Gold & Investment : Harga Emas Terkini 9.6.2013
Sunday, June 9, 2013
Gold & Investment : Harga Emas Terkini 9.6.2013
Thursday, May 16, 2013
Gold&Investment: TIPS KETIKA HARGA RUNTUH.5 KESILAPAN YANG PATUT ANDA ELAKAN!!
TIPS KETIKA HARGA RUNTUH...
5 KESILAPAN YANG PATUT ANDA ELAKAN!!
1. Membeli emas di kedai Emas
✔ Membeli emas pelaburan di kedai emas merupakan kesilapan yang mesti anda elakan, ini kerana..spread yang dikenakan oleh kedai emas adalah sangat tinggi..gold investment law " lagi tinggi spread yang dikenakan, lagi lambat anda mendapat untung"
2. Membeli barang kemas sebagai pelaburan.
✔ Barang kemas mempunyai upah pembuatan, upah pembuatan itu merupakan extra cost yang anda perlu tanggung, selain dari itu anda juga akan dikenakan spread yg tinggi apabila anda jual semula nanti.
3. Meminta nasihat dari peniaga emas dan bukan pelabur emas
✔ Minta nasihat dari pelabur emas, kerana pelabur emas mempunyai strategi , bukan sekadar membeli.
4. Membeli emas yang mempunyai spread tinggi
✔ Pastikan spread emas yang anda beli itu rendah, spread terbaik ialah 6% ke bawah
5. Tidak menjual emas walaupun telah untung
✔ jangan jatuh cinta dengan pelaburan anda, jual apabila telah mendapat keuntungan,anda pasti dapat membelinya kembali selepas itu..
"Ingin menjadi penyimpan aset dalam bentuk EMAS yang bijak?
Tuesday, February 26, 2013
Gold&Investment: Turun Naik Harga Emas di Pasaran
#brought by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini
RAKYAT Malaysia tidak perlu risau dengan kejatuhan harga emas kerana ini adalah masa terbaik untuk membeli barang kemas bagi tujuan perhiasan mahu pun sebagai aset simpanan dan pelaburan.
Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Habib berkata, harga emas tidak akan turun disebabkan faktor domestik seperti pilihan raya kerana ia bergantung kepada harga antarabangsa serta disokong permintaan terhadap barangan itu oleh masyarakat seluruh dunia.
Menurutnya, harga emas tidak ditentukan melalui harga barang kemas semata-mata tetapi turut dinilai sebagai instrumen kewangan oleh sesetengah institusi perbankan seperti Bank Negara Malaysia. “Sekarang adalah masa paling sesuai untuk
melibatkan diri dalam pemilikan emas kerana kepelbagaian potensinya.
Sejak 12 tahun lalu, harga emas mencatatkan peningkatan dengan pertumbuhan baik setiap tahun,” katanya pada majlis pelancaran
Koleksi Oro Italia 916 Habib di Kuala Lumpur, semalam.
Untuk memenuhi pasaran tempatan, Habib menghasilkan emas berlian dengan teknologibtinggi dan rekaan cantik melalui pelancaran
koleksi tersebut. Semalam, harga emas dicatat pada AS$1,560 (RM 4,854) setiap 28.35 gram berbanding
tahun lalu di mana emas mencatatkan harga setinggi AS$1,945 (RM6,052) bagi setiapb28.35 gram. Meer berkata di samping emas, Malaysia adalah lokasi terbaik untuk memiliki berlian
kerana ia tidak dikenakan cukai serta harga munasabah.
#brought by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini
Sunday, February 17, 2013
BILA MASA SESUAI MEMBELI/MENJUAL EMAS DAN FAKTOR MEMPENGARUHI HARGA EMAS
Artikel from solehah
Harga emas di pasaran dunia ada naik dan turun. Jadi bilakah masa sesuai untuk membeli emas? Kalau ditanya pada sesiapa pun, bila nak beli emas? Kebarangkalian yang akan mereka jawab ialah bila dah ada duit atau ketika harga emas rendah.
Sebenarnya masa sesuai untuk membeli emas ialah masa sekarang juga pada harga emas rendah, iaitu pada graf harga rendah daripada harga tinggi,jangan tunggu terus beli emas. Jika emas turun lagi beli emas sedikit demi sedikit iaitu guna teknik pemurataan kerana kita tidak tahu bilakah masa harga emas akan turun. Sila lihat sejarah graf kenaikan harga emas di www.kitco.com.
