Tips for today:-
#www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini
1. Orang yang paling berkuasa adalah orang
yang dapat menguasai dirinya sendiri.
2. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang
kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa
yang orang lain ada.
3. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat
diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.
4. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah &
hadapilah.
5. Jika anda hilang segala-galanya, jangan
lupa, kerana anda masih mempunyai masa
depan.
6. Sesiapa yang tidak pernah merasai
kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
7. Tidak pernah wujud orang malas. Orang
yang dianggap malas ialah orang yang tidak
dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan
minatnya.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan
pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula
akan menentukan kebahagiaan.
8.. Seseorang menganggap ujian sebagai batu
penghalang, sedangkan orang lain
menganggapnya sebagai batu lonjatan.
9. Kekuatan tidak datang dari kemampuan
fizikal, tetapi ianya datang dari semangat
yang tidak pernah mengalah.
10. Mengetahui perkara yang betul tidak
memadai dan bermakna jika tidak melakukan
perkara yang betul.
11. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda
akan mendapat sesuatu yang lebih besar
daripada apa yang anda sangkakan..