Showing posts with label Turun. Show all posts
Showing posts with label Turun. Show all posts

Tuesday, February 26, 2013

Gold&Investment: Turun Naik Harga Emas di Pasaran

#brought by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini

RAKYAT Malaysia tidak perlu risau dengan kejatuhan harga emas kerana ini adalah masa terbaik untuk membeli barang kemas bagi tujuan perhiasan mahu pun sebagai aset simpanan dan pelaburan.

Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Habib berkata, harga emas tidak akan turun disebabkan faktor domestik seperti pilihan raya kerana ia bergantung kepada harga antarabangsa serta disokong permintaan terhadap barangan itu oleh masyarakat seluruh dunia.
Menurutnya, harga emas tidak ditentukan melalui harga barang kemas semata-mata tetapi turut dinilai sebagai instrumen kewangan oleh sesetengah institusi perbankan seperti Bank Negara Malaysia. “Sekarang adalah masa paling sesuai untuk
melibatkan diri dalam pemilikan emas kerana kepelbagaian potensinya.
Sejak 12 tahun lalu, harga emas mencatatkan peningkatan dengan pertumbuhan baik setiap tahun,” katanya pada majlis pelancaran
Koleksi Oro Italia 916 Habib di Kuala Lumpur, semalam.

Untuk memenuhi pasaran tempatan, Habib menghasilkan emas berlian dengan teknologibtinggi dan rekaan cantik melalui pelancaran
koleksi tersebut. Semalam, harga emas dicatat pada AS$1,560 (RM 4,854) setiap 28.35 gram berbanding
tahun lalu di mana emas mencatatkan harga setinggi AS$1,945 (RM6,052) bagi setiapb28.35 gram. Meer berkata di samping emas, Malaysia adalah lokasi terbaik untuk memiliki berlian
kerana ia tidak dikenakan cukai serta harga munasabah.

#brought by www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini