Showing posts with label barang. Show all posts
Showing posts with label barang. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

Berita Emas : SINDIKET PENIPUAN CUCI BARANG KEMAS TUMPAS

Kepala Batas, 2 April - Polis menumpaskan sindiket penipuan mencuci barang kemas yang bertindak menghakis emas mangsa dengan menggunakan sejenis bahan kimia selepas menahan dua lelaki warga China dan seorang wanita tempatan Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata bertindak hasil maklumat dan risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian Siasatan Jenayah Komersil sejak sebulan lepas, pihaknya Berjaya mengesan dua lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 40 tahun berkenaan di terminal tambang murah di Sepang, Selangor.

"Ketika ditahan mereka mahu ke China dan dipercayai untuk menjual emas yang telah dicuri. Bersama mereka ketika itu kita turut merampas beberapa ketulan emas dan barangan kemas bernilai lebih RM70,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Raub, Pahang dipercayai tempat sindiket terbabit beroperasi sejak dua tahun lepas dengan menipu orang ramai di seluruh negara.

"Di rumah berkenaan kita merampas beberapa lagi barang kemas pelbagai bentuk, peralatan membuat atau membentuk emas, tiub gas dan tong gas serta wang tunai. Selain itu, polis turut menemui beberapa bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk menghakis emas," katanya.

Abdul Rahman berkata siasatan awal mendapati mereka bergerak secara berkumpulan memperdayakan mangsa dengan menawarkan untuk mencuci barang kemas milik mangsa secara percuma.

"Setelah mangsa serahkan barang kemas untuk dicuci, barang itu dipulangkan semula kepada mangsa dan hanya menyedari barang kemas itu lebih kecil, nilai dan berat berkurangan dan rosak selepas mereka beredar.

"Sindiket terbabit menggunakan sejenis bahan kimia untuk mencuci barangan kemas dan dalam masa yang sama emas berkenaan akan terhakis. Mereka akan mengumpulkan serbuk emas terbabit sebelum menjualnya," katanya.

Katanya setakat ini, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang mangsa di Tasek Gelugor berhubung kejadian itu dan wanita berkenaan kerugian lebih RM10,000.

"Polis percaya lebih ramai lagi yang telah menjadi mangsa sindiket terbabit kerana mereka mengaku menipu lebih 30 orang. Jadi saya minta sesiapa yang pernah menjadi mangsa mereka agar tampil membuat laporan polis," katanya dan usaha mengesan anggota sindiket itu giat dijalankan.

Dua suspek lelaki warga China yang merupakan perancang utama dan wanita itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Tuesday, January 29, 2013

Gold&Investment: Rahsia teknik pelaburan emas terbaik dapat barang dan keuntungan percuma


Emas adalah barang paling berharga sejak turun temurun dan diakui seluruh dunia hinggakan emas adalah barang yang paling mudah untuk dicagarkan atau digadaikan dibank. Ramai yang tidak sedar kita boleh membeli sesuatu yang mahal dengan harga murah atau dapat percuma dengan teknik pelaburan emasterbaik.
Emas dapat menambah nilai wang kita dengan menggunakan teknik yang sama seperti bank dunia  iaitu dengan menyandarkan pada emas. Maksubnya kita membeli emas, mengadaikan emas tersebut dan membeli barangan yang kita inginkan dan dapat barang percuma serta keuntungan.

Inilah rahsia emas, beli Sesuatu Yang Mahal, dapat barang percuma dan untung.Anda telah membeli sebuah motosikal baru yang berharga RM 70,000(contoh nilai mudah,sebenarnya motor yang anda beli kawasaki z1000sx berharga RM86,000.00).Anda mempunyai tunai sebanyak RM100,000 dan ingin membuat pinjaman bank untuk pembelian motosikal tersebut walaupun boleh beli secara tunai kerana mahu dapat motosikal percuma menggunakan teknik pelaburan emas.

Caranya,Wang kita RM 100,000 belikan emas , pajakkan dan dapat RM 70,000 tunai, wang RM 70,000 itu anda beli emas dan pajak / gadaikan sekali dapat RM 49,000 tunai, beli emas lagi dan pajakkan lagi dapat RM 34,300 tunai. Wang RM 34,300 ini anda gunakan untuk membayar muka atau pendahuluan motosikal tersebut dan selebihnya anda buat pinjaman ansuran bulanan selama 5 tahun untuk pembelian motosikal tersebut.

Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, selepas 5 tahun kenaikan nilai emasnya adalah sebanyak 125%. Bermakna nilai emasnya ketika itu telah menjadi RM 225,000.00 + 157,500.00 + 110,250.00 (dapatan pinjaman dari gadaian) semuanya berjumlah RM 492,750.00.

Pada ketika itu, anda boleh menjual emas dan menebusnya dari Ar-Rahnu.
Perkiraan mudahnya ialah :
RM 492,750.00 (Hasil Jualan Emas) – RM 153,300.00 (Pinjaman Ar-Rahnu) – 35,700.00 ( pinjaman ansuran bulanan ) = RM 303,750.00
RM 303,750.00 – RM 55,188.00 (Upah simpan 5 tahun) – 8,925 ( loan bank 5%) = RM 239,637.00 (Untung)
percaya tak, dalam hanya 5 tahun, anda akan mendapat untung RM 239,637.00.
RM 100,000.00 (Modal asal ) – RM 239,637.00 (Untung) = – RM 139,637.00

Ini bermakna anda telah membeli sebuah motosikal yang berharga RM 70,000.00 DAPAT PERCUMA DAN DAPAT UNTUNG FREE  SEBANYAK RM 139,637.00.

INILAH RAHSIA TEKNIK PELABURAN EMAS YANG PELIK TAPI BENAR..

Bertindaklah sekarang dengan membeli emas, jangan tunggu harga emas turun kerana emas sentiasa naik. Jika pun harga emas turun pada masa tertentu ianya pastinya lebih tinggi dari harga sekarang. Ilmu pelaburan emas dan teknik memanipulasi emas kelihatan pelik tapi benar.

 p/s: Dibawakan khas untuk anda -->> www.tinyurl.com/rahsia-emas-kini