Showing posts with label Pengurusan. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan. Show all posts

Sunday, May 19, 2013

Tips: Kesan Pengurusan Pelanggan


Kesan Pengurusan Pelanggan

Dalam perniagaan, pemasaran adalah
nadi utama.

Dalam masa sama, nadi itu disokong dengan
satu lagi prioriti.

Ramai usahawan baru dan berpengalaman
terlepas pandang terhadap isu ini. Kemudian
membuatkan bisnes mereka rugi secara
berperingkat.

Apabila isu ini dipinggirkan, maka azab bisnes
menanti.

Isu yang saya maksudkan adalah "Customer
Support."

... Atau bahagian bantuan sokongan pelanggan.

===
TIngkah Laku Pelanggan
===

Apabila pelanggan bersetuju untuk beri kita duit,
maka mereka berhak dilayan dengan baik.

Itu sebabnya dalam sistem bisnes, penting
untuk mempunyai barisan "Customer Support"
yang bijak untuk memikat hati pelanggan.

Jadi, bagaimana untuk kita mempunyai
barisan askar yang berkaliber dan
berkualiti?

Ini JAWAPANNYA.

===
1 - Peraturan Deringan 3 Kali
===

Apabila pelanggan menghubungi nombor 
telefon, sebaik-baiknya kita angkat sebelum
deringan kita.

Untuk e-mel pula, balas dalam masa kurang
3 jam.

Tempoh masa untuk memberi respon adalah
kritikal.

... Ia dapat mencerminkan kredibiliti pemilik
bisnes.

===
2 - Senyum, Gembira, Bahagia
===

Jadikan barisan askar bisnes kita sebagai
pencipta bahagia dalam diri pelanggan.

Walau apa jua keadaan, sentiasa memenangi
hati mereka.

Pelanggan adalah aset.

Jaga aset dengan sebaik-baiknya. Layan dengan
mewujudkan kebahagiaan.

Senyum. Buatkan si pelanggan selesa

===
3 - Kritikan Sebagai Penambahbaikan
===

Kita tidak lari daripada sebarang masalah atau
kritikan.

Sebagai pemilik bisnes yang bijak, segala kritikan
ini diambil bagi tujuan penambahbaikan.

Setiap komplen adalah peluang untuk kita
memenangi hati pelanggan dari semasa
ke semasa.

Jadi, usah kecewa dengan kritikan.

Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk
lebih kaya dan berjaya.

Adakah anda sudah menyiapkan askar-askar
"Customer Support" dalam bisnes?

Jika belum, maka ini masanya.

Melabur untuk kekayaan jangka masa panjang.

Semoga membantu. ;)

-DAO-

Gambar aktiviti~ Sharing bisnes konsep P4U dimana-mana. Makin lama makin ramai yang celik minda pentingnya bermula untuk buat SIMPANAN EMAS. Dengan menjadi members P4U anda layak mendapat harga MURAH & berpeluang MENJANA pendapatan LUMAYAN. Jom!!