Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Antara 1970-2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K-RM400K!


Harga Rumah 2013 Antara 1970 2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K RM400K!
Jikalau sebelum ini pembaca Berita Semasa mungkin sudah membaca laporan DI SINI yang menjangkakan rakyat Malaysia perlu berpandapatan RM12,000 sebulan untuk membeli sebuah rumah teres yang berharga RM800,000. Iaitu 8 tahun daripada sekarang. Bersedialah semua di sini….
Hakikat dan realiti harga rumah semakin melonjak tinggi berkali ganda ketika ini sedangkan….. perbezaan peningkatan GAJI rakyat Malaysia tidak banyak berubah. Belum dimasukkan sekali peningkatan kos barang-barang lain….
Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
  • Kos sara hidup meningkat tinggi tak seimbang dengan pendapatan kalangan rakyat Malaysia
  • Gaji nak 13% harga barang pula naik sehingga 70%. Itupun kenaikan gaji tidak tidak meliputi kesemua golongan yang berkerja di Malaysia. Bergantung dengan majikan masing-masing. Ada yang naik ada yang tidak……Ada yang terpaksa menuntut berkali-kali, ada yang hampir pasti menunggu habuan besar setiap tahun
  • Manakala, kenaikan kos sara hidup tetap perlu ditempuh
  • Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
Dan bagi sudah tiba masanya untuk Dasar Perumahan Negara perlu dikaji semula supaya dilihat sesuai dengan peredaran zaman & realiti yang berlaku hari ini. Sedangkan, kita masih lagi menggunakan dasar lama yang masih tidak dikaji semula
Keadaan (harga) tanah semakin tinggi, tetapi dasar kita masih dasar yang ke belakang
  • Penetapan kadar harga rumah mampu milik juga perlu dikaji semula kerana kadar RM200,000 hingga RM400,000 pada masa ini masih tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah di bandar.
  • Pemaju yang sanggup bina rumah mampu milik, pelannya diproses dengan kadar segera supaya dapat membantu menurunkan ‘holding cost’ dan rumah boleh dibina pada kadar harga lebih murah
  • Kerajaan mewujudkan bank tanah dengan bertindak membeli tanah yang boleh dibangunkan di seluruh negara bagi mengawal kenaikan harga rumah di masa akan datang
  • Lain? Ada nak tambah?

Riba Harga Rumah Antara 1970 2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K RM400K!

Satu Lagi Masalah Riba di Malaysia :

Ini satu lagi masalah bagi kami perlu sangat dikaji semula. Sangat menindas rakyat!
Pinjaman Tanpa Faedah(andaikata ia wujud di Malaysia)
  • harga rumah rm200,000
  • tempoh bayar balik 25 tahun (300 bulan)
  • pengiraan pinjaman:-RM200,000/300 BULAN = RM666 SEBULAN! Ini jumlah yang sepatutnya anda bayar setiap bulan
Pinjaman Dengan Faedah (Inilah realiti yang berlaku hari ini)
  • Harga rumah RM200,000
  • Tempoh bayar balik 25 tahun (300 bulan)
  • Faedah (riba) 6% setahun (ikut standard)
  • Pengiraan pinjaman:- 6% setahun x RM200,000 = RM12,000 setahun (faedah = riba)
  • RM12,000 x 25 tahun (tempoh pinjaman) = RM300,000!!  (faedah = riba)
  • Jadi, harga rumah RM200,000 + RM300,000 (faedah =r iba) = RM500,000
  • RM500,000 / 300 bulan = RM1666
  • Kepada pembuat dasar negara? Adakah mereka sedar atau tidak? RIBA yang bagi kami sangat-sangat tidak munasabah dan berperikemanusiaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan di Malaysia!!
P/S : Persoalannya, berapa ramaikah orang muda memiliki pendapatan RM6,000 sebulan sekarang bagi mengadapi beberapa lonjakan harga rumah untuk beberapa tahun mendatang?