Tuesday, April 2, 2013

Berita Emas : SINDIKET PENIPUAN CUCI BARANG KEMAS TUMPAS

Kepala Batas, 2 April - Polis menumpaskan sindiket penipuan mencuci barang kemas yang bertindak menghakis emas mangsa dengan menggunakan sejenis bahan kimia selepas menahan dua lelaki warga China dan seorang wanita tempatan Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata bertindak hasil maklumat dan risikan sepasukan pegawai dan anggota bahagian Siasatan Jenayah Komersil sejak sebulan lepas, pihaknya Berjaya mengesan dua lelaki dan seorang wanita berusia 30 hingga 40 tahun berkenaan di terminal tambang murah di Sepang, Selangor.

"Ketika ditahan mereka mahu ke China dan dipercayai untuk menjual emas yang telah dicuri. Bersama mereka ketika itu kita turut merampas beberapa ketulan emas dan barangan kemas bernilai lebih RM70,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Raub, Pahang dipercayai tempat sindiket terbabit beroperasi sejak dua tahun lepas dengan menipu orang ramai di seluruh negara.

"Di rumah berkenaan kita merampas beberapa lagi barang kemas pelbagai bentuk, peralatan membuat atau membentuk emas, tiub gas dan tong gas serta wang tunai. Selain itu, polis turut menemui beberapa bahan kimia yang dipercayai digunakan untuk menghakis emas," katanya.

Abdul Rahman berkata siasatan awal mendapati mereka bergerak secara berkumpulan memperdayakan mangsa dengan menawarkan untuk mencuci barang kemas milik mangsa secara percuma.

"Setelah mangsa serahkan barang kemas untuk dicuci, barang itu dipulangkan semula kepada mangsa dan hanya menyedari barang kemas itu lebih kecil, nilai dan berat berkurangan dan rosak selepas mereka beredar.

"Sindiket terbabit menggunakan sejenis bahan kimia untuk mencuci barangan kemas dan dalam masa yang sama emas berkenaan akan terhakis. Mereka akan mengumpulkan serbuk emas terbabit sebelum menjualnya," katanya.

Katanya setakat ini, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang mangsa di Tasek Gelugor berhubung kejadian itu dan wanita berkenaan kerugian lebih RM10,000.

"Polis percaya lebih ramai lagi yang telah menjadi mangsa sindiket terbabit kerana mereka mengaku menipu lebih 30 orang. Jadi saya minta sesiapa yang pernah menjadi mangsa mereka agar tampil membuat laporan polis," katanya dan usaha mengesan anggota sindiket itu giat dijalankan.

Dua suspek lelaki warga China yang merupakan perancang utama dan wanita itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Wednesday, March 27, 2013

Tips: Bukan Senang Nak Senang

Bukan Senang Nak Senang.. Ketahuilah ada cerita Disebalik Kejayaan seseorg.. Yang penting anda FOKUS dengan MATLAMAT anda !!

Ade teknik&taktik yang betul nak senang. Klik www.tinyurl.com/wow-mantap





Monday, March 25, 2013

Quote of Today: Enjoy Your Life

Salam pagi Isnin diucapkan kepada semua yang sudi terjah at my blog. Semoge pagi ini dan hari ini adalah yang terbaik untuk anda. Alhamdulillah...today ade rezeki masuk... :)

Wednesday, March 20, 2013

Investment : Lets Go to Next Level be a SMART INVESTOR

Jika kita nak mulakan pelaburan, pilih instrumen yang kita tahu. Kalau kita suka stock, so invest dalam stock. Kalau kita suka property then invest dalam property, dan sebagainya. Apa yang penting kita harus bermula. Jangan tunggu dan tunggu. -DSR

Gambar aktiviti→ Bersama sahabat lama Master Yus. Belajar dan serap ilmu investment dari beliau. Jika sesiapa yang ingin NIKMATI hasil seperti beliau boleh contact saya.

Saya dah bermula buat investment. Anda BAGAIMANA??

P/s: Hanya yang lulus syarat sahaja diterima... :)

Quote of Today: Who Your Haters&Lovers?

doa untuk memudahkan segala urusan!

Salam ceria untuk semua!
Jom kita beramal dan sebar-sebarkan doa untuk memudahkan segala urusan!

Quote of Today: Success Just Dont Wish For It

Sunday, March 17, 2013

Jom Berhujung Minggu Bersama Kami di Putrajaya !!

Jom Berhujung Minggu Bersama Kami di Putrajaya !!

"1 Million Women Purple Walk "

Ketahui Bagaimana Emas dapat menarik kekayaan dan menambah pendapatan anda??!! Admin Rahsia EMAS akan berada disana Harini dan Esok.. Lokasi di Dataran Putrajaya.. Hubungi untuk sebarang pertanyaan : 0126656874