Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Friday, March 15, 2013

Motivasi: Doa Majikan Untuk Pekerja

Anis Choc Moist Cake wrote→

Salam kepada semua pekerja,

(Doa dari majikan anda..)
Ya Allah Ya Tuhanku, kami berdoa padamu Ya Allah..Berikanlah kepada semua pekerja kami ini ketenangan, kegembiraan,perlindungan,keberkatan dan kesihatan yang terbaik semasa bekerja dengan kami Ya Allah..Kami berdoa supaya mereka dapat bekerja dengan penuh kasih sayang dalam memberi perkhidmatan mereka Ya Allah..

#www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Ampunilah semua dosa-dosa pekerjaku Ya Allah, berikanlah rezeki yang melimpah ruah kepada mereka yang ikhlas semasa bekerja denganku,kami ingin memberi banyak lagi kepada mereka Ya Allah..kami ingin membantu mereka Ya Allah dari segala segi...Permudahkanlah Ya Allah..

Ya Allah,jika mereka ini yang terbaik untukku Ya Allah..kau kekalkanlah mereka denganku..Jika sebaliknya Ya Allah,kau keluarkanlah mereka dengan sendirinya Ya Allah...Semoga Allah memberi kami pekerja-pekerja yang terbaik di masa-masa hadapan Ya Allah..

Amin...Ya Rabbal 'Alaminn...

(Doa ini ditujukan khas untuk 30 orang pekerja kami, dan semua yang bergelar pekerja di luar sana

Tuesday, March 12, 2013

Motivasi: BERANI MENANGGUNG RISIKO


Datuk Dr Maznah Hamid wrote ↓

BERANI MENANGGUNG RISIKO

Ada satu cerita lagi. Trump berasa sedih apabila mendapat tahu Michelle Sorro, calon The Apprentice dari Los Angeles, sanggup keluar daripada rancangan itu apabila gagal dalam tugasan mingguannya. Trump tidak percaya pada apa yang didengarnya. Dia tidak percaya ada anak muda yang tidak berani menanggung risiko. Sedangkan, terdapat 50 000 lagi orang lain di luar sana yang berbaris berkilometer bagi menghadiri uji bakat.

Semua tahu, Trump pernah gagal dalam bisnes. Trump pernah muflis. Trump Casino pernah bankrap. Bukan sekali, tetapi tiga kali. Trump berkata, "Saya tidak suka dengan perkataan yang bermula dengan huruf 'B' itu." Nilai hutang Trump dengan sebuah bank pernah mencecah RM596 juta. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Semangatnya tetap teguh seperti batu karang. Kukuh seperti tugu negara yang utuh.

Berkaitan hal ini, Trump memberikan lima panduan seperti berikut:
1) Cantas fikiran negatif dan gantikannya dengan fikiran positif.
2) Sentiasa kekalkan fikiran positif setiap hari. Apabila berfikiran negatif, individu lain juga berfikiran negatif tentang kemampuan kita.
3) Serlahkan keyakinan diri. Terjun ke dalam medan para pesaing. Bermain dengan mereka bersama-sama di atas padang.
4) Buktikan kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan individu lain. Sentap status quo mereka dengan membuktikan betapa kita juga mampu.
5) Pecahkan tembok zon selesa dengan bergerak ke hadapan melalui momentum yang terhasil daripada berfikiran positif.

Ya. Hidup ini semuanya tentang risiko. Apa sahaja kita buat melibatkan risiko. Kita mungkin tidak payah melakukan apa-apa untuk mengelak risiko. Tetapi bolehkah kita? Hasilnya kita tidak memperolehi kemenangan. Kita tidak dapat merasai kemanisan buah kerana tidak berani memanjat. Kita tidak dapat menuju ke tempat yang diingini kerana takut memandu. Kita tidak dapat merasai perasaan disayangi kerana takut dilukai. Kita tidak akan dapat pendengar yang setia kerana takut untuk bercakap. Kita tidak akan dapat pembaca kerana takut menulis.

Orang berjaya mempunyai sesuatu tentang risiko. Mereka berani mengambil risiko. Ini sebab mereka tahu ganjaran yang akan diperolehi. Tetapi orang yang kalah takut hendak mengambil risiko. Mereka takut pada risiko yang diambil. Jadi jangan takut untuk mengambil risiko. Hidup ini adalah tentang risiko. Berani untuk mengambilnya. Kita akan menjadi seorang insan yang luar biasa hebatnya

Motivasi: NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU

#www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini
1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,EMAS dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.

"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Nasihat beliau amat mendalam

Friday, March 8, 2013

Motivasi: Hidup Kita Punya Pilihan

Rozi Saarey wrote ~
#www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Hidup ini adalah pilihan.
Di mana kita berada sekarang -> Kita yang pilih untuk berada di situ.