Sekarang harga emas adalah rendah kerana krisis matawang euro, jadi masa yang amat sesuai membeli emas adalah sekarang juga. Adakalanya saya pelik, apabila harga emas naik,iklan di akhbar dan berita emas panas,pada masa itulah ramai yang ingin membeli emas,walaupun harga emas tinggi. Jadi beli emas sekarang masa harga rendah, emas adalah selamat dan akan sentiasa naik atau untung….gerenti beli emas tidak akan rugi…Namun begitu kita boleh meramal harga akan turun atau naik berdasarkan faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas. Jadi kita kena rajin menganalisa, mendengar berita atau membaca internet berdasarkan faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas. Faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas ini jika kita pantau akan membolehkan kita meramal harga emas akan turun atau naik dan seterusnya dapat tahu bila masa sesuai untuk membeli atau menjual emas. Faktor-faktor kenaikan atau penurunan harga emas adalah :FAKTOR PERTAMA : PERMINTAAN DAN PENAWARAN EMAS DUNIAPermintaan emas adalah berkaitan dengan pengeluaran emas dunia. Jika pengeluaran emas semasa di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Rujuk negara-negara pengeluar emas dunia dan permintaan emas termasuk import atau eksport emas. Sumber: http://www.marketknowledge.gold.org/
Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran.Macam saham dan lain-lain barang jugalah emas nie… kalau permintaan meningkat maka harganya akan naik, tapi bila permintaan menurun maka harganya menurun.Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:1. Untuk kegunaan industri2. Untuk kegunaan pelaburan3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas5. Lain-lain kegunaan.
Penawaran emas di pasaran dunia. Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:1. Lombong emas di seluruh dunia2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat3. Emas terpakai yang digunakan semulaJadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia.
Jika sesuatu negara membeli emas, harga emas akan naik dan sebaliknya.Namun begitu,dalam jangkamasa panjang harga emas akan sentiasa naik kerana pengeluarannya semakin berkurang, permintaannya semakin tinggi kerana populasi manusia semakin bertambah dan pertambahan penggunaannya dalam dunia moden seperti alat elektronik, computer dan sebagainya.
FAKTOR KEDUA : KEADAAN EKONOMI DUNIA
Keadaan ekonomi dunia mempengaruhi harga emas terutama negara-negara yang sinonim dengan emas seperti cina, india, amerika, negara eropah dan sebagainya. Sebarang acara besar ataupun bencana yang berlaku pada negara tersebut akan mempengaruhi harga emas iaitu harga emas akan turun. Harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya.
FAKTOR KETIGA : HARGA DOLLAR U.S
Harga dolar u.s berkadar songsang dengan harga emas iaitu jika harga Dollar amerika semakin jatuh harga emas akan naik dan sebaliknya. Untuk itu kita mesti mengetahui berita atau acara atau aktiviti negara u.s. Berita yang berkaitan dengan harga emas anda boleh rujuk di www.kitco.com ataupun mana-mana laman web yang berkaitan dengan emas.
FAKTOR KEEMPAT : HARGA EURO DAN MATAWANG DUNIA
Dollar U.S sentiasa berlawan dengan dollar euro. Jika harga euro rendah, harga dollar us akan tinggi dan sebaliknya. Jadi sebarang acara atau krisis yang berlaku di negara eropah yang menggunakan matawang euro akan mempengaruhi harga emas.
Untuk mengetahui perkembangan matawang euro atau matawang anda boleh rujuk www.forex.com.
