengadakan satu program PERCUMA untuk kita semua. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk kita pergi lebih jauh dalam apa-apa bidang yang kita ceburi baik bisnes, kerjaya atau apa saja. JOM kite BERANI untuk BERTINDAK pada tahun 2013 akan datang!!