Kita yang pilih untuk;
- Kerja makan gaji
- Bisnes sendiri

Pilihan dibuat berdasarkan:
1) Apa yang kita anggap penting kepada kita.
2) Apa kemahuan dan kehendak kita.
3) Faktor "Security" vs "Enjoying Life"

Pilih jalan yang BIJAK. Mungkin kombinasi keduanya dahulu. Sehingga kita tahu masanya

Wednesday, March 6, 2013

Motivasi: Fokus Pada Matlamat

Shared Irfan Khairi:
Perlu fokus untuk mencapai apa saja
matlamat anda!

Monday, March 4, 2013

Motivasi: Kekayaan&Kejayaan Bermula dengan Kawalan&Tabiat~DSR

Dr. Wan Shah Razali wrote→
#www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Semalam di Melaka saya sempat berkongsi 2 tips penting untuk menjadi kaya. Iaitu :
i - Kawalan
ii - Tabiat

Dua perkara ini amat penting jika inginkan kekayaan di dunia dan di akhirat. Tanpa memiliki kawalan, bagaimana kita nak melabur didalam satu-satu instrument pelaburan itu? Ramai yang telah mengalami kerugian kerana memilih pelaburan yang diluar kawalan mereka.

Tabiat yang betul perlu sebagai tools utama mengecapi kekayaan ataupun
kewangan bebas. Sebagai contoh, jika kita tidak boleh menjaga solat, bagaimana mungkin dapat kita menjaga pelaburan duniawi kita? Tentu sekali sukar bukan. Oleh itu berikan penekanan untuk kedua-dua aspek ini jika ingin memburu kekayaan didunia dan diakhirat. Kaya Harta, Kaya Jiwa.
Your Wealth Doctor,
DSR

Wednesday, February 27, 2013

Motivasi: Ingat Asal Usul Kita ~DAO

Peribahasa cina yang saya nak kongsikan hari ini adalah :
Ying Shui Sze Yuen....
#brought by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Maksudnya bila dapat merasai keenakkan air, ada yang lupa dari mana punca sumber air itu datang.
Peribahasa ini diguna pakai untuk manusia yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Dia menikmati nikmat atau hasil dari sesuatu, dia lupa dari mana atau dari siapa dia dapat menikmati hasil tersebut akhirnya.
Orang yang berjaya dan diberkati adalah mereka yang sentiasa ingat asal usul diri dia.

Sentiasa berpijak dibumi yang nyata, berapa tinggi langit dia terbang, dia tahu akhirnya dia akan ke tanah jua. Di dalam perjalanan kita menuju kejayaan dunia dan akhirat, selain daripada sentiasa bersyukur kepada Allah swt
dan berselawat ke atas RasulNya, pasti ada manusia-manusia penting yang kita perlu ingat dan hargai yang membantu kita secara langsung atau tidak langsung menjadikan kita
adalah kita hari ini dan akan datang.

Sentiasa belajar untuk hargai mereka
terutamanya keluarga kita, suami/isteri, ibu- bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, guru-guru, rakan taulan, bekas majikan atau
majikan, JKKKK, Ketua Kampung, pengkritik atau sesiapa sahaja kerana di situlah datang keberkatan di dalam apa yang kita lakukan. Kita tidak tahu doa mereka yang mana yang
makbul sebelum ini yang membantu kejayaan kita samada kecil atau besar, samada sekarang atau akan datang, samada di dunia atau di akhirat.

Semoga usaha kita diberkati dan dirahmati Allah swt. - AzizanOsman -

Tuesday, February 26, 2013

Motivasi: Which Side are You??

Morning! Salam selasa untuk semua. Apa status mode kita hari ini? Jom kita kaji&muhasabah diri!

Monday, February 25, 2013

Motivasi: Perlu ade M.E.S.T.I !!


Insya-Allah berjaya bila kita yakin dengan kekuasaanNya, percaya dengan diri, ada mentor, ilmu, strategi/ sistem yang terbukti berjaya, sanggup bertindak dan berusaha secara luar biasa, konsisten dan berterusan
sehingga berjaya dan amat jelas impian dan matlamat yang mesti dicapai.... Doa &Tawakal! Insya-Allah dapat! Jangan fikirpasal "tidak"....Kalau belum? Sabar dan serah.... Trial & adjust! - AzizanOsman -
#brought to you www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Motivasi: Fikir & Bantu Diri dan Orang Lain

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah wrote:
#brought to you by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

As salamu'alaikum shbt yg mulia. Pesan Saidina Ali RA: Barangsiapa memujiku, aku akan cari batu & baling dia dgn batu itu (sbb Ali takut jadi riak bila di puji). Pesan Pendita: Org yg bijaksana sentiasa berfikir bagaimana
nak bantu atau nak bangunkan org lain. Org yg sederhana fokus kpd dirinya & rutin hariannya. Org yg jahil & bodoh fokus kpd keburukan org lain & menjaja keburukan org.

Pesan org tua: Sesiapa yg menegur kita
adalah guru kita & sesiapa yg memuji kitaadalah "musuh" kita! Hari ini, mari kita baiki diri & cari jln utk bantu org lain. Jadikan hari ini hari yg terbaik, mana tahu hari ini hari terakhir utk kita. Moga Allah swt rahmati &lindungi kita semua. Aamiin, wassalam.

#brought to you by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Sunday, February 24, 2013

Tip&Motivasi: Jangan Hidup Seperti Pokok Dedalu

Petang ni mak berkongsi tentang "Jangan hidup seperti pokok dedalu".... Saya tanya "Kenapa mak?".... Mak saya kata, pokok dedalu ni suka menumpang ke atas pokok lain dan "tak sedar diri" membunuh pokok yang ditumpangnya. Dia kata, jadi seperti pokok Sakat/ Langsuir tu takpe, sebab dia menumpang pokok lain tapi buat pokok lain nampak cantik..... :)p.... Mendalam falsafah mak kita kan? - AzizanOsman -

#Brought to you by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Saturday, February 23, 2013

Motivasi: Learn If Don't Know!


Most people don’t even begin if they don’t know how. Its because you don’t know that should make you want to start. Trust me; you’ll learn.- Robert Kiyosaki

#shared by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

Saturday, December 8, 2012

5 TIP CEGAH MUFLIS


Masalah kewangan bukanlah isu terasing dalam sesebuah perniagaan. Semua syarikat pernah mengalaminya. Cuma yang membezakan mungkin pada nilai keperluan wang dan tahap keseriusan masalah itu. 
Kadang-kala, masalah yang timbul berlaku kerana hal luar jangka seperti masalah pembayaran dari pelanggan. Pelanggan menjanjikan bayaran daalam tempoh tiga bulan selepas projek siap tetapi bayaran yang diperolehi hanya selepas enam bulan (malah ada yang sehingga setahun menunggu bayaran). 

Walaupun, perkara-perkara ini diluar jangka, namun ada beberapa perkara yang masih di dalam kawalan usahawan dalam mencegah isu muflis:

Pastikan Ada Dana Kecemasan
Dana kecemasan penting bagi setiap syarikat. Sebaik-baiknya dana itu boleh menampung sekurang-kurangnya aliran perbelanjaan syarikat untuk tiga bulan. Amalkan menyimpan amaun yang konsisten setiap bulan di dalam Fixed Deposit (FD) atau Sijil Amanah bagi tujuan dana ini. Jika syarikat hanya mampu simpan RM500 setiap bulan, itu sudah bagus untuk permulaan. Paling penting ialah konsisten. 

Pastikan 'Kesihatan Kewangan' Pemilik Baik
Menjadi pemilik syarikat, anda perlu lihat kesihatan kewangan anda. Kadang-kala usahawan terlepas pandang tunggakan bayaran peribadi misalnya untuk kad kredit, ansuran kereta, pinjaman rumah dan lain-lain. Jika anda pemilik syarikat tunggal, masalah kewangan peribadi akan menjejaskan perniagaan anda. Anda boleh ke Blok C, Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan status kesihatan kewangan anda. 

Pelbagaikan Portfolio 
Selain projek besar, syarikat perlu mempunyai projek-projek kecil yang boleh meringgankan aliran perbelanjaan syarikat setiap bulan. Bergantung pada hanya satu projek besar bakal membawa risiko kewangan yang besar kelak. 

Jika Terima Surat Peguam, Berbincanglah
Pernahkah anda menerima surat peguam berkaitan pinjaman atau pembekal anda mengemukakan saman? Ramai usahawan mengambil lewa isu surat peguam ini. Berbincanglah dengan peguam tersebut. Selalunya jika anda menerima surat peguam yang bertindak mewakili pembekal, anda masih berpeluang berbincang dengan pembekal anda itu. 

Pembekal anda juga seorang peniaga. Berbincanglah untuk bayaran ansuran. Beritahu kepada mereka situasi perniagaan anda dan beri satu komitmen ansuran pembayaran. Ketelusan anda untuk membuat bayaran secaran ansuran disebalik kekangan kewangan akan meningkatkan kepercayaan pembekal kepada anda. 

Sediakan Senarai Hutang
Apabila kekangan wang berlaku, senaraikan hutang dan perbelanjaan bulanan anda. Kemudian letak keutamaan pada hutang yang anda fikirkan bakal menyebabkan anda terjerumus dalam isu muflis. Misalnya, tunggakan bil, tunggakan pinjaman dengan bank dan bayaran kepada pembekal mempunyai keutamaan berlainan jika anda hanya mempunyai wang terhad di tangan. Buatlah keutamaan secara bijak.