KESIMPULAN :Emas adalah komoditi unik dimana harganya dipengaruhi oleh banyak faktor. Ini menyebabkan harga emas adalah stabil dan selamat berbanding komoditi lain atau pelaburan lain. Contoh, jika berlaku krisis ekonomi atau penurunan wang euro, akan menyebabkan harga emas akan turun. Bila harga emas rendah permintaan emas akan tinggi kerana harganya yang rendah. Permintaan yang tinggi terhadap emas akan menaikkan harga emas. Jadi pelaburan emas adalah pelaburan yang terselamat kerana emas adalah kalis inflasi.Jadi berdasarkan fakjtor-faktor di atas kita akan dapat membuat ramalan harga emas akan naik atau turun seterusnya akan dapat masa yang sesuai untuk membeli atau menjual emas
Monday, February 4, 2013
Sewa Kereta Murah KL: Harga Baru Untuk Perkhidmatan Kereta Sewa Kuala Lumpur
Dokumen:
1. Salinan ic
2. Salinan lesen/kad pelajar untukpelajar IPT
3. Salinan bil air/elektrik rumah
4. Booking fee RM150 + Harga sewa (deposit dipulangkan masa pemulangan kereta)
Untuk booking dan pertanyaan lanjut:
Muzri : 0126656874 sms/whatsapp or call
p/s: pihak kami berhak menukar kadar cas mengikut kadar semasa. Sila contact kami untuk info lanjut. terima kasih
Thursday, January 31, 2013
Gold&Investment:Harga emas dijangka cecah AS1,800 seaun
p/s: Dibawakan khas untuk anda -->> www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini
Friday, January 25, 2013
Gold & Investment :Kenapa saya membeli logam berharga fizikal ?
Kenapa saya membeli logam berharga fizikal ?
Bila kita beli kereta, tak memadai dengan membawa balik sekeping kertas sijil yang cantik yang menyatakan kita memiliki sebuah kereta.
Bila kita membeli baju, tentu kita tidak berjalan bogel dengan sekeping gambar yang menyatakan kita ada sehelai baju yang cantik.
Adakah kita cukup selesa dengan kepercayaan pemilikan logam berharga yang berada di tangan orang?
Atau adakah kita mahu “the real thing” yang boleh dipegang bila-bila kita mahu, dimana jua kita mahu tanpa perlu meminta dari sesiapa untuk berbuat demikian.
Dibawakan khas untuk anda -->> www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini
Wednesday, December 19, 2012
Antara 1970-2012 : Harga Rumah VS Peningkatan Pendapatan? Teres Setingkat RM300K-RM400K!
- Kos sara hidup meningkat tinggi tak seimbang dengan pendapatan kalangan rakyat Malaysia
- Gaji nak 13% harga barang pula naik sehingga 70%. Itupun kenaikan gaji tidak tidak meliputi kesemua golongan yang berkerja di Malaysia. Bergantung dengan majikan masing-masing. Ada yang naik ada yang tidak……Ada yang terpaksa menuntut berkali-kali, ada yang hampir pasti menunggu habuan besar setiap tahun
- Manakala, kenaikan kos sara hidup tetap perlu ditempuh
- Akhirnya golongan pertengahan dan berpendapatan rendah memiliki rumah akibat harganya yang semakin tinggi saban tahun.
- Penetapan kadar harga rumah mampu milik juga perlu dikaji semula kerana kadar RM200,000 hingga RM400,000 pada masa ini masih tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana dan rendah di bandar.
- Pemaju yang sanggup bina rumah mampu milik, pelannya diproses dengan kadar segera supaya dapat membantu menurunkan ‘holding cost’ dan rumah boleh dibina pada kadar harga lebih murah
- Kerajaan mewujudkan bank tanah dengan bertindak membeli tanah yang boleh dibangunkan di seluruh negara bagi mengawal kenaikan harga rumah di masa akan datang
- Lain? Ada nak tambah?
Satu Lagi Masalah Riba di Malaysia :
- harga rumah rm200,000
- tempoh bayar balik 25 tahun (300 bulan)
- pengiraan pinjaman:-RM200,000/300 BULAN = RM666 SEBULAN! Ini jumlah yang sepatutnya anda bayar setiap bulan
- Harga rumah RM200,000
- Tempoh bayar balik 25 tahun (300 bulan)
- Faedah (riba) 6% setahun (ikut standard)
- Pengiraan pinjaman:- 6% setahun x RM200,000 = RM12,000 setahun (faedah = riba)
- RM12,000 x 25 tahun (tempoh pinjaman) = RM300,000!! (faedah = riba)
- Jadi, harga rumah RM200,000 + RM300,000 (faedah =r iba) = RM500,000
- RM500,000 / 300 bulan = RM1666
- Kepada pembuat dasar negara? Adakah mereka sedar atau tidak? RIBA yang bagi kami sangat-sangat tidak munasabah dan berperikemanusiaan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan pertengahan di Malaysia